Tuesday, July 22, 2014

Review: Safi Balqis White Trilogy |Serum|Gel Pengelupasan|Pencuci Muka


Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri! Alamak, muka burn belum lagi recover. Nasib baik ada Safi Balqis White Trilogy..*sambil buat muka excited..

Dah macam iklan daa..

Alang-alang Watson buat sale sempena raya yang bakal menjelang, dapatlah aku beli extra care produk ni. Hari tu dah janji dalam entry ini kalau ada duit lebih nak beli.
safi balqis, safi, white trilogy
Nak beli serum sahaja, tapi alang-alang ada 15% less. Dapatlah grab gel pengelupasan sekali dan aku tak pernah guna sebelum ni sebab produk dulu punya tak ada pun.

1. Pembersih Muka
Ni sebenarnya dapat free sebab beli serum. Untung dah di situ! Semua tau kan macamana nak guna pembersih muka walaupun produk berlainan.

2. Serum Pencerah
Sebaiknya serum dipakai selepas kita mencuci muka dan memakai toner. Kalau pemalas macam aku, pakai serum selepas mencuci muka sebab waktu tu, pori muka kita terbuka. Serum ni lebih efektif dari krim biasa sebab tekstur molekul dia yang kecik comei senang masuk dalam kuit kita. Sesetengah orang pulak tak suka pakai krim sebab berminyak, tapi kalau serum lebih menyerap dan langsung tak berminyak!

3. Gel Pengelupasan
Aturan penggunaan, dia kata 3 kali dalam seminggu. Senang jugak nak guna, urutkan gel ni diseluruh muka dan leher. Nanti akan keluar macam daki tau. Lepas tu, cucilah muka dengan air bersih. Disebabkan aku pemalas nak turun naik ke bilik air, aku cuci dengan toner jer. Pastu pakai serum pulak.
*sangat suka sebab kulit jadi lembut je, hilang segala gerutu macam permukaan bulan tu..hehe..

i loike this new safi!

Selamat Mencuba
Nak tengok kelebihan produk ni? Silalah ke sini

p/s: Kesan kepada pengguna berbeza tau! Kalau sesuai dengan produk ini teruskan. Kalau tak bolehlah cuba produk lain yang bersesuaian. Yang penting perlu berani mencuba!*kalau kulit anda jenis tak sensitif

11 comments:

  1. assalamualalaikum timm...yer la mama pun baru cuba pencuci muka safi ni nampak mcm elok jer...:)

    ReplyDelete
  2. tak pernah guna safi..tapi kalau serasi memang best pakai

    ReplyDelete
  3. salam ehheheh sama..sy pun pengguna safi heee

    ReplyDelete
  4. dulu akak guna safi tp dh skang pakai lain

    ReplyDelete
  5. salam nak tanya sy start pakai safi tu mula nya guna gel penglupasan tu. semenjak pakai tu bila pakai bedak sjuk degn moisturizer bila sapu mesti ada keluar habuk2 lah tak tahu tu sebab pakai gel tu ke sbb apa? kalau baca balik safi white trilogy tu kan mmg ada boleh menglpas kan kulit tapi lembut. rasa tu kot. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm, selepas pkai gel penglupasan kena cuci muka tau..
      xboleh pkai mcm krim tu..
      gel penglupasan ni mcm kita scrub muka utk keluarkan kotoran n buang sel mati..
      tapi mungkin jugak kot habuk2 tu kluar sbb kulit menggelupas..

      Delete
  6. Hai. Saya bru je pkai safi balqis white trilogy ni. Saya guna yang kiwi. pembersih muka, toner, serum, pelembap siang & malam. pelembap siang macam berminyak sikit. Tapi malam tak sangat. Lepas pakai safi balqis ni, ada timbul bintik bintik kat dahi. Is it a normal thing? Rasa macam nak berhenti pakai pelembap siang dia. Macam berminyak sangat. Apa pendapat timm? Teruskan or stop terus pakai safi balqis ni? Tapi pakai ni best. Cuma pelembap dia je

    ReplyDelete
  7. Nak tnya,cmne nak hilangkan gerutu kat muka?

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya berapa jumlah bajet beli tiga produk safi ini?

    ReplyDelete
  9. toner safi white trilogy tu bile pakai rase pedih2 skit kat bhgn atas n bawah mulut. nape?

    ReplyDelete
  10. toner safi white trilogy tu bile pakai rase pedih2 skit kat bhgn atas n bawah mulut. nape?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com