Friday, November 07, 2014

Liebster Award #4


 Oh my, ini adalah kali keempat ditag untuk Liebster Award. Jangan risau, aku tak marah pun, sila-sila tag banyak-banyak. Cuma aku memang pemalas tahap gaban nak tag orang lain dan buat soalan pulak. Hehe, jangan marah eh..

Mai cek mai nak menjawab soalan dari adik Flawless Sakura*singsing lengan baju

1. Bila nak ada kereta sendiri ? 
Kalau ada lesen kereta + kerja tetap memang Proton Iriz Active akan menjadi milikku. Tapi, apakan daya. Kedua-dua benda diatas belum ada. Fobia nak bawak keretalah..haishh.. Agaknya tunggu dapat instructor kereta yang hensem macam Zill Faezrul baru semangat kot.
Sumber
2. Kalau keluar p mana mana, tempek make up dak ? 
Kalau rajin tempeklah bedak compact Miami + lip balm Maybelline. Siap! Kalau malas, tepuk bedak talkum Safi di muka. Siap! Nampak tak betapa malasnya aku.
3. Apa perasaan kalau kena tegur kalau kita salah ?
Benda salah kan, mestilah rasa bersalah dan malu.
4. Paling teror masak, masak apa? lauk ke, kuih muih ke ?
Teror sangat masak air. Hehe. Aku sekarang ni teror masak masakan kampung sahaja macam masak asam, asam pedas, masak lemak, sambal belacan. Dan aku suka mencuba resipi baru yang menarik dari buku resipi ke, internet. Kalau jadi memang aku akan postkan dalam blog supaya semua boleh mencuba!
5. Dalam sehari, berapa banyak kali online ?
Depend, kalau rajin sentiasa online sebab boring. Kalau malas, langsung tak diusik cik lappy dgn encik handphone. Dibiarkan cik lappy tersadai di meja. Kalau telefon jenuh suruh abang misscall sebab terlupa mana letak.
6. Kalau time cuti, selalu hang out ke, duk kat rumah je ?
Cuti adalah masa untuk merehatkan diri. Memang suka memerap dalam rumah sambil tengok movie. Tapi kalau ada urusan atau benda untuk dibeli, memang cuti adalah untuk window shopping!
7. Kata kata motivasi untuk diri sendiri.
Sentiasa berdikari, berdiri diatas kaki sendiri tanpa menyusahkan orang lain!
8. Siapa yang paling awak awak rapat, mak/ayah ?
Dulu kecik-kecik memang rapat dengan arwah ayah sebab mak garang. Selalu kena rotan sebab nakal. Hehe. Selepas arwah ayah meninggal, baru reti nak bermanja dengan mak :)
9. Apa yang awak awak dapat bila berbloging ?
Kawan baru, sentiasa dapat kenal orang dengan lebih personal menerusi penulisan masing-masing. Setiap orang, lain caranya. Aku sendiri pun masih lagi mencari cara penulisan sendiri. Selain itu, ada rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi nasihat dan semangat kalau kita ada masalah.
Ilmu, walaupun blog nampak seperti hasil tulisan personal dan tidak saintifik, setiap bait-bait ayat dalam entry adalah ilmu tau. Ada juga petua-petua yang dikongsi menerusi blog mereka.
Resipi, disebabkan memasak dah mula menjadi hobi, suka sangat kalau blogger-blogger berkongsi resipi. Paling aku suka dengan blog kak Ita. Memang seronok tambahan pulak gambar masakan dia semua sedap dan tempting!
10. Kalau tetiba dapat pergi overseas, nak ke mana ?
Sebagai muslim, semuanya ingin menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Betul tak? Dengan menyerjakan haji di sana, terlaksanalah sudah Rukun Islam yang ke-5.
Tapi, impian aku yang lain adalah ke Australia. Memang dari kecil lagi aku teringin ke sana sebab minat dengan Steve Irwin. Terubat hati aku sebab Cik Sal sudah pun menjejakkan kaki di sana. Dapatlah tengok Aussie walaupun dari blog orang.
11. Pakai handphone jenis apa ?
Ninetology. Dengan menggunakan rebate, aku cuma bayar balance RM200 sahaja. Seriously, walaupun jenama tak se-fofular Samsung, Sony, banyak berjasa telefon ni tau. Dah la dual sim card. Tak rugi beli. Disebabkan encik handphone inilah aku kenal dengan dunia Android. Walaupun dah lama guna, masih lagi belum habis selongkar segala functionnya. Aduhai..

 Selesai..

13 comments:

  1. hihi.. kelakar jugak baca entri ni..
    mama pun baru sempat jawab .. lama tak berjawab ..

    Ikhlas Dari : Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. timm pun entry tu peram je dlm draft..

      Delete
  2. ramai yg tag sis JM tuk liebster awrd ni dan jawapan nya MALAS..ahaha...malas sgt nk sahut cabaran tu..kira timm bill ni still rajin tau

    ReplyDelete
  3. cheq pun fobia nak belajaq bawak keta. haha. menyesal pulak dulu tak mintak rebate tu. kalau tak sekarang pun dah boleh merasa pakai smartphone.T_T

    ReplyDelete
  4. bab resipi tu setuju. selalu kat blog resipi2 ni saya jadi silent reader je, tak tahu nak komen apa. tapi diorang punya masakan tu silent2 je cuba.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Hobi memasak yer Timm nanti ajak we all makan2 k ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, xconfident la nk bg kengkwan mkn..hehe..

      Delete
  6. wah smart nya proton iriz.. bru perasan.. huuu

    #nape tak buat soalan ek?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 Iriz Active, blum kluar lgi..
      timm malas nk buat soalan..hihi..

      Delete
  7. Akak pun minat dengan kereta iriz ni.
    Smart jer.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com