Monday, September 29, 2014

Officially 23 yo!


 Macam pelik ja..
Macam tak percaya ja..
Aku sudah menginjak ke usia 23 tahun*age is just a number

Mak aku dulu di usia ni dah ada 2 orang anak. Aku? Haha! Habuk pun tak ada. Zaman dah berubah, sekarang umur 23 tahun adalah umur student menghabiskan study dan memasuki alam pekerjaan.

Macam sekejap je merasa kemanisan usia 22 tahun. 

Apakah antara achievement yang dapat aku capai sepanjang perjalanan ini?
| Berjaya menghabiskan study selama 4 tahun di UNIMAS |*ni je kot..

Sambungan dari entry [aku yang dah berusia 21 tahun]*rupanya tahun lepas aku tak buat entry pun, bz sangat..

Sepatutnya aku menghabiskan sesi pembelajaran selama 3 tahun sahaja di sini. Tapi, aku memang tak mampu nak menghabiskan ditambah pula dengan 1 subjek aku failed. Tuhan saja yang tau betapa geramnya aku dengan subjek tersebut! Gagal yang berpunca dari ahli kumpulan yang tak menghantar assignment pada masa yang ditetapkan. Sampai hati..lecturer subjek itu pula seorang yang tegas dan langsung tak boleh bertolak ansur dengan kes sebegini. Akibatnya, ahli kumpulan lain semua dapat berkonvo tahun lepas. Tinggallah aku terkontang-kanting disebabkan markah yang tidak cukup untuk lulus.

Aku beruntung kerana masih ada beberapa rakan kosmate lain yang sama-sama terpaksa meneruskan pengajian lagi. Alhamdulillah, kami dapat menyewa di kawasan flat Desa Ilmu yang merupakan kawasan strategik untuk membeli barang dapur, dekat dengan Mall, untuk ke kelas pun senang walaupun terpaksa berhimpit didalam bas! 

Pengajian di Semester 1, Tahun 4 aku memberanikan diri membaiki kursus kerana kelas lain agak ringan bagi aku. Rutin harian aku, setiap hujung minggu aku akan masuk training palapes. Sekurang-kurangnya masa hujung minggu dapat melakukan aktiviti sihat! Nasib baik elaun palapes semasa aku tauliah di Sabah agak mahsyuk. Dapatlah aku duit saku untuk hidup dan membayar duit sewa rumah. Tak payah aku susahkan famili sebab PTPTN aku sehingga Tahun 3 sahaja. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang berjaya membuat aku menjerit di lewat malam. Tak sia-sia aku membaiki subjek dan subjek lain juga membantu menaikkan pointer. 

Kakak aku juga mendirikan rumahtangga pada semester ni. Seminggu aku bercuti untuk balik kampung. Pertama kali tulis surat ketidakhadiran ke kelas. Memang kelakar, kuiz pun aku tak dapat hadir. Nasib baik tak mengganggu..

Pengajian di Semester 2, Tahun 4. Aku dah mula sesak sebab elaun tak masuk. Aduhai, aku memang tak nak susahkan famili. Sangat dahsyat semester ni sampai kawan bagi pinjam duit. Aku cuba mencari part-time job. Interview di pasaraya tak dapat pulak. Aku dah mula stress, cuba nak mencari jalan nak mendapatkan duit. Alhamdulillah ada kawan beritahu auntie student pavilion cari student untuk kerja tolong dia. Walaupun kerja dengan auntie Cina, auntie memang sangat baik! Layan aku macam anak sendiri. Sampai kawan pun usik, aku ni menantu kesayangan. Kalau aku mula demam, auntielah yang buatkan bubur kacang+barli. Life sentiasa happy dikelilingi makcik-makcik & pakcik-pakcik yang berniaga di situ, walaupun aku hanya bekerja sebagai tukang cleaner dan tukang cuci.

Pertama kali belajar untuk ikat perut. Pertama kali tersangatlah penat dengan rutin harian selepas kelas, dan bekerja pada petangnya. Tapi, tetap risau sebab semua subjek semester ini agak berat. Rutin harian, Isnin dan Selasa pagi sahaja masa untuk menyiapkan segala assignment dan study. Petangnya bekerja. Rabu - Khamis, kelas pagi, petang bekerja. Sabtu & Ahad adalah masa untuk training. Tapi di penghujung semester aku memang tak mampu nak masuk training lagi. Tersangatlah lelah..

Alhamdulillah, dengan penat lelah semester ini, aku tetap mengekalkan keputusan yang dikira bagus walaupun tak tercapai impian nak Dean List. Sesungguhnya, keputusan mengambung setahun lagi pengajian adalah keputusan yang lebih menguntungkan! 

Sekarang, apabila aku berjaya habiskan pengajian dan duduk di rumah, baru aku rasa nikmatnya berehat dan begitu berharganya setiap sen duit!

Dan hari ini, aku officially 23 tahun!

Inilah antara pengalaman aku selama tahun ini. Setiap orang lain ceritanya kan. Dan setiap orang pula lain kesusahannya. Setiap apa yang berlaku, semuanya ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai muslim hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala ujian yang diberikan kepada hambaNya.

16 comments:

  1. selamat hari jadi timm...pengalaman di universiti tu memang akan mematangkan kita.pelan-pelan kayuh walaupun memang ramai umur 23 dah grad. Rileks je sebab rezeki dan perjalanan hidup setiap orang tak sama..

    ReplyDelete
  2. sama la kita..pernah fail satu subjek jugak..memang drop terus pointer :(

    ReplyDelete
  3. salam. hehehe happy birthday sekali lagi :D selamat hari tua haha

    ReplyDelete
  4. muda lagi rupanya..slmt hari lahir

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan didunia mahupun diakhirat. InsyaAllah. ^___^ Time belajar dulu, dapat C untuk satu subjek sahaja dah drop pointer kan apatah lagi gagal. Alahai, sedihnya kan. Memang pantang betul dengan kerja grouping ini..ishh..... tak apalah engalaman itu penting kan..walaupun dia pahit, tapi bila kita dah berjaya, kita dapat rasa kemanisan akan kepahitan pengalaman itu kan..hehehe..kemanisan dan kepahitan itu..... Alhamdulillah, sis mampu menghadapinya. Tahniah! ^___^

    ReplyDelete
  6. Happy Bezday cik Tim...relax k..muda lagi tu...yang penting enjoy the moment and habiskan study k..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir cik Tim, moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.. Jangan mudah mengalah, setiap perkara pasti ada yang pertama kalinya. Jangan berhenti, teruskan perjuangan.

    =)

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday yer Timm... Hidup ini memang banyak cabaran, terutama masa belajar...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com