Monday, August 25, 2014

Berakhir Penantianku


Akhirnya, bulan November bakal menyaksikan konvokesyen UNIMAS yang ke-18.
Dah berkurun tunggu surat dari UNIMAS, naik berjanggut. Sampai surat dah jadi kedut+kemeklah baru sampai semalam.

Walaupun seronok nak konvo, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kusut kepala, selagi aku tak dapat surat, tak dapat homestay, tak dapat kenderaan untuk konvokesyen ni, jangan harap aku nak update blog. 
Alhamdulillah walaupun konvokesyen jauh nun di Sarawak, family tetap nak mai jugak. Terharunya, walaupun tak semua yang dapat pi. Mak, ijazah ni hadiah untuk mak. Terima kasih sebab sanggup bersusah-payah untuk maksu yang nak belajaq sampai degree ni mak..
Pasaipa sidang aku yang terakhir! Ni yang tak seronok ni. Awatlah tiba-tiba jadi hari ke-3, sidang terakhir. Sebelum ni sidang 2 hari ja. Pertama kali kot ada sampai 3 hari.
 
Terharu pulak sampai nak tergaru. Stress duduk jauh sampai excited nak graduate macam cerita [ini]. Tapi, kena ingat habis saja konvokesyen ni, tanggungjawab lagi besar. Dah tak boleh duduk senang lenang di rumah. Kena K.E.R.J.A.! Ingat ya adik-adik, KERJA!!

6 comments:

  1. Tahniah Timm. Time zumal konvo dulu, drive dr rumah pakai jubah dan pergi sorang masuk dewan tanpa sorang family yg datang. Hanya kawan dan air mata je yg teman...

    ReplyDelete
  2. Tahnih cik Tim.., peluang kerja menanti jgn dipersia...

    ReplyDelete
  3. tahniah timm..seronoknya nk konvo

    ReplyDelete
  4. tahniah awk...hepi nye family sbb awk mampu hbskn study tu

    ReplyDelete
  5. salam. tahniahh dan selamat berkonvo :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com