Friday, November 21, 2014

Drama Zahira BEST!


Setelah dah lama tak melayan drama dari TV3, akhirnya semalam tertengok cerita menarik. Itu pun semata-mata sebab Zara Zya berlakon, kalau tak memang tak tengok dah. Cerita terbaru Akasia pukul 7.00pm pun macam kurang menarik sebab jalan cerita slow sangat. Letih mata pula aku tengok. Tapi bagus juga, sekurang-kurangnya solat maghrib tak lewat. Hewhewhew..

Kekadang tu, dalam episod 1 pun kita dah jatuh hati untuk tengok drama tu sampai habis. Cerita yang dimaksudkan adalah Zahira. Lakonan gandingan Adi Putra dan Zara Zya. Kanak-kanak perempuan comel yang melakonkan watak anak Adi Putra pun pernah berlakon sebelum ini dalam Azam Ramadan Su.

Sinopsis dari sini:
 Drama ini mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Zahira (Zara Zya) yang tersungkur akibat terlampau mencintai kekasihnya Sufian (Ryzal Jaafar) dan akhirnya kecewa. [Sufian ni dalam episod 1 pun dah buat jahat, ada ke patut dia curi idea Zahira untuk mendapatkan kerja di syarikat Software. Maksudnya Zahira mempunyai ijazah dalam bidang IT.] Zahira akhirnya bangkit dengan semangat baru untuk membantu ibu angkatnya, Mak Ani membayar hutang lama keluarga. Meskipun terpaksa menjadi pengasuh dan melupakan segala ijazah yang dimiliki namun dia jujur dalam menjalankan kerjanya. Iqbal (Adi Putra) seorang yang kaya dan merupakan pemilik hotel. Dia seorang yang kaya dan tegas. Dia juga mempunyai dua orang anak, seorang perempuan (Nur Qistina Raisah) dan seorang lelaki (Habiel Lutfillah Durrani) yang mana mengalami dyslexia. Watak lakonan (Fazren Rafi) belum keluar lagi..

Kalau rasa macam teringin nak tengok, saksikan drama Zahira setiap hari Rabu dan Khamis, jam 10.00PM. Semestinya di TV3!

8 comments:

  1. Mcm best ni tpi lewat mlm la tayanfannya

    ReplyDelete
  2. semalam tengok kat tv.. macam best... suka la karekter garang iqbal tu..

    ReplyDelete
  3. nak tgk jgk tp takda tv pulak kt umah sewa nih..nak tgk online abes quota internet yang tak berapa nak ada nih..haha..tingin nk tgk pon sbb zara zya jgk.

    ReplyDelete
  4. mmg sy akn lyn sbb bkn drama adaptasi novel ;-)

    ReplyDelete
  5. macam best ja sinopsis tu. zara zya tu pun best berlakon,sempoi ja. cuma hero pulak la,adoi tak berapa berkenan. haha.

    p/s: BHB tu best la,cikfafa baru ja tengok online. memang dah terpaut dengan cita tu. hehe

    ReplyDelete
  6. Belum berkesempatan untuk tengok cik tim..macam best je ya..

    ReplyDelete
  7. Cerita ni adaptasi novel tp aku lupa tajuknya... But novel da best cerita mesti LG best

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com