Thursday, August 28, 2014

Harga tanah semakin mahal, akal?


Punya lama dok tengok blog ni, baru perasan, blog aku dah lebih dari 100 000 pageviews dah! Alhamdulillah, walaupun masih bebudak lagi usia blog ni. Entry tu main tibai ja kalau rajin. Senang cerita aku masih lagi mencari identiti atau niche blog aku ni.

BEREBUT TANAH?
Dalam drama melayu typically dalam rtm selalu cerita pasal penduduk kampung. Lepas tu. bila ada family yang meninggal mesti ada tinggalkan harta pusaka. Lepas tu, ada anak yang jahat nak bolot semua harta, yang baik nanti asyik kena halau la, kena fitnahlah..blablabla.. Last sekali barulah the hero or heroin dpt kekayaan yang sepatutnya dia deserve. Typically kan cerita melayu?

Tapi, macamana pulak kalau situasi di atas tu betul-betul kena batang hidung sendiri. Sebenarnya tak boleh buat main dengan hal tanah atau harta pusaka ni. Tambah-tambah yang tinggal di kampung. For surelah di kampung susah kita nak cari rumah yang buat pagar, ada tanda kawasan macam di  perumahan yang terancang.

Disebabkan inilah, macam-macam masalah akan timbul. Mungkin bagi orang lain masalah ni tak pernah wujud pun. Baguslah kalau macam tu..

Tapi kalau ada masalah?

Bayangkan satu hari, hampa tengah duduk syiok tengok tv, makan goreng pisang, minum kopi panas..tetiba ada pegawai tanah datang rumah. Dia cakap rumah yang anda tinggal selama ni rupanya atas tanah hak orang lain! Ha...agaknya apakah reaksi hampa masa tu? Sedangkan rumah dah buat sebanglo-banglo alamlah macam istana!

Alhamdulillah situasi ini bukanlah terjadi dalam hidup aku.

Tapi kan, yang peliknya..orang yang dah kena situasi atas tu aku tengok cool je macam tak ada masalah. Tak malu ke beranak pinak atas harta orang. Setahu aku, berdosa sekiranya kita ni makan harta orang lain. Tambah-tambah kalau harta itu anak yatim..

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." H.R. an-Nasa'i

Sebagai manusia, kalau kita tahu kita salah, apa salahnya kalau minta maaf ke, buatlah apa saja untuk membetulkan kesilapan kita. Jangan jadi Bodoh Sombong. Kita hidup di dunia ni tak lama, memang kita kaya harta. Tapi, harta tu biarlah yang halal dan dari titik peluh sendiri. Nanti di kubur, malaikat tanya, nak jawab apa?

Jangan dibuat main, pesan aku senang je..sebelum kita nak membangunkan sesuatu kawasan dengan rumah ke, tanaman ke, ladang ke, silalah ukur betul-betul kawasan kita. Jangan memandai nampak je tanah kosong, tergedik-gedik nak buat rumahlah, apalah. Bila dah timbul masalah macam ni?

Bayangkan rumah banglo tu, bahagian dapur kawasan tanah orang lain, bahagian ruang tamu kawasan tanah orang lain, bahagian bilik tidur kawasan tanah orang lain???

Biar orang cakap kita berkira. Berkira untu menegakkan keadilan. Biar orang cakap kita bodoh. Asalkan kita tinggal di kawasan rumah kita sendiri. Jangan jadi orang pandai. Tapi tinggal di kawasan harta orang lain.

Sekian, terima kasih.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

5 comments:

  1. Betul tu Timm. Lagi satu pemilik harta yang banyak sepatutnya prepare awal2 penama hartanya moga tak jadi gaduh. Kan ^_^

    ReplyDelete
  2. betul tuh timm...so sape sape yg de tanah better prepare awl awl wasiat dan dibahagikan sama rata spya dpt diberi sama adil

    ReplyDelete
  3. bahaya klu kita dgn sengaja ambil hak org lain spt tanah..nnti dah mati pun dosanya tak selesai lagi.

    ReplyDelete
  4. btl tu..risaukan..klo hrta tlalu byk pn xleh jgk ble mati nt xthu cmne..klo ad ank jns mata duitan..hbs la kite di alam kubur tu sb x wasiat btl2 semasa hidup huhu

    ReplyDelete
  5. salam. hmmm kalau pasal tanah..harta pusaka semua buat sy mengeluh ja :(

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com