Friday, December 19, 2014

Pembelian almari dari LAZADA


Cuti Isnin lepas diluangkan untuk mengemas bilik. Alang-alang almari baru sampai petang tu, terus renovate bilik. Renovate sangat kan, rumah kampung bukan macam rumah taman yang dibuat dari batu. Bukannya dapat tukar warna bilik atau pasang wallpaper. Semuanya kayu je. Disebabkan begitu, pemilihan perabot untuk bilik pun mestilah kayu supaya nampak masuk dan klasik. Acewah..

Gara-gara abang mula memperkenalkan laman web Lazada, mata aku pun bersinar-sinar tengok barangannya. Semuanya SALE! Sebenarnya, niat dihati nak mencari rak kasut sahaja, tapi akhirnya benda lain yang dibelasah.

Selepas selesai pembelian, benda yang aku berkenan ni terus out-of-stock! Kiranya aku adalah antara pembeli yang telah clearancekan stoknya..
Guna pita pengukur rasanya almari ni taklah terlalu besar, kecik comel je kot. Bila dah sampai depan mata dan dipasang, rupanya..
Berjam-jam juga memerah idea untuk pasang almari ni. Mana tidaknya, instructions memang tak lengkap, bahasa Cina lagi, memang kirim salam jelah. Akhirnya, berkat menggunakan dua otak dan tulang 8 kerat. Almari ini siap..
Kenapa aku suka almari yang open begini? Sebab aku senang nak pantau kalau ada habuk atau haiwan-haiwan perosak lain yang nak buat sarang. Memang konsep terbuka yang lebih sesuai dengan rumah kampung..
Serius ingat almari ni kecik comei, rupanya besar gedabak jugak. Memang berat gila, nasib baik ada roda. Senang nak ubah-ubah dan senang untuk proses mencuci!

Kepada kawan-kawan blogger yang excited nak tengok almari yang aku beli dari Lazada, inilah dia almarinya. Adjustable Wardrobe with Wheel-Brown. Kepada sesiapa yang berkenan bolehlah korek dalam Lazada tahun depan. Mana tau dia nak restock balik. Harga sebenar almari ini adalah RM299, tapi SALE punya pasal, aku dapat beli dengan hanya RM199.

Berbaloi-baloi, bukan ini sahaja aku grab dari Lazada. Oven Thermometer pun aku ambil juga semata-mata untuk abang yang suka membakar kek dan mengadu nak pastikan kek kejunya menjadi. Konon nak check suhu sebenar dalam oven. Hehehe, boleh-boleh. Dah jadi birthday present dah untuk dia..

p.s: Sweetnya En. Iqbal dalam Zahira. Hari tu bukan main cenge, lanie..menyampah! Mengada-ngada nak Zahira suap roti ^^

10 comments:

  1. Wahh betullah nampak besar jugak almari tu, haritu mcm berkenan jugak tapi ku tahan2..hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka almari terbuka gini tapi anak-anak.yang sibuk. Almari tertutup.pun diaorang boleh masuk duk kat dalam tu.

    ReplyDelete
  3. itulah macam2 offer LAZADA buat sekarang kan.. boleh rambang mata nak pilih barang..

    ReplyDelete
  4. kita mampu beli almari kain yang zip tu je diknon .bila ntah nie nak sampai haha

    ReplyDelete
  5. pasang sendiri ka?tabik la. boleh tahan gak saiz almari tu, harga pun boleh tahan. tapi macam terhad pulak ruangan untuk baju lipat tu. hehe.

    ReplyDelete
  6. not bad gak wardrobe ni . ada roda tu yg best ... utglah ada geng minat membake ...

    ReplyDelete
  7. Menarik la almari tu.. nampak sempoi jer tapi kemas ... hehehe.. :D

    ReplyDelete
  8. ramai dah skrgbli brg di LAZADA..x perlu nk susah cari parking bagai kan

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com