Friday, October 03, 2014

Persiapan Aidiladha Anda?


biskut raya simple, biskut kacang
Bagaimana persiapan anda untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Bagi aku sendiri, dah lama tak menyambutnya di rumah. Sebelum ini, rasa rugi jika membeli tiket kapal terbang untuk balik sedangkan cuti hanya sekejap. Kali ini, berpeluang untuk sambut dirumah!

Bang Cik aku awal-awal lagi dah planning perayaan kali ini untuk buat menu biskut yang simple. Semalam satu biskut dah siap, iaitu Biskut Mazola. 

Kali ini, saiznya dikecilkan lagi*bukan kedekut, saja nak jadikan banyak , kacang pun tak over-cooked macam resipi sebelum ini. Biskut Mazola kali ini lebih putih menyerlah dan ada dua bentuklah pula. Aku buat bentuk bujur, abang buat bulat..

Merapu dua beradik ni semalam buat kecah didapur. 

Biskut yang masak sekata adalah biskut yang dibuat sama saiz. Bagi mendapatkan saiz yang sama semalam, aku gunakan sudu comel bekas kudapan Nyam-Nyam zaman aku duluuuu... Dahsyat rumah ini, semua peralatan usianya lebih tua dari aku!
biskut kacang simple
 Dah siap satu tray dibakar, aku rasa kurang berpuas hati dengan palutan telur yang berwarna pudar dan pucat. Aku tambahkan pula dengan pewarna kuning. Tak pepasal biskut yang sama warna dan bentuknya berlainan*asalkan boleh makan
biskut kacang
Lebih menarik kan warnanya?

Siap biskutnya, ingatkan dah lewat malam. Rupanya jam baru menginjak di angka 12.00pm. Sempatlah layan cerita inggeris bersiri Beauty & The Beast di TV2. Ada sesiapa yang layan cerita yang sama? 
tv2
Setiap Khamis, 12.00PM di TV2
Kristin Kreuk yang cantik berlakon! Saya suka! Saya suka!

p/s: belum rasa fefeeling raya lagi..

4 comments:

  1. sis nak buat biskut juga ... dah google resepi biskut mazola . terlepas lah pulak nak tgk beauty n the beast . dr tu rajin betul tlg polis tu kan .

    ReplyDelete
  2. sis panggil biskut ni , biskut kacang ...

    ReplyDelete
  3. jam 12.00 malam tu pun pada saya dah lewat sangat tau.. haha ^^

    ReplyDelete
  4. cik fafa raya haji tak dak pun kuih raya.
    beauty and the beast my fav jugakk! dah habis pun tengok sampai season 2. kristen kreuk pun fav since smallville..hehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com