Monday, October 27, 2014

Beli Maggi Royale Free buku masakan


Semalam Abang Cik ke Tesco selepas balik dari kerja. Dia cakap saja-saja membeli produk maggi semata-mata untuk mendapatkan buku resipi. Dengan pembelian dua bungkus produk Maggi Royale yang baru, anda akan mendapat buku resipi eksklusif percuma dari Maggi.
Dalam buku ini, ada 100 resipi yang disediakan dan semestinyalah menggunakan produk maggi. Ada masakan Melayu, Cina, India, Festival, Fusion, Barat dan Chef. Kepada pengumpul buku resipi macam Abang Cik memang sukalah benda-benda limited macam ini.
Tak tahu pula sampai bila promosi ini akan berakhir. Pastinya cepat-cepat sebelum terlambat! Dalam iklan hanya famous MAGGI Royale Penang Seafood Curry. Rupanya ada lagi perisa lain, macam yang diatas itu MAGGI Royale Korean Spicy. Ini mesti penangan Running Man. Macam sedap sahaja tengok orang korea punya makanan. Aku sendiri pun belum rasa lagi. Perut aku akan mendatangkan masalah kalau makan mee segera yang tidak dimasak. Mengada betul perut kalau tinggal di rumah, mementang selalu makan makanan fresh, di-rejectnya semua makanan segera..

p/s: teringin nak buat kimchi, ada sesiapa pernah buat sendiri..kalau ada jangan segan-segan drop link untuk berkongsi..kamsahamnida*acece, korea sangat..

12 comments:

  1. nanti dah pandai buat Kimchi, hantar dekat office saya sikit tau... hehehehe

    ReplyDelete
  2. mcm nak dapatkan ju ga lah . sis mmg suka cuba resepi baru ...

    ReplyDelete
  3. Best jugak dapat buku resepi ni. Kadang-kadang dah buntu tak tahu nak masak apa dah..

    ReplyDelete
  4. Zumal pun nak cari gak la Maggi Royale Penang tu...

    ReplyDelete
  5. dengan menggunakan meggi saja boleh dapat macam2 resipi kan?
    apapun meggi memang sedap :D

    ReplyDelete
  6. macam best je ni..harus kena beli..he..he

    ReplyDelete
  7. Wah.. Best tu.. Lama x mkn meggi..

    ReplyDelete
  8. baru tau jugak pasal maggi korean tu. tapi entah mood nak makan maggi tak mai lagi. haha. cikfafa pun suka yang masak atas dapur daripada yang mentah, pastu tambah telur dengan cabai melaka. dap2.

    p/s : kimchi tu indah rupa dari rasa ja. belum pernah buat tapi pernah makan. bagi cik fafa kimchi tu rasa macam tak kena dengan selera sendiri.^^

    ReplyDelete
  9. maggie royale?..sis JM ni mmg suka mkn maggie tapi x pernah jumpa plak maggie royale ni..dh lama di pasaran ke..

    kimchi?...x pandai buat tapi pandai makan je..ri tu g korea..hari2 mkn ahahaha

    ReplyDelete
  10. sha ada buat resepi kimchi yang sedap :)

    http://aunidenovella.blogspot.com/2014/04/resepi-kimchi-versi-kusha.html

    boleh try :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com