Monday, December 01, 2014

Spiderwoman di tengah malam


Geram betul dengan si buncit dua ekor ni. Nama je betina, tapi buas macam jantan. Pukul 3 pagi baru aku dapat tidur dengan lenanya. 

Ceritanya bermula dengan si kenit wawa mula memanjat alang rumah. Rumah kampung kan ada alang yang memisahkan bumbung dan dinding bawah macam ni:
 Malam tu aku mencari mana si kenit ni. Kakaknya si Mastura ada duduk diam dekat bawah. Adiknya mana? Yang pastinya kedua-dua main di tingkat atas rumah. Cari dibilik abang, panggil tak keluar pun. Masuk bilik sendiri, tak nampak pulak kelibatnya. Tiba-tiba mengiow atas kepala, alahai..
Sejak bila budak kenit ni pandai naik alang rumah ni. Nasib baik dia pandai ikut arahan, senang aku nak memanjat dan grab dia.
Sebab itulah aku jadi spiderwoman tengah-tengah malam. Semua pakat-pakat dah tidoq, aku dok ghabat bumbung rumah. Nasib baik rumah kampung punya rekabentuk ada kayu-kayu penyambung yang menyenangkan aku untuk panjat-memanjat. 
Astaga, anak dara apa ni, takpa kot, mak mentua tak tengok. Hehehe..

Selesai masalah..
Baru nak lelap mata, tengok-tengok si kakaknya, Mastura pulak mengiaw. Yang ni memanglah aku sangat geram. Ketegaq, susah nak ikut arahan. Ikut kepala dia je. Geram sangat aku biar dia atas tu. Nak tolong tak nak!

Baru nak lelap, dia berbunyi minta tolong lagi. Nasib baik tunggu ditempat yang sepatutnya. Senang aku nak memanjat. Yang si kenit pun sibuk bangun nak tengok aku selamatkan kakaknya. Selesai sesi panjat memanjat. Disebabkan aku takut depa dua memanjat lagi, tugas seterusnya adalah memastikan depa tidur.

Letak si Mastura dalam bilik abang sebab dia suka tidur dengan abang, tak nak pulak. Si Wawa sah-sah kena tidur dengan aku. Si Mastura ni demand, tak nak tidur dengan aku kalau adik dia ada. So, aku letaklah dia atas storage baju pink yang dia suka parking tu. Pandai pula duduk senyap kat situ mandi manda badan dia yang berhabuk tu.
Khusyuk mandi sampai berjam-jam. Si Wawa awal-awal lagi dah lena, asalkan dapat duduk dihujung kaki + selimut pink gebu.
Kelip-kelip mata aku tak boleh tidur sebab masa tidur yang telah dilangkau. Si Mastura betul-betul tidur, baru aku dapat tidur dengan lenanya.

Esoknya memang mengantuklah tersangat-sangat akibat melayan si Mastura dan Wawa. Kesabaran sahajalah..

p/s: Esoknya memang terlena waktu tengok TV..

14 comments:

  1. comel je nama kucing tu Mastura :D sy n kawan2 kat sini pun ada bela kucing, nama dia Atan. naughty cat :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. haha...kucing punya pasal sampai panjat memanjat ya malam2...nasib baik la tak bedebukkkk jatuh..

    ReplyDelete
  3. Hihihi kalau tetamu datang mesti ingat ada adik beradik pompuan lagi nama mastura ngan wawa.

    ReplyDelete
  4. Lah kucing plak hihi ingtkn manusia tdi

    ReplyDelete
  5. takpa timm. jaga kucing ibarat macam jaga baby jugak. practice make perfect.haha =p

    ReplyDelete
  6. Dahsyat nama kucing. .hehe.miow miow ni memang tau, siang dia tido, malam dia jadi raja.kalau akak memang tak boleh tido kalau kucing dok buat bising. .huhu

    ReplyDelete
  7. hahahah tingat kucing sy dulu...pandai panjat tp x tau turun...

    ReplyDelete
  8. Amboi kelas la nama meow2 Timm... Kat rumah zumal kalau meow memanjat memang zumal la kena panjat ambil sebab meow tu tahu panjat jew tp takut nak turun...

    ReplyDelete
  9. hihi.. nakalnyee.. babab montot sekali..huhu

    ReplyDelete
  10. syoknyeeee boleh tido ngan tucen. akak xleh leee.. suka kucing tapi kalau gomol sakan sangat nanti semput.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com