Thursday, October 23, 2014

Resipi: Kek Pelangi cincai boncai


Dalam kedinginan musim sekarang ini, mulut mula menggatal nak makan itu ini. Tiba-tiba perut cakap, dia teringin nak makan kek. Mulalah melilau mencari resipi yang simple asalkan namanya K.E.K..

Abang Cik godek-godek dalam google, jumpa 1 resipi kek dengan menggunakan pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib? Apa tu? Ala, yang dalam rancangan RTM Pelik Tapi Sedap bersama Zaibo tu..

Jom tengok kek cincai boncai yang berjaya dihasilkan.
kek simple, kek pelangi, pemanggang ajaib
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*1 cawan=250ml
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin
4 biji telur
Sedikit esen vanila
Pewarna yang disukai

Cara-caranya:
1. Gula kastor yang dah diayak dipukul bersama marjerin sehingga creamy.

2. Masukkan telur sebiji dan putar sampai sebati, baru masukkan telur..dan telur..dan telur.. + esen vanila.

3. Tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dimasukkan sedikit demi sedikit.

4. Dah siap satu adunan kek. Aku sengaja nak kek tu berwarna warni, jadi adunan tadi dibahagikan 3 bahagian dan dimasukkan 3 pewarna iaitu, merah, oren dan merah jambu.

5. Disebabkan aku menggunakan pemanggang ajaib, aku lenserkan sedikit marjerin dikeliling pemanggang. Panaskan sekejap dalam 5 minit. Tuangkan adunan tadi ke dalam pemanggang.
kek pelangi, pemanggang ajaib

kek pelangi, pemanggang ajaib
Alertlah dalam masa 15 minit tu, sentiasa check dengan cake tester sebab seriously dengan menggunakan pemanggang ni, masa memasak kek sangat cepat! Jangan hangitss sudah..
*Tips: untuk mengelakkan hasil yang rentung sedikit dibawah kek, aku sarankan lapik dengan kertas minyak.

Kalau nak bakar dengan menggunakan oven pula, macam biasa panaskan oven dalam 15 minit. Masukkan adunan dalam bekas pembakar yang dilapik dengan kertas minyak dan dilenser marjerin. Bakar di suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak*ikut ketuhar masing-masing

Dapat makan sekeping kek pun dah lega, teruk betul mengidam, mengalahkan orang preggy pulak. Selamat mencuba!

p/s: sedapnya makan ais-krim walaupun hujan :)

19 comments:

  1. wah..hebak! pemanggang nih memang ajaib hehe..untunglah pandai masak..nak je boleh buat..hehe..share2 la sikit yang dah masak tuh..nak buat sendiri takut x jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih, timm mna pndai msak..tpi timm suka mncuba..klau luqman dduk area kulim ni, dah lma timm share..haha!

      Delete
  2. wahh..baru tahu boleh bakar kek dalam nih..terbaiklah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. timm tau pun dr buku instruction dia..

      Delete
  3. memang ajaib betul pemanggang tu, siap boleh bake cake lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..nma pun pemnggang ajaib kan..hik3..

      Delete
  4. Terbaiklah cik Tim...memaksimakan penggunaan panggang ajaib ni...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. try la zumal..simple je..nak rsa lemak lgi, jgn guna marjerin, guna buttercup..

      Delete
    2. Owh macam tu yer Timm. Terima kasih atas info yer :)

      Delete
  6. pemanggang tu saya buat panggang ikan je cik timm..
    tak terpikir pulak nak baked dlm tu..
    hehe ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk dalam video diorg kasi time beli tu hah :)

      Delete
  7. hebatnya boleh masakkek dalam pemanggang ajaib jugak :D

    ReplyDelete
  8. cantik kek tu tapi sis x de pemanggan ajaib ...

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap ja kek tu...
    Macam-macam boleh buat dengan periuk ajaib ni kan..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com