Monday, July 21, 2014

Iftar di Luar yuh!


Dah dua hari direct je aku berbuka di luar dengan abang. Dasat tahun ni, berbuka kat luaq je kerjanya. Sebagai adik yang baik kan sentiasa teman abang. Hahaha!

Dua hari lepas, mencuba char kuey tiaw kat Taman Selasih. Sebelum makan di sana, singgah bazar ramadan dulu. Aku teringin kebab, tapi habis pulak! Roti John pun boleh. Bang cik pulak sambaq chicken wings.
char kue tiaw, kulim, taman selasih
Lega dapat merasa char kue tiaw yang sedap. Harganya memang harga biasa, char kue tiaw special, RM5 je. 

Selesai berbuka, kami pusing semua bazar yang buka di sekitar Kulim. Orang sentiasa ramai untuk membeli, macam-macam barang ada. Semua dijual murah! Oh My!

Semalam pulak nak beli telur ja untuk buat kuih raya. Window shopping yang lama, aduhai. Seronok tengok orang shopping sempena raya. Hari minggu pulak, memang ramai! Tapi seronok sebab banyak offer. Pusing-pusing Pacific Megamall Bukit Mertajam, AEON Bukit Mertajam. Semua buat sale sempena raya. Rambang mata dibuatnya, nasib baik tak ada apa untuk dibeli pun. Semua dah ada..
AEON bukit mertajam
Jom berbuka pula dengan The Chicken Rice Shop! Tapi, semua tempat dah full booking, teringin punya pasal, kami takeaway saja makan di Food Court.
noodle set. healthy set
Abang mengidam betul nak makan Pai Tee, ala dalam gambaq yang ada 2 ketul macam kuih tu. Memang sedap pun! Kulit dia crunchy dan sedap, ditambah dengan intinya sengkuang memang sedap! Abang ambil Healthy Meal set, aku pulak meng'try' Noodle Meal set. Inilah pertama kali aku makan  makanan The Chicken Rice Shop ni. Mee hari dia memang lain dari Secret Recipe dan Old Town White Coffee sebab mee dia kecik macam mee kolok..

Alhamdulillah, kenyang. Balik rumah dengan kepenatan dan kekenyangan..

Anda sendiri kalau berbuka di luar suka makan di mana?

6 comments:

  1. fuhhh lama tak makan cha koteowww... terliur pulak aih TT_____TT

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeeee..char kuey tiaawwww.. i loike !!!..xpeabg nak belanja adik ..rezeki jgn ditolak..hehe..

    ReplyDelete
  3. salam. wahhh..sedap tu...
    sampaikan salam dengan cik abang tu ya..hahahhah gurau :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk isi borg jadi kak ipaq ka? buley..hehe..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com