Saturday, December 20, 2014

Souvenir dari Korea


Terima kasih kak JM aka Jari Manis untuk cenderahati dari Korea ni. Comel magnetnya! Punya sibuk dan penat sampai tak terbuka pun sampulnya. Ya Ampun, baru tadi je tengok benda apa sebenarnya isi dalam sampul tu.
Kebetulan, invitation majlis kahwin dari kawan di Johor pun sampai juga. Tahniah Dya! I'allah kalau tak ada aral melintang bolehlah aku jejakkan kaki di selatan tanah air. Pernah ke sana pun sekali, tu pun zaman kecik comei memang tak ingatlah kan. Susah pulak sebab sekarang ni dah kerja. Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan.

Emm, pagi tadi agak terkesima dengan pertanyaan mak. Mak tanya, aku tak nak beli motor ke? Dari soalan mak tu, aku dapat rasa mungkin mak rasa bersalah sebab selama aku belajar di Sarawak sampai sekarang, aku tak pernah minta apa-apa pun dari mak. Sampaikan sanggup bekerja part-time untuk tampung kehidupan di sana. Sedangkan sibling aku yang sorang ni walaupun dah berkahwin, mak ada tolong support.

Aku dengan cara aku, memang aku anak bongsu. Tapi aku bukan jenis anak bongsu yang spoil brat suka menyusahkan orang lain terutamanya parents dan adik-beradik. Aku akan berusaha sendiri sampai dapat apa yang aku nak. 

Tapi, sebagai ibu memang akan susah hati tengok anak-anak dia susah. "Mak, anak mak sorang ni kalau boleh tak nak susahkan mak lagi." Cukuplah mak dah gadai gelang tangan untuk bayar yuran pengajian aku di tahun akhir. Disebabkan rasa bersalah tu, boleh pulak lonjakkan pointer pulak kan. Sebelum ni, dapat PTPTN main-main kerjanya. T_T Biarlah selepas ini, aku pun dapat bantu untuk sama-sama tampung perbelanjaan harian rumah kita.

p/s: Kenapa ya aku agak touching dengan pertanyaan mak pagi tadi..

6 comments:

  1. Bagusla klu b'fikiran begitu xslh anak bongsu klu nk b'dikari utk bls jsa ibubapa...^_^

    ReplyDelete
  2. Wah..banyaknya hadiah..tahniah ya!!!

    ReplyDelete
  3. Kak JM tu mmg rajin bagi souvenir kan..
    Btw untung la dia banyak dpt gift :D

    ReplyDelete
  4. Tahniah dapat hadiah dari JM.
    Emak mana yanh tak risaukan anaknya. Sentiasa nakkan yang terbaik untuk anak

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kerana dah terima small gift tu. Terima kasih kerana rajin tinggalkan komen di blogsis JM tu ye

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com