Thursday, December 11, 2014

Dicucuk Typhoid


Akhirnya gambar konvokesyen dah selamat sampai dirumah dalam 3 hari lepas. Patutlah ada nombor telefon tak dikenali asyik called. Sedangkan aku memang off phone sebab bekerja, dapatlah jimat bateri. Biasalah smartphone sentiasa cepat kong baterinya. Aku takut kalau panggilan kerja, bila called balik dia cakap orang dari post office.
Hari ini aku cuti, sebab tu sempat membelek blog. Siang tadi kemalasan ditambah dengan tangan kiri yang lenguh. Lenguh sebab apa? Sebab inilah,
Disebabkan bekerja dalam sektor pemakanan, perlulah dicucuk dengan suntikan Typhoid. Suntikan ini disuntik di pangkal lengan atau paha. Imunisasi ini akan bertahan selama 3 tahun, jadi dalam masa 3 tahun kalau aku masih bekerja dalam sektor yang sama, kenalah cucuk lagi. Tak sakit pun, nurse tu seronok bersembang-sembang dengan aku, pastu dah siap cucuk dah. Cuma kesannya, selepas beberapa jam, tangan mula kebas dan lenguh-lenguh. Aku pun baru tahu wujudnya suntikan ini untuk pekerja yang mengendalikan makanan. 

Disamping itu, pekerja pengendali makanan perlulah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Akta Kawalan Penyakit 1988 seperti yang tertulis dari sumber ini.

Walaupun dah lewat malam, masih terasa lagi kebas-kebas di tangan kiri ini. Hujan lebat malam ini mula melayukan mata..

Selamat Malam semua!

p/s: Btw, thank you so much to Kak Sal sebab bagi cenderahati dari Aussie. Muah ciked, minta maaf. Dah lama sampai, baru berkesempatan nak update..

14 comments:

  1. wahhh syioknyaaaa
    tahniah ye dah konvo :)

    ReplyDelete
  2. typhoid ni, kalau kite kerja sesaja kat gerai air masa konvo pun kena buat jugak..hehe.akak dulu tak tau, dah last day kerja baru tau.nasib baik takde kes.

    akak tau dah dapat, kan timm ada email.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, aah..lupa pulak kak..bz sgt..hihik..

      Delete
  3. ooo baru tu...kalu x beri suntikan, apa akan terjadi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suntikan ni mmg prosedur, xnk wabak penyakit msuk dlm mknn yg kita serve..huhu..

      Delete
  4. klu tak suntik apa jadi pd tangan . kebas memanjang je ... nasib baik ada penyelesaian kan .

    ReplyDelete
  5. syoknye... kerja bahagian pemakanan ni seronok tak.. tgk kawan2 cakap best..sebab kita boleh tahu jenis2 makanan semua.... btw TAHNIAH dah konvo dengan jayanya... kebangaan keluarga tu....

    salam perkenalan dari mommylina untuk cik timm

    ReplyDelete
  6. lambat gak dapat gambaq konvo. cikfafa dulu hari ni konvo, esok dah dapat gambaq.

    owhh, baru tau kalau orang kerja urus makanan kena cucuk. agaknya semua pekerja restoran walaupun warung biasa pun kena cucuk jugak la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar esoknya mmg da siap cik fafa..tpi timm kan trus balik semmnnjung pagi tu..
      mmg xsempt nk amek, sbb tu pos..huhu..
      Diwajibkan semua cucuk, xnk ccuk pun xpa, nnti klau jabatn kesihtan check, abis lorr..huhu..

      Delete
  7. Teringat masa zumal keje kat cafe UUM dulu, bila nampak kesihatan datang check terus lari sebab zumal tak buat suntikan tu. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  8. Typhoid.. kah nama nya baru tau :D

    ReplyDelete
  9. bestnya dpt something dari kak Sal nko tu :-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com