Saturday, May 24, 2014

Selamat Tinggal Cadbury!


Selama ini, engkaulah pujaan hati perutku dikala mulut gatal nak makan coklat!
cadbury
Kini katakan TIDAK pada CADBURY!
 Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.

Rasanya walaupun dua ketul coklat tu sahaja yang telah diharamkan kerana mengandungi bahan terlarang, aku sendiri dah jadi was-was dengan produk dia yang lain. Maaf Cadbury, hati aku sudah ragu-ragu. 
cadbury
cadbury

Apa lagi produk coklat lain di Malaysia ya?

6 comments:

  1. Mkn nasik ja..jgn mkn coklat dah kita pasni.hee

    ReplyDelete
  2. Hurmmm susah sekarang nie.. kene makan apa yg kita masak jer.. tak de syubhah..

    ReplyDelete
  3. Kuranglah rakyat Malaysia yang diabetis sebab semua takut makan coklat sekarang.hehe

    ReplyDelete
  4. salam. hehhehe nasib baik sy tak suka coklat :)))))

    ReplyDelete
  5. Akak suka coklat yg kosong tuh tp tetap jugak boikot kan wlupun xde dna porcine...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com