Monday, June 23, 2014

Barang Dapat Naik Cruise!


Hujung minggu lepas, inilah kerja aku. Meng'pack segala barang untuk dipos hari ni. Kemas punya kemas, semuanya ada 4 kotak. Amboi, banyak jugak barangnya. Mana tidaknya, barang palapes yang banyak dengan baju seragamnya, kasut spike, kasut sukan, kasut hitam etc..

Apa boleh buat, nasib baik kotak dapat banyak free dari Summer Mall. Kedai lain mencekik student dengan menjual kotak. Sedangkan kotak nak buang saja pun.

Awal-awal pagi dah jadi Hulk bawak barang berkotak-kotak. Sampai 2 trip bawak barang untuk 5 orang. Semua sekali ada 12 kotak..

Kami sampai Pejabat Pos Kota Samarahan, terus ambil borang untuk diisi. Lepas tu, timbang kotak kita. Ramai pulak aku tengok student UNIMAS memposkan barang. Biasalah, semuanya pakat-pakat final year jugak. Sempat lagi bersembang dengan orang pejabat pos tu. Habis pembayaran, lekatkan sticker pulak. 
Jumpa anda 3 minggu lagi sebab pos guna laut. Tapi, pengalaman kawan sebelum ni, seminggu pun sudah sampai. Kita tunggu dan lihat..
 Terjumpa kawan-kawan pulak waktu nak balik..
 Balik rumah, kutip segala pinggang mangkuk, cawan, kami wakafkan di surau Desa Ilmu.
 Sebelum balik, singgah di rumah mak angkat kawan. Siap dapat makan lunch lagi, dah la perut tengah lapar sebab belum sarapan, mengangkat barang lagi. Sampai lencun badan dengan peluh. Kalau lagu ni hari-hari memang naik muscle ni
Kesimpulannya, jumlah pos aku semua 49 kg bersamaan dengan RM91.90. Terlebih budget nampak gayanya. Aduhai, macamana pulak tambang aku nak balik ni. Nak beli barang orang pesan lagi. Senang cerita, no money kau bank-in, tak payah gatal nak memesan itu ini..NO MONEY NO TALK! Bukan nak jadi kejam, please be considerate, saya bukan orang yang bekerjaya. Saya ni student ja..

12 comments:

  1. suka la tu... dah nak abis belajar dah... hehe... good luck to u ye...

    ReplyDelete
  2. seronok depa mengaji U tu..tahniah2...

    ReplyDelete
  3. kalo ada kasut atau baju tu, lelong je untuk junior.
    mana tahu ade yg berminat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. msalhnya junior bdn beso2 dr timm..huhu..

      Delete
  4. Assalammualaikum..timmbil,

    wahh.. berat betol bungkusan tu sampai 49 kg = Rm 91.90 ... mesti byk byk buku2 ..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, buku yg berat..novel2 bagai..hehe..

      Delete
  5. seronok cik kak! hehe.. nak kirim nak kirim nak kirim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, nk kirim apa? kirim slm eh..hehe..

      Delete
  6. banyak barang tu nak dipos ke kmapung..semoga sampai dengan selamat

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com