Friday, September 26, 2014

Resipi: Tat Telur


Pernah makan tat telur? Dulu dekat Sarawak selalu beli tat di kedai bakery. Seketul dah RM1.50, teringin pulak nak buat sendiri sebab tengok macam comel je tat di blog akak Azlita. Seriusly, peminat tegar akak ni dalam bidang masak-memasak!
Bahan-bahannya:
Untuk crust;
170g mentega
50g gula aising (aku blender gula biasa, tapi kurangkan sikit sebab nanti over-manis)
1 biji telur
290g tepung gandum
1 sdt esen vanila
Acuan tat comel

Untuk filling;
4 biji telur
1/3 cawan gula
1 cawan susu
1 cawan air kosong *secawan=250ml
1 sdt esen vanila
Pewarna kuning

Cara-caranya:
 Untuk crust;
1. Marjerin dan gula pukul sampai kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan kacau sebati.

3. Masukkan tepung dan bolehlah diuli guna tangan. Baru la nama aiq tangan. Hehehe..kalau rasa doh meleket lagi, bolehlah tambah tepung sikit.

4. Nak tau cara nak canaikan tat dengan senang tanpa guna pencanai?
Bulatkan doh cecomel. Dengan menggunakan bontot pinggan, lapik dengan plastik. Letakkan doh cecomel ditengah, tutup dengan satu lagi plastik. Ambil satu lagi pinggan, tekan doh cecomel dengan bontot pinggan tu jugak.
Siap bolehlah masukkan dalam acuan, tekan-tekan sikit dan buang lebihan doh diluar acuan. Jangan lupa cucuk dengan garpu bahagian bawah tu supaya doh tak mengembung bila dibakar.
4. Doh yang dah siap bolehlah dibakar di dalam oven 170C dalam ...aku terlupa pulak hari tu berapa minit... Tapi, oven pun ikut memasing sebab tak sama. Asalkan doh masak dah kira ok, jangan lama sangat pulak!
5. Biarkan sejuk sebelum letakkan filling.

Untuk filling;
1. Larutkan gula dengan air.

2. Lepas tu, campak saja semua bahan dan kacau sebati.

3. Tapiskan filling sebelum tuang ke dalam tat yang dah sejuk tadi. Jangan tuang sampai melimpah pulak, cukuplah sedang-sedang dalam tu.

4. Siap masukkan dalam oven 180C selama 20 minit. Sekejap je masak sebab sekadar nak keraskan filling..

Agak buruk rupanya sebab oven tu senget sikit. Asalkan boleh makan~
Nasib baik rasa tak seperti rupa. Dapatlah jadi buah tangan untuk famili mertua Kak Yu di Penang esoknya.

Selamat Mencuba~

Punya lama entry ni peram dalam otak. Tak ada mood nak buat entry.

10 comments:

  1. O boleh try ni. Simple je filling dia. Tak perlu ltk krim ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! sbb tu boleh buat..krim mahal..huhu..

      Delete
  2. thanks for sharing...tat telur ni favorite kot.. ^^

    ReplyDelete
  3. Wow!! Sedap gila nampaknya tat tu... ada bukak order ke? Hehehe..

    Mohon tumpang:

    Ye.. seperti yang dijanjikan, saya telah post Segmen pertama saya di blog dan harap anda semua dapat join.
    Harus lekas kerana segmen ini menawarkan Hadiah sehingga RM100 cash bagi pemenang.. Cepat2!


    terima kasih di atas sokongan anda semua blogger!

    http://www.kufazuke.com/2014/09/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'allah xde aral melintng timm join^^

      Delete
  4. Wah pandainya Cik Tim...Kita suka tart ni..memang favorite...boleh cuba ni ..he..he

    ReplyDelete
  5. nampak sedap. nak cuba tapi malas pulak. hehe..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com