Thursday, June 19, 2014

Exam Dah Habis!


Alhamdulillah, aku dah selesai dengan peperiksaan akhir sebagai seorang pelajar degree. Besar dan luas lagi kehidupan aku selepas ini. Semoga dipermudahkan..

Kepada kawan-kawan blog, minta maaf sebab menyepi dan tak blogwalking. Hanya mampu mem'publish' komen anda saja. Terima kasih sebab masih tak lupa cek di sini. 

Aku ada masa dalam seminggu lagi sebelum balik kampung! Balik kampung, 0O0.. balik kampung! 

Rutin sebelum balik ni, tidur + rehat sepuas-puasnya. Dan juga mengemas barang untuk dipos minggu depan. 

17 Jun, sepupu upload di facebook keratan akhbar dari Sinar Harian:
sinar harian, asal usul kampung, kampung paya tok betok
Kampung aku masuk kolum Asal Usul Kampung, tetiba tengok rumah tu macam kenal. Rumah pak cik dan mak cik aku. Baru aku tau rupanya tokwan*ataupun datuk aku adalah penghulu pertama di Kampung Paya Tok Betok. Selama ni memang aku tau tok wan penghulu kampung.

Cerita yang aku tahu, arwah ayah dan mak aku anak penghulu kampung. Selepas tu, sebab nak bagi pertalian keluarga yang jauh didekatkan, maka depa dikahwinkanlah. Tinggallah kami di kampung ni. Setiap kali raya, aku tak payah susah-susah balik kampung. Bukak mata memang dah tinggal di kampung. Cuma kalau rajin, kami akan melawat adik-beradik nak di Seberang Perai sebab mak asal dari sana. Arwah ayah saja dari sini..

Menarik pulak, macam cerita fantasi dan novel kan. Zaman dahulu penghulu memang diberkan kepada anak jati kampung yang layak dan berkepimpinan. Tapi, zaman sekarang, ketua kampung dipilih dari orang Pejabat Daerah sendiri..

Tak sabar nak bergolek atas tilam, mandi air kolah, gaduh dengan mak..

16 comments:

  1. aikk...xbaik nooo gaduh ngan mak ;-)

    ReplyDelete
  2. bestnyer exam dah habis ! yang pasti sebelum balik kampung, wajib beli kek lapis sarawak & terubuk masin utk family ;)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tu la, xtau la mcmana boleh msuk..

      Delete
  4. exam dh hbs tak sabar lettew nk terbang kan.
    wah glamour jap.
    cucu tok penghulu le ni :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..lega kan..bolehlah berfoya² habiskan cuti

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...

    tak mau gaduh2 dengan mak k...

    mselim3

    ReplyDelete
  7. selamat kembali ke semenanjung n selamat berpuasa timm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sal bee..dah xsbar nk balik..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com