Thursday, June 05, 2014

Kampung Budaya aka Sarawak Cultural Village


 Tarikh: 3 Jun 2014
Lokasi: Sarawak Cultural Village
Anggota: 6 orang, housemate+seorang kawan housemate
Bayaran: RM15 (student rate*pastikan bawa kad matrik)

Sebenarnya masuk kali ni, aku dah 2 kali menjejakkan kaki di Kampung Budaya. Sebab nak jaga hati diorang, aku ikut sajalah. Kami sampai dalam pukul 11:15am. Terus masuk dewan teater untuk persembahan budaya.
video 
Memang seronoklah sebab dia tunjuk semua tarian etnik di Sarawak. 

Selesai persembahan, kami solat Zohor dulu di surau. Jangan risau, pihak mereka memang menyediakan surau siap dengan aircond lagi. Jadual solat pun ditampal untuk memudahkan pelancong luar untuk rujukan masa solat.

Meh nak zoom lagi keistimewaan tempat ni,
1. Grand entrance
2. Chinese Pavillion
3. Souvenir Shop
4. Restaurant Budaya
5. Theatre
6. Rainforest Music House
7. Bidayuh Longhouse
8. Iban Longhouse
9. Rainforest Stage
10. Dewan Lagenda
11. Persada Alam
12. Penan Hut
13. Orang Ulu Longhouse
14. Swordmaking Foundry
15. Melanau Tall House
16. Sago Processing Hut
17. Malay Town House
18.  Top-spinning Arena
19. Pottery
20. Chinese Farm House
Kampung Budaya dibina dengan mengelilingi tasik, jadi kami perlu pusing untuk merasai semua rumah yang dibina berdasarkan etnik masing-masing.

Selain tu, setiap rumah ada buat demonstrasi buat kuih etnik masing-masing. Pelancong pun boleh membeli kalau nak. Kalau nak cuba kostum pun boleh, tapi perlu disewa.
video 
Mencuba tarian buluh ni di rumah panjang Melanau.
Dah penat pusing, bolehlah ke Kedai Cenderamata. Bermacam-macam cenderamata dari etnik Sarawak dijual. Kain pua, manik, t-shirt, keychain, lada hitam.Untuk informasi, harga tiket untuk orang luar adalah RM60*mahal sungguh kan, tapi berbaloi..

Perut lapar tak boleh nak cakap lagi, kami dah prepare makanan. Depan Kampung Budaya ada gerai tempat makanan. Tapi mahal, jadi kami masak bekal dari rumah. Disebabkan cuaca panas tersangat, kami berpiknik di Pantai Pandak. Punyalah ramai manusia di situ. Agaknya sebab musim cuti sekolah..

Selesai makan, kami ke Plaza Merdeka untuk solat Asar & Maghrib di sana. Sebenarnya, aktiviti utama hari itu adalah..
nak sambut birthday 3 orang bebudak ni..

Harga per person: RM22


Itulah kesudahan cerita yang panjang ni. Balik rumah badan + baju berbau bermacam-macam perisa. 
Zzz..

10 comments:

  1. abe kie mengajar di sabah dulu...tp sarawak x pernah jejak..pas ni kot cuba ke sana..

    ReplyDelete
  2. Saya mgkin akan ke Sarawak tahun depan. inshaallah. boleh la jadi tour guide nanti kan? hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyak, tahun depan cek xdak dah kt sini..dah balik semennjung~ hehe..

      Delete
  3. salam. orang sarawak rupanya, sy orang sabah hahahhaha
    hi jiran..heheheh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye cik itah..timm study je kt sni..tpi org semennjung..hehe..

      Delete
  4. tempat yg nak tuju kalau ke sarawak satu hri nnti. in shaa Allah.
    kalau dewasa harga biasa brpa cik timm?

    ReplyDelete
  5. Teringin nak pergi tapi jauh tu..bestnya

    ReplyDelete
  6. tak banyak maklumat tpt menarik kat sarawak di blog . bagus klu dpt explore lagi ...

    ReplyDelete
  7. Kat sabah pula ada kampung budaya Mari Mari Cultural Village dan Monsopiad Cultural Village...kalo dtg sabah jgn lupa berkunjung ke tempat ni...leh tgk mcm na keadaan kampung budaya di sabah :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com