Sunday, June 08, 2014

Mimpi Mainan Tidur?


Sepanjang seminggu ni, aku asyik mimpi saja. Bukan mimpi merapu yang plot dia sentiasa  tak masuk akal. Kali ni mimpi dia semua lengkap dan boleh jadi full story. Aku asyik mimpi rumah saja, nampak sangat homesick teruk tersangat-sangat.

Paling tak menahan, mimpi mak dah carikan aku calon suami. Aku balik kampung, terus aku bergelar isteri orang kepada lelaki yang aku tak kenal. TIDAK!!!

Aku rasa punca sebab aku tengok semua pakat-pakat kahwin bulan ni kot. Sakit pulak kepala aku mimpi macam tu..

Aku pernah dengar orang cerita, kita bermimpi rumah, maksudnya waktu tidur roh kita pergi ke rumah. Sebab tu kita mimpi tempat tu. Betul ke tidak?

Salah satu sebab lagi, mungkin aku terlalu fikirkan sesuatu benda tu sampai terbawak-bawak dalam mimpi.

Ok, jangan duk gedik fikir pasal mimpi, sebab...

Doakan aku kawan-kawan..

EXAM TIME:
16 Jun 2014 : Technology Multimedia
18 Jun 2014 : Inland & Coastal Fisheries, Environmental Impact Assessment

13 comments:

  1. ni mesti kes banyak orang kawen bulan ni.
    tak pasal2 masuk dalam mimpi.
    excited pe..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..msti la excited..nk tgk org tu kawen..hee..

      Delete
  2. Oke..gambar last tu lawak. Sebenarnya, awak ni tidur tak basuh kaki lepas tu tak sabar nak habiskan final.. tu je kan? haha xDxDxD

    ReplyDelete
    Replies
    1. TEPAT sekali..sbb selalu trtdur time study..hehe..

      Delete
    2. Bagus.. tu tandanya rajin belajar! :)

      Delete
  3. Memang betul...mimpi mainan tidur...walaupun begitu kadangkala mimpi juga mempengaruhi hidup kita...
    Harap2 taknak lah begitu kan...

    Salam dari bunda...

    ReplyDelete
  4. jangan smpi terbawa2 ke luar udah ler... ;-)

    ReplyDelete
  5. kalau mimpi gin dah boleh buat cerita drama ni timm..selalunya lepas mimpi bangun tidur terus lupa kan.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com