Wednesday, August 13, 2014

Day 1: Jejak Warisan Ipoh


Cerita dari entry [ini]. Cerita perjalanan ni sangatlah panjang dan akan bersambung-sambung. Kalau hampa sanggup baca, silakan dan dialu-alukan..

8 Ogos 2014, Jumaat
Perjalanan dengan KTM lambat dalam 5 minit. Awal pagi Kak Yu yang hantarkan kami di stesyen KTM Bukit Mertajam. Agak pening sebab dapat tempat berlawanan dengan kepala keretapi. Nak elakkan pening+mabuk, kami lepak di cafe. Nasib baik koc sebelah cafe je..
Kami dah bawa bekal sandwich sardin dengan corn flake lebihan raya. Memang lepak di cafe sampai ke Ipoh! Lagi syiok duduk sini, dapat tengok pemandangan luas! Kami memang blur sebab sekarang ni KTM dah ada laluan baru. Dah tak macam dulu lagi!
Beberapa pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan
Kami sampai di Ipoh awal dalam 15 minit dari masa yang ditetapkan, cuaca pun tak panas sangat. Tiket ETS pulak pukul 3pm. Apa lagi, nasib baik kami pakai beg galas, terus berjalan-jalan cari Pusat Penerangan Pelancong.
Keluar dari stesyen keretapi pun dah jumpa binaan bangunan zaman dolu-dolu. Dah macam masuk mesin masa Doraemon pulak. Rasa macam masuk dalam buku teks sejarah pun ada jugak^^
Dengan berbekalkan google map dari phone dengan peta, dapatlah kami pusing-pusing di Jejak Warisan Ipoh! Pertama kali rasa macam pelancong luaq negara yang bawak beg besaq-besaq berjalan pegang peta. Secara tak sengaja jumpa beberapa street art di sini.
Perut lapaq, pusing punya pusing tak kan nak makan Old Town White Coffee je, rugilah macam tu.
Inilah speciality di Ipoh, mee rojak dan cendol special punya di Cendol Padang Ipoh, bangunan senerai dengan OTWC. Memang 2 thumbs up! Cendol dia santan tak muak, ada aiskrim, kacang merah, pulut, jagung, blabla.. Mee rojak dia pulak sekali tengok macam pasembor aka pasemboq penang pulak, cuma dia tambah mee dan telur mata. Pedas dan memang masuk dengan cendol!
Pukul 2pm dah patah balik ke stesyen keretapi untuk naik ETS pulak. Nampaknya ada masalah, jadi ETS dari Ipoh ni akan berhenti di stesyen terakhir di Tanjung Malim. Lega, nasib baik. Agak kecoh sebab ada yang nak ke Rawang, KL Sentral. Jadi, pihak KTM akan sediakan bas untuk penumpang yang ingin ke sana. Kesiannya depa, nasib kurang baik..
 
ETS sampai memang tepat pada masanya walaupun ada masalah. Koc yang kami duduk memang ada cafe, fuyoh! Ala-ala Running Man! Siap ada tv, pramugari & pramugara. Dalam tv tu pun ada tunjuk kelajuan ETS. Laju tapi tak bising, smooth je.. Kami duduk di cafe je sambil tengok pemandangan luar yang cantik!
video

Dalam masa sejam saja, kami dah sampai Tanjung Malim. Orang sesak sebab pakat-pakat dikumpulkan untuk naik bas ke destinasi masing-masing. Kami cuma tunggu kakak sulung untuk ambil kami. Sambil menunggu, kami beli tiket untuk balik. Terpaksa balik hari Isnin sebab tiket hari Ahad dah habis..

Berakhir adventure hari pertama..

5 comments:

  1. wahh mcm best jer perjalanan dengan train ETS ni...kite tak pernah lgi naik.... cepat ye sampai... gud22! :D

    ReplyDelete
  2. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. wah beat jugak.ipoh ye timm..bulan 9 nih in shaa Allah nak gi.perak kwn kawen..leh sggah

    ReplyDelete
  4. Syok pulak tengok Timm pi jalan2. Teringin lak jalan2 kalau ada cuti panjang. Boleh buat entri travel lak ^_^

    ReplyDelete
  5. Bestnyeee ..... hope ada kesempatan nti :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com