Saturday, October 25, 2014

Resipi: Chipsmore Tiruan


Entry resipi lagi nampak gayanya. Biskut ini dibuat pada sambutan Hari Raya Haji yang lepas. Dan biskut ini adalah resipi baru yang dapat dari buku My Resipi*abang yang dapatkan resipi
Nama yang sebenar adalah biskut coklat chip, tapi disebabkan sekali bite seriously rasanya sebijik macam Chipsmore Butterscotch. Jadi, kepada penggemar chipsmore bolehlah try DIY sendiri.
Bahan-bahan:
310 gm tepung gandum
1 1/2 sdt serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1/2 sdt soda bikarbonat
225 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
340 gm coklat cip
2 biji telur
1 sudu esen vanila

Cara-caranya:
1. Gaulkan tepung gandum + garam + serbuk penaik + coklat cip.

2. Dalam mangkuk lain, putar mentega + gula kastor + gula perang sehingga kembang. 

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila, pukul sebati.

4. Gaul adunan dengan bahan 1 tadi dengan spatula.

5. Sudukan adunan comel-comel dan jarakkan antara biskut kerana dia akan mengembang.

6. Panaskan ketuhar selama 15 minit, 175C sebelum membakar biskut tadi. Bakar biskut sehingga keperang-perangan.
 Nampak kan betapa besaqnya biskut tadi. Walaupun secoit adunan untuk dibakar, apabila dah masak, nahaunya besaq jadinya. *apa bahasa yang aku guna ni

Selamat mencuba. Sekurang-kurangnya, selepas ini tak adalah nak ambil bungkusan chipsmore sewaktu ke pasaraya. Dah la mahal, ada beberapa keping sahaja. Dengan adunan ini, satu balang besar boleh dapat tau. Kalau rasa macam tak larat nak membakar banyak-banyak, bolehlah bahan-bahan tu dibahagi dua, jadilah setengah adunan. 

 Dah last-last adunan, mulalah pemalas nak cedok-cedok adunan. Jadilah gini..
Sedap pulak buat besaq-besaq, crunchy diluar, lembut didalam.

p/s: banyak pulak entry resipi bulan ini..apa pasai pun tak tau..

18 comments:

  1. buat sendiri lbh jimat dan buatnya pun senang tapi blm habis penat buat dah licin ! ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, biasalah kak..tau xpa..sampai kna sorok lah..

      Delete
  2. assalamualaikum.

    bagusnya timm rajin mencuba menu2 baru. ayie mmg suka mkn biskut lebih2 lagi yg ada coklat lagi la suka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm..coklat kan mmg kegemaran rmai..yum3^^

      Delete
  3. Replies
    1. bisnes eh..cdangan yg mnarik tu..hehe..

      Delete
  4. nampak macam biskut kat subway la..sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow, yeke..timm xpenh pulak try biskut kt subway..

      Delete
  5. teringat subway.. everytime saya order memang tak miss nak dapatkan double choc dia. memang sedap!

    ReplyDelete
  6. Kita cukup suka dengn chipsmore...tapi tak pernah buat sendiri lagi..nanti boleh cuba...

    ReplyDelete
  7. Dah pernah rasa, memang rasanya macam biskut chipsmore tu..
    Better kita buat sendiri kan, lagi puas hati.

    ReplyDelete
  8. Ada pula chipsmore tiruan ek.. Hehe.. Nice resepi..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum timm...mesti sedap kn...;)

    ReplyDelete
  10. wow, nampak sedap. nak bookmark dulu la, nanti raya tahun depan nak cuba. hehe.
    tengok omputih dok buat semua besaq2 biskut camni. sekali makan pun puas.

    ReplyDelete
  11. ishh..rajin nya..sis M Ni pemalas..rajin mkn je huhuhu

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com