Saturday, November 15, 2014

Resipi: Kek Chiffon Pandan


Teringat zaman kecil-kecil dulu, kalau abang cik ke Pekan Kulim mesti aku pesan belikan kek chiffon se'slice'. Terasa sedapnya kek chiffon sebab teksturnya yang ringan dan kosong. Abang cik pun teringin juga, tapi disebabkan kami tak ada periuk berlubang ini, terkuburlah hasrat untuk buat sendiri. Lastly, abang seriously memang teringin nak buat sendiri, dia pun belilah periuk berlubang, dapatlah DIY kek chiffon! Resipi kali ini diambil dari buku Resipi Roti, Kek dan Pastri dari Noraini Sidek.

Bahan-bahan:
Bahan A
175g tepung gandum
1/2 cmt serbuk penaik
Secubit garam
120g gula kastor
4 biji kuning telur
90g jus pandan (6 helai daun pandan dikisar lumat bersama air) *aku tukar santan pekat
90g minyak jagung
1/2 cmt pewarna hijau
1/4 cmt esen pandan

Bahan B
5 biji putih telur
120g gula kastor
1/2 cmt krim tartar

Cara-caranya:
1. Basuh daun pandan dan potong-potong. Masukkan dalam blender bersama santan dan blend. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
2. Putarkan Bahan B sehingga boleh diterbalikkan mangkuk (meringue).
3. Campurkan gula kastor dan kuning telur dan sebatikan. Masukkan jus pandan + minyak jagung + pewarna hijau + esen pandan + [tepung gandum + serbuk penaik + garam]diayak sekali.
4. Apabila adunan sebati, dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan Bahan B.
5. Panaskan oven 180C selama 15 minit dan bakar dalam 55 minit atau sehingga masak.*ikut ketuhar masing-masing
Walaupun kurang menjadi, masih lagi boleh dimakan. Memang lemak berkrim disebabkan menggunakan santan pekat. Nasib baik permukaan atas tidak merekah. Selepas ini, nak mencuba resipi yang sama, tapi tidak menggunakan santan. Nak buat kek ni, kita mesti rajin mencuba dan jangan berputus asa walaupun tak menjadi. Gambate!

Selamat Mencuba!

p/s: walaupun tak menjadi, dalam masa 24jam kek dah lesap..

13 comments:

  1. Salam Sabtu Cik Tim...Hmmmmmmm..sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Salam cik Tim.. InshaAllah akan dicuba.. cuma perisa tu mungkin akan ditukar sebab saya tak gemar PANDAN.. hehe

    ReplyDelete
  3. Timm, kalau pakai perisa pandan aje rasanya boleh tak?

    ReplyDelete
  4. sis juga ada buku itu tapi belum pernah bereksperimentasi ...

    ReplyDelete
  5. fuhh..baru puas hati makan jika buat sendiri..kali pertama percubaan dh menjadi lepas beberapa kali cuba mesti lebih meletop lah...

    ReplyDelete
  6. wow gebunya... tengok dah tahu sedap :)

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
  7. apa yang kurang jadinya?nampak macam jadi ja. gebu gebas ja tengok. hehe ^^

    ReplyDelete
  8. orang-orang yang tabah je boleh buat kek ni..hehe.tahniah sebab jadi!nampak cantik mesti rasa sedap..huhu

    ReplyDelete
  9. fuhhh sedapnya kek pandan. dah lama xmakan. wuuu

    ReplyDelete
  10. wow.. cantik kalernya mmmg menggoda. CT suka pandan and lemon. kalau chiffon lemon then frosting gula nomnom..!! sorang bleh abes hahaha

    ReplyDelete
  11. Sedap la tu kalau dah habis cepat.
    Pandai.timm buat kek

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com