Sunday, June 01, 2014

Resipi: Nasi Ayam Simple


Bahan-bahan yang diperlukan:
Seekor ayam (dipotong 4) - asingkan sedikit kulit ayam
Bawang merah (dikisar), (ditumbuk)
Bawang putih (dikisar), (ditumbuk)
2 inci halia (dikisar), (ditumbuk)
1 Kiub ayam
Ubi kentang
Daun sup/daun bawang
Sos tiram
Kicap manis
Tomato
Cili merah
Cuka
Gula dan garam
3 cawan beras

Cara-caranya:
Sup
1. Didihkan air, setelah mendidih masukkan ayam bersama bahan kisar (*bahan kisar simpan sikit untuk nak perap ayam jugak) tadi.
2. Masukkan juga kiub ayam.
ayam, sup ayam
3. Setelah ayam dah cukup masak, keluarkan sebahagian ayam untuk diperap dan tinggalkan sebahagian untuk sup ayam.
4. Bahagikan sup, sebahagian untuk dicampur dengan nasi, sebahagian untuk sup ayam.
5. Untuk sup ayam, masukkan ubi kentang, garam, dan daun sup.

Ayam goreng
1. Ayam yang telah direbus akan diperap bersama bahan kisar, kicap manis dan sos tiram.
Perapan, ayam goreng, nasi ayam
2. Kalau dah rasa ayam tadi betul-betul serasi dengan bahan tadi, bolehlah digoreng.

Nasi ayam
1. Panaskan 3 sudu marjerin dalam periuk nasi.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk.
3. Setelah naik bau, masukkan kulit ayam.
nasi ayam, nasi ayam
4. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker, masukkan beras, sebahagian sup dan air.
5. Kacau sampai rata dan masak nasi seperti biasa.

Kuah cili
1. Buah tomato, cili merah, cuka, garam dan gula diblender.
cili

Kuah kicap
1. Dari kuah perapan ayam tadi je..
kicap, nasi ayam

Dah siap, bolehlah makan beramai-ramai. Dapat makan besaq ni pun sebab guna duit jual peti ais. Biasalah, selepas ni nak kemas segala barang sebab kami dah habis belajaq! Nak balik semenanjung dah semuanya. Jadi nak menjual segala barang yang boleh dijual atau diderma.

nasi ayam, lunch

Apa aktiviti hujung minggu anda?

6 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com