Friday, August 22, 2014

Perubahan


Kemalasan untuk mengupdate blog mula bermaharajalela. Sebelum tu, Al-Fatihah dan takziah kepada mangsa MH17 yang dibawa pulang pagi tadi. Paling sedih gambaq anak kecik co-pilot yang kiut-miut tu dengan anak lelaki pramugara 10 tahun tu. Meruntun jiwa tengok depa..

PERUBAHAN

Apa maksud perubahan dalam konteks hidup aku sekarang ni?

Aku sekarang dah rajin masuk dapur. Rasa pelik dan semacam kalau dapur tu tak berasap. Dari tak reti nak bersiang udang dan ikan, sekarang dah reti. Siap buat asam pedas lagi. HOHOHO! *Beri tepukan pada diri sendiri.

Mata aku sekarang pantang tengok dapur bersepah. Dulu selamba je, tapi sejak-sejak duduk rumah sewa dulu, mata berbulu kalau tengok pinggan mangkuk yang dah dicuci berlunggok dalam sink. Ni semua gara-gara aku kerja clearner lah ni. Dah melekat perangai tu sampai sekarang. Aduhai..

Salah satu perubahan yang positif dan InSyaAllah akan aku istiqamah sampai bila-bila adalah..
aku dah mula pakai tudung yang labuhnya bawah dari paras dada..
aku dah mula pakai stokin..
aku dah mula pakai baju bawah dari paras sepatutnya..

Ya Allah, susah nak kekalkan pakai macam ni. Bermacam-macam cabaran sebenarnya..

Tapi kan, setiap kali aku sarungkan baju macam ni, automatik perangai berubah nak jadi yang lebih baik. 

Ya Allah, susahnya nak jadi muslimah sejati ni..

Kekadang bukan nak berubah sampai jadi macam ustazah tu hah! Tapi cukup sekadar mengikut syariat wanita muslimah yang sepatutnya.

Kekadang kalau aku teringat balik zaman jahilliah dulu, lagi aku rasa malu. Aku macam berfikir 'dah lar aku ni teruk, lepas tu nak pakai macam muslimah-muslimah ni. huh! macam tak sesuai ja. macam merosakkan imej muslimah pulak'. 

Untuk permulaan, aku langsung tak beli pun baju-baju muslimah yang banyak dijual tu. Cukup sekadar kardigan panjang untuk tutup baju t-shirt kat dalam. Nasib baik jeans yang aku ada tak terlalu ketat. Yang ada satu dua tu nanti sekadar pakai dekat dalam kain atau dalam rumah sajalah..
Kuatkan lah hati ni..

Aku pasti Boleyh!!

5 comments:

  1. Yeah! Insyallah timah istiqamah selalu. Syahid doakan timah. Moga Allah permudahkan urusannya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh3, syahidatul ke ni? huhu..doakan bg tmah kuat ya..sush la hmpa semua xdak..

      Delete
  2. Timm berimej baru ye… Alhamdulillah ^_^

    ReplyDelete
  3. sama la akak timm kalo igt smla zaman jahiliyyah dlu adoiii..tp alhamdulillah cbe blaja sket sket dan akak praktikkan...to kne slow slow

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com