Tuesday, December 16, 2014

Pengalaman di Secret Recipe


Teruk sangatkah kerja di restoran makanan? Adakah kami dipandang sebagai budak sekolah lepasan PMR atau orang yang tak berpendidikan? Adakah orang yang bekerja di situ tiada kelulusan? Setahu aku, pekerja di sini semuanya ada diploma, degree, dan ada yang bekerja di sini semata-mata mengumpul duit untuk menyambung Master.

Baru seminggu lebih kerja, bermacam-macam cerita dan pengalaman aku dapat di sini. Pelanggan pun bermacam-macam ragam, ada yang baik, suka buat lawak, buat sakit hati, kurang ajar pun ada. Tapi sebagai seorang pelayan memang segala makian simpan dalam hati je. Senang cerita jika anda nak dihormati, silalah hormat orang lain dulu ya. Aku bekerja kekadang sebagai service crew, kekadang sebagai kitchen crew.

Dalam kitchen pulak, memang kerja dapur. Memasak, tak sangka memasak untuk orang makan. Tak susah kerana semua perlu campak-campak, dah siap. Cuma perlu ingat step-step untuk memasak dan barang yang perlu. Memang jenuh jugak, asyik selak buku menu je. Kekadang pelanggang complain roti tak lembut, kobis bunga ada hitam. Biasalah kekadang antara berbanyak-banyak benda yang dimasak ada yang terlepas pandang. Minta maaf banyak-banyak, saya budak baru belajar.

Semalam aku bercuti, dapatlah rehat extra. Walaupun bercuti, ada kerja mengubah suai bilik sebab dah beli almari baru dari Lazada. Memang best betul salenya. Tak rugi beli almari cun tu. Nasib baik juga semalam cuti, segala barang yang diorder dari Zalora dan Lazada sampai pada hari yang sama. Senang kerja aku. Risau juga sebab kalau aku bekerja, mestilah orang pos tu nak telefon cari rumah. Lega tengok bilik sendiri, dah kemas dan sejuk mata memandang. Alhamdulillah..

p/s: Kekadang dalam membuat sesuatu pekerjaan, kita perlu anggap sedang melakukan hobi supaya kita enjoy dan tak stress bekerja :)

13 comments:

  1. nt tnjk la lemari yg dibeli tu hehe

    ReplyDelete
  2. Lya pun pernh bekerja d restoran fastfood .memg mncabar, kebykkn student juga yg bekerja secara parttime

    ReplyDelete
  3. kutip pengalaman byk2 sebelum ke alam pekerjaan yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. kan pengalaman tu mendewasakan kita...selamat mengemas ;-)

    ReplyDelete
  5. kita bila mkn kat restoran harapkan service yg cekap dan mknn sedap sbb kita byr . tak sangka diseblik tabir , yg bekerja byk dugaannnya ... wah dah cantik bilik ya ... share lah almari dr lazada tu . saja nak tgk ... heee

    ReplyDelete
  6. Dulu lepas2 sekolah penah jugak kje kat restorant fastfood ni, bahagian dapur. Sebab sy suka memasak n makan. =)

    ReplyDelete
  7. takpa, pengalaman tu yang dicari. kerja kat SR ni, kalau ada makanan lebih boleh tapau dak?hehe. mana dia gambaq almari?nak tengok sikit. ^^

    ReplyDelete
  8. Kerja ni jangan stress, baru seronok nak buat kerja. Takpa, itu pengalaman.

    ReplyDelete
  9. "Customer always right".. nak buat macam mana.. sabar je lah.. kita pun ada pemgalaman kat KFC dulu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. ohh..keje di Secret Recipe ke..sabar lah ye..itu semua pengalaman

    ReplyDelete
  11. Awk kat secret recipe gaji berapa

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com