Wednesday, July 16, 2014

Resipi: Som Tam


som tam, makanan thailand
Som Tam ni adalah makanan dari Thailand~

Bahan-bahannya:
Betik muda / mangga muda
Lobak merah
Bawang merah besar
Bawang putih
Tomato
Cili api
Belacan
Ikan bilis (digoreng)
Gula (dikisar)
Udang kering
Sos ikan
Jus limau 
Badam / kacang tanah disagai (goreng tanpa minyak)

Cara membuatnya:
1. Betik muda + lobak merah diparut, bawang merah besar dipotong.
2. Boleh gunakan lesung batu / lesung khas dari Thailand / gaul-gaul / bahan kitar semula macam yang aku guna ni*pasu bekas simpan garam mak+rolling pin buat kuih . HAHA!
3. Ketuk bawang putih + cili padi + bawang merah besar + belacan + gula halus + sos ikan + jus limau. Agak-agak cili padi dah pecah dah, masukkan lobak merah + betik muda. Ketuk-ketuk sampai betik muda tu dah serap segala cecair dalam tu, + badam + ikan bilis + udang kering. Ketuk-ketuk..
4. Siap dihidangkan. Sedap makan dengan nasi putih panas.

som tam, thailand, makanan

Selamat Mencuba!
p/s: aku dah bertukar kepada yes! Alhamdulillah laju!

6 comments:

  1. Tom Yam pandai buat dak kalau pandai buat lebih skit nak rasa habuan bukak posa stg hehehe ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleyh~ tapi tgk je la eh..haha!

      Delete
  2. Mesti best nikan...kita suka masakan Thai...

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lagi ni..mesti sedap kan

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com