Saturday, April 05, 2014

April 2014


Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan April 2014. Girang sungguh hati aku sebab tak lama dah aku nak duduk Sarawak ni. Mid-semester exam pun aku dah lepas dua paper. Tinggal satu lagi paper. Aku agak pelik dengan exam semester ni. Mana taknya, exam Technology Multimedia kami sendiri kena sediakan 1 A4 Paper + 2 batang pen berlainan warna. Soalan objektif tu kami jawab berpandukan soalan di skrin je. Duduk pun sebelah-menyebelah. Memang sokseksoksek la jawabnya.

Exam Environmental Impact Assessment pulak rasanya macam aku jawab dalam setengah jam ja. Sedangkan masa peperiksaan 1 jam. Dahlah jawapan semua bertulis, duduk pun sebelah menyebelah sebab Bilik Seminar tu memang tak celuih kalau nak buat jarak atau selang. Lecturer tengah kalut nak pi airport sebab kena pi Bintulu. Lawak la Prof Gab ni..

Apa lagi nak merapu dalam ni? Ha! Minggu ni aku kerja makan ja non-stop. Dah macam perempuan mengandung yang mengidam.
Minggu ni berjaya melantak laksa, burger chicken cheese, mee sup daging, bandung jagung, sirap bandung, blablabla..

Tengok kalendar baru sedaq, next week aku on time ABC*. Patut lah..blogger-blogger wanita di luaq sana mempunyai masalah yang sama ke kalau nak ABC..??

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com