Sunday, November 09, 2014

Day 3: Raptai & Pre-Convo


31 Oktober 2014
Bangun pagi, dah nampak bumi Sarawak. Macam tak percaya pulak. Pukul 9am kami ke DeTAR Putra untuk raptai konvokesyen. Adik-adik pula cerita Prof Fadzil masuk RTM untuk mempromosikan ConFest 2014. Bangga cek, UNIMAS ini memang langsung tak terkenal di semenanjung, semua confius sama ada UNIMAS ini di Sabah atau Sarawak.
Tak lama pun raptai, sekadar membuat demo di atas pentas, di mana perlu masuk, keluar, etika berpakaian dan sebagainya. Selesai raptai, masa untuk bergambar kenangan! Hanya hari ini sahaja dapat bergila-gila, kerana esoknya semua akan berholiday bersama family masing-masing. Disebabkan hari Jumaat, kami berehat dulu di Kolej Allamda dan solat Zohor sementara menunggu photographer solat Jumaat. Photographer sangat, coursemate sendiri sahaja sebab Kahar pandai mengambil gambar yang cantik! #UNIMASgrad2014
Antara tempat yang menjadi persinggahan;
Tasik UNIMAS, di kawasan kayak. Sentiasa terkenal dengan penggambaran drama cinta RTM. Tempat inilah kami naik bot untuk mengambil sampel air untuk subjek Limnology bersama-sama lab assistant. Masih ternampak lagi di tubir mata..
 

Seterusnya, di Jambatan Cinta yang sangat terkenal di sini. Sesiapa yang melawat UNIMAS, MESTI kena datang sini.
 #UNIMASgrad2014
Kami adalah antara yang terawal berphotoshoot untuk mengelakkan berebut dengan graduan lain. Lagipun, tengah panas-panas terik siapa yang sanggup mem'burn'kan muka kecuali kami. Sekali sekala, lagipun kereta yang disewa akan dipulangkan pada pukul 5pm.

Malam ini merupakan malam terakhir untuk kami bersama-sama, bersembang-sembang. Dari Kolej Rafflesia, kami berpindah ke Kolej Allamanda pula. Bermusafir sungguh kami dua hari ini. Perut pula minta untuk diisi, malamnya kami pusing-pusing ke Pesta Convo atau ConFest. Bermacam-macam gerai makanan ada, tudung, dan baju. Kekenyangan dapat makan laksa dan kebab ayam. Erkk..
Mata masing-masing mengantuk, tapi masih lagi pot-pet, akhirnya senyap begitu saja. Kak Dila awal-awal lagi dah terlena. Kesian betul, pakat-pakat penat modelling hari ini. Zzz..

..bersambung..

19 comments:

  1. wah...teringat kenangan convo!tapi masa tu tak femes lagi photoshoot semua ni.kitorang bawak keluar kamera sendiri je.

    p/s:akak suka stail timm buat scroll down untuk share gambar tu.takdelah entry panjang meleret.nanti share tutorial boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, photoshoot sendiri2 jer ha..xde upah org pro..hehe..
      saja buat skrol tu, nnti abis loading lambat..hehe..boleh2, nanti timm sharekan :)

      Delete
  2. How I miss those moments.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. timm baru bberapa hri pun dah rindu ;)

      Delete
    2. Inikan pulak saya dah beberapa tahun.
      Tapi terasa macam semalam.. :')

      Delete
  3. kemain posing semuanya. hehe

    pesta konvo best, tambah2 kat makanan. rambang mata. haha ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best tgk byk gerai mkanan..lepas tu, dah blur nk mkn apa..hehe..

      Delete
  4. sis dulu x de raptai . just tgk org depan buat camna kat skrin tv jer . pas tu ikutlah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. raptainya gitu je kak, dia tnjuk dekat pentas..hoho..xde la buat sorg2..rmai sgt ;)

      Delete
  5. terus teringat sha konco bln 5 yg lalu, mmg pnt sgt, tpaksa dtg awal ke kl try baju, attend raptai tp sbnrnya menyelam smbil shopping haha..best sgt convo kan..lps ja abis smua, part gmbr2 tu yg xmiss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan manis kan walaupun penat ^^

      Delete
  6. Teringat masa konvo dulu... Rindu kawan2 lama. Yang rapat semua merantau jauh...

    ReplyDelete
  7. siap ada preconvo ek? time sy xde pon..hahahaha
    raptai pon xpegi.. time raptai la nak migrain bagai..
    tp naseb la sempat amek jubah kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, saje suka2 cik nadyya..nnti klau rindu, ada kenangan..hehe..

      Delete
  8. Kenangan ni yang paling best. Jumpa kawan2. lepas ni susah sgt nak jumpa. wuwuwu

    ReplyDelete
  9. saat paling best bila habis study adalah hari konvoksyen..rasa BEBAS tapi sedih sbb akan berpisah dgn rakan2 belajar hhuhu..sesi bergambar beramai2 mmg x di lepaskan :-)

    ReplyDelete
  10. hihi ritu sempat jugak pepusing unimas seround dua. sebab pegi amek member tu kan before pepusing srawak. cantik.. tapi tak sempat nak posing sana sini.

    ReplyDelete
  11. bila tgk entri ini..tringin nak smbung bljr balik..huwaaa..miss that moment... huhu..terlihat muka kepuasan semua ... :)

    ReplyDelete
  12. Zaman akak dulu takdak sesi photoshot ni. Pakai kamera sendiri yang kena tarik krik, krik...heheheh

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com