Thursday, December 25, 2014

Semoga arwah dicucuri rahmatNya



Al-fatihah kepada ibu saudara a.k.a mak menakan aku yang baru menghembuskan nafas petang tadi.

Semoga arwah maksu tenang di sana.

Patutlah waktu aku solat Zohor, aku rasa berdebar-debar. Ingatkan sebab terlalu penat sangat bekerja. Rupanya ada petanda lain. Sesampai aku untuk masuk kerja balik selepas solat, nampak macam abang tengah mencari-cari di restoran.

Rupanya membawa khabar berita ni. Aku pun mintalah untuk balik. Nasib baiklah tempat kerja dekat dengan rumah. Balik rumah, mandi dan tukar baju, terus ke rumah arwah maksu. Ramai lagi orang-orang kampung yang datang melawat. Semuanya makcik-makcik pakat bertanya, aku dah habis study belum, dah kerja mana? Emm, killer question..

Esok pun masuk kerja lambat sebab arwah akan dikebumikan pukul 10.00 pagi.

p/s: Jodoh kita dengan orang memang kita tak tahu, tapi Jodoh dengan AJAL memang pastinya sangat dekat dengan kita.

9 comments:

  1. setiap yg hidup pasti mati, sedekahkan doa banyak.
    dan setiap yg single pasti kawen :)

    ReplyDelete
  2. innalillah. takziah kepada keluarga mak menakan timm.

    soalan2 yang biasa akan kita hadap selepas grad. bertabahlah na. hehe

    ReplyDelete
  3. al fatihah ... semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman ... aaamin . lepas ni makcik tu pakat2 lak tanya , dah ada calon ke blum ? ... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hrap² xdalah yg nk brtnya soaln killer tu..

      Delete
  4. semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dikasihi oleh-Nya. pakcik akak pun baru meninggal slasa lepas.. salam takziah ye.

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya ditempatkan bersama kekasih Allah

    ReplyDelete
  6. Alfatihah..kita doakan yg baik2 buat arwah ye

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com