Sunday, March 23, 2014

Sesi Menangkap Ikan di Balai Ringin


Lama tak update blog sebab portable wifi aku ni asyik tunjuk signal merah ja. Maksudnya belum bayar broadband la, sebab tu tak boleh guna.

15 Mac 2014, Sabtu lepas-lepas aku ke Balai Ringin di Serian untuk field trip subjek Inland & Coastal Fisheries. Tujuan ke sana untuk tengok teknik penangkapan ikan orang tempatan di sungai dan check ikan apa yang ada di sana.

Perjalanan dari UNIMAS ke sana mengambil masa kira-kira 1 jam. Memang buat air liur la dalam bas tu. Lagipun masing-masing bangun awal sebab kami siapkan sandwich untuk breakfast. Sampai sana, kami kumpul maklumat tentang ikan yang selalu dijual di sini. Sekurang-kurangnya senang untuk kami buat report nanti. 

 Let's start the journey! Jangan lupa, kena pakai jaket keselamatan tau. Dr. Kerol dah pesan, jangan main-main tangan dengan air sebab ada 'pak bedal' kat kawasan sungai tu. Alahai, seram pulak lah~

Kami tangkap ikan sambil dibantu oleh abang-abang bot yang dah berpengalaman, abang bot aku dua-dua nama Abang Amy. Terima kasih banyak tolong! Kami guna dua jenis pukat, selambau dan 3 layer gill net. 

Lunch selepas siap tangkap ikan. Sedap woooo makan ikan bakaq yang dapat tadi! Walaupun ikan tu tak letak apa-apa, teruih bakaq macam tu tetap sedap tak berbau hanyir pun. Cicah dengan kicap pulak, memang 2 ekoq ikan aku sebat. Memang layan sangat sambil makan tepi sungai. Paling kelakar kawan aku dah kena sengat dengan apa tah, sampai lebam muka sebab bisa naik kat seluruh muka. Alahai, mirul-mirul..

Kenyang perut, jom kita balik ke jeti. Sampai di jeti dalam pukul 3.30pm. Kami cepat-cepat ke masjid depan pasar untuk solat Zohor dan Asar. 

Selesai solat, singgah kedai kecil tepi tu beli ABC spesial sambil-sambil bersembang dengan Dr. Kerol. Yea! Dr. Kerol belanja pisang goreng. Yumm! Thank you so much Dr! 
 
 18 Mac 2014, lab session pulak. Identify ikan pulak. Kumpulan aku tak dapat banyak sangat pun, 27 ekor, 3 species je..
 
Sekarang tengah buat report progressing~

2 comments:

  1. pergh, seronoknya tangkap ikan, then bakar fresh2. pernah buat gitu tapi ikan kolam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bess! yum3..seminggu duk umh sewa mkn ikn jer..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com