Monday, August 18, 2014

Day 3: Sabak Bernam


10 Ogos 2014, Ahad
Hari ketiga di Lembah Beringin, ada open house. Bukan open house, open "surau" di kawasan perumahan sini. Pakat-pakat masak di rumah dan berkongsi beramai-ramai di surau. Ala-ala potluck lah ni ceritanya..
lembah beringin
Dahsyat oih, macam-macam ada, ada mee kari, kambing bakaq, sate, lemang, nasi impit, ais kacang, blablabla. Memang kekenyangan, tapi kena simpan sikit kawasan dalam perut untuk sumbat mee udang famous sat lagi. Sepatutnya malam ni kami dah balik, disebabkan ketiadaan tiket, kami stay lagi sehari disini. Dapatlah tolong apa yang patut untuk hari ni.

Sekejap ja kami disini, selepas Zohor kami bertolak ke Sabah Bernam untuk melawat anak saudara di SBPI Sabak Bernam. Dengan menggunakan laluan kampung, memang adventure gila macam naik roller coaster! Memang mata disajikan dengan penorama yang sangat mendamaikan hati..
mee udang, pantai bno
Inilah mee udang spesel yang famous di Pantai B.N.O ni. B.N.O? Bagan Nakhoda Omar maksudnya. Waktu kami ke sini, air tengah pasang besaq. Memang tak nampak langsung pantai! Mee udang sini memang sangat dahsyat, tak payah nak memukat udang, korek mee jumpa udang, korek mee jumpa udang. Lagi satu, udang dia memang tak hanyir! The best of mee udang i've ever had! Kalau order menu lain pun semua dia lempaq udang dalam tu. Rugi kalau orang yang alergik udang, rugi-rugi-rugi. Licin pinggan, jom menikmati angin pantai kat sini.
air pasang, pantai bno, pantai
pantai bno, pantai, sabak bernam
Air pasang sampai kami yang berdiri tepi pun kena air, ombak tersangatlah kuat. Ikan belacak pulak bersidai bermaia-ramai atas batu. Besaq-besaq pulak tu, dah macam cicak aku tengok!

Selain tu, di sepanjang pantai ni ada banyak gerai menjual makanan kunyah-kunyah. Paling terkezut, jeruk pak ali pun ada. Puas bersantai di sini, baru ke SBPI kira-kira 3km dari sini.
sabak bernam
Lawaknya, kami menunggu budak bertuah ni punyalah lama! Sampai panggilan ke-5 baru nak turun bawah. Tidoq ghupanya! Aduhai, anak lelaki bujang seorang ni. Kesian ada kelas tambahan pagi tadi ceritanya..

Dalam pukul 5:30pm lebih macam tu, kami pun beransur balik. Nasib baik lepas habis kami meronda baru nak hujan. Hujan rahmat~


p/s: Cantik Selangor ni, walaupun banyak pembangunan kat negeri ni, masih jugak ada tempat yang masih mengekalkan suasana kampung!

9 comments:

  1. wah ..sedapnye mknn ..huhu..best2 ..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. rsanya harga yg brpatutan kot..lupa pulak ritu nk tnya..sbb org blnje kan..hehe..

      Delete
  3. mee udang banjir..sedapnyee..limpah kuahnye tu..sedappnyeee

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya mee udang tu...favorite kita tu..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com