Wednesday, June 11, 2014

Tips | Menambah Berat Badan


 Agaknya kalau tengok gambar budak depan tu, agak-agaknya berapa berat dia??
Selalunya orang berkongsi tips untuk menurunkan berat badan atau untuk menguruskan badan. Lain pulak dengan aku sebab bermasalah dengan berat badan yang kurang. Siapa cakap golongan macam aku ni tak susah hati kalau berat kurang dari sepatutnya. Nak menderma darah 3 kali kena reject. Bukan sebab tak nak menderma..T_T

Berikut merupakan 7 tips untuk menambah berat badan:

1. Menambah hidangan makanan
Perlu makan melebihi keperluan untuk menambah berat badan.

2. Bersnek secara bijak
Snek penting untuk diambil bagi meningkatkan berat badan dan menambahkan tenaga. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Contohnya, keju atau mentega kacang bersama biskut kraker. Pengambilan snek di antara waktu makan adalah digalakkan.

3. Memilih makanan yang berkalori tinggi
Pilih makanan berdasarkan piramid makanan. Selain itu, digalakkan untuk mengambil makanan tambahan. Digalakkan jugak untuk makan walaupun tidak lapar.*seriusly??

4.  Elakkan melangkau waktu makan utama
Hidangan utama seperti sarapan, makan tengahari, dan makan malam perlu diambil.
piramid makanan, tips sihat, pemakanan
5. Bagaimana untuk bermula?
Mulakan dengan memilih makanan berkalori tinggi daripada setiap kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan. Antaranya lemak, minyak dan gula dalam kadar sederhana. Penambahan kalori dalam makanan di dalam setiap hidangan seperti, penambahan keju dan sos di dalam sandwich.

6. Menyasarkan kenaikan berat badan secara beransur
Aku selalu semak seminggu sekali. Tapi sentiasa mengecewakan, susah betul nak capai 45KG! Tapi alhamdulillah BMI semakin nak capai target!

7. Menyemak keperluan tenaga harian untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk menambah berat badan
Aku memang tak rajinlah sampai nak check keperluan tenaga atau kalori dalam seharian.

Sumber: MyHEALTH

Macamana pula untuk tahu status berat badan anda?

Jangan putus asa! 
Tapi kakak cakap kalau nak cepat naik badan, kahwinlah! Erkk..T_T

7 comments:

  1. wahh untunglah kurus..kira okay dah ni nanti nak menambah berat mesti nak kurus tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..skng da ok dah kot..dlu rsa truk sgt sbb 39kg jer..aduhai..

      Delete
  2. Replies
    1. aiyak, klaulah kawin mcm pilih kucing..dah lma dah..huhu..

      Delete
  3. kawin pon kalau stngh jns susah nak naik berat bdn xnaik jga cik timm..

    mcm cikgu tadika ciksu.anak dua bdn kecik.molek je..

    ReplyDelete
  4. Arol pun mengalami masalah kurang berat badan. Dah bertahun usaha nak tambah berat badan. Dulu pernah terbaca artikel dalam majalah kesihatan, kalau nak tambah berat badan bukan kena makan banyak jek tapi kena rajin bersenam jugak. Arol kuat makan tapi malas bersenam. Hahaha! :D

    ReplyDelete
  5. betul tu, nk cepat naik badan mmg kena kawen, confirm naik mendadak ! hehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com