Sunday, September 28, 2014

Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!


Jom join Giveaway dari blogger Kufazuke*asyik typo je tulih nama blogger ni, unik sungguh namanya. Nak join? Klik banner dibawah ini..
http://www.kufazuke.com/2014/09/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html
1) Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
Seandainya aku dapat RM sejuta..
Pertama, aku nak roboh rumah lama ni & gantikan dengan rumah banglo baru. Dalam rumah tu kena ada 8 bilik ye. Pastikan ada bilik tersedia khas untuk bebudak busuk dalam rumah ni*kucing. Lepas tu, buat pagaq lawa-lawa supaya lepas ni takda istilah kau nak ambil tanah aku, aku nak ambik tanah kau

Kedua, kalau ada balance lagi, nak beli emas. Untung tu, lama-lama simpan harga naik tau. Sekarang aku tengok dalam fb & ig pakat-pakat buat kempen Beli Emas Sebulan, 1gram.

Ketiga, akanku langsaikan hutang PTPTN segedebuak dekat kakitangan depa. Puas hati tak ada cas-cas bunga bagai  

Keempat, kalau ada lagi balance, nak bawak satu family melancong kemana saja yang depa suka. Amboih kau, kemain..*kalau aku kaya~~ 

2) Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?
Kalau aku stress atau sedih..
Aku memang tengah dalam keadaan stress pun sekarang ni. Nasib baiklah DIA sentiasa ada. Cuma DIAlah tempat aku mengadu nasib kalau ada masalah. Walaupun kekadang tergelincir jugak dari mengingati DIA. 

Sebab itu DIA bagi masalah ni untuk kita. Supaya kita kembali kepadaNYA. Sebagai seorang muslim, memang kepada Allah jua kita kembali~

Dulu kalau stress sebab study, makan je kerja. Lagi manis benda tu lagi sedap! Coklat ke, aiskrim ke, kek ke..hehe..

 3) Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?
Memori paling syiok waktu bersama famili..
Hari Raya Aidilfitri tahun 2014.  Raya tahun ni semua dapat berkumpul. Walaupun arwah ayah dah tak ada. Seandainya dia dapat tengok mesti happy!*lap hinguih

p/s: kepada blogger luar sana, jangan lupa join segmen blogger ini!

8 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com