Friday, December 12, 2014

Tips: Menyimpan Barang


Awal pagi dah update blog, semalam terlena baguih punya depan tv. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi, tak sempat tengok cerita Beauty & The Beast sampai habis semalam. Pagi semalam sebelum pergi kerja, sempat lagi ke Tesco untuk membeli barang offer, iaitu;
Apakah kegunaan tong ini?
Tong macam ni banyak kegunaan sangat, kita dapat simpan semua barang dengan kemas dan teratur. Kalau nak cantik, bolehlah beli tong yang transparent, tapi sangat mahal dari yang biasa. Tong ni pun ada macam-macam jenis, jenama, warna dan saiz. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Aku beli pun hanya kalau ada offer, kalau harga biasa memang mahal.
Lagi satu, tikus, semut atau lipas tak bolah kacau barang kita. Asalkan tutup dengan rapat dan ketat. Kekadang barang yang disimpan dalam kotak biasa atau almari yang tertutup memang akan mengundang haiwan perosak ini. Sadis betul..

Jadi, kepada surirumah yang bermasalah macam diatas bolehlah cuba membeli tong ini. Senang nak menyimpan barang, agak-agak rasa tak larat, beli yang ada roda. Boleh tolak je..

p/s: Baru seminggu kerja..

16 comments:

  1. Mmg ingt nk cari tong ni juga... Tunggu budjet sbb byk sgt brg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli time offer kak, mhal klu beli hrga biasa..

      Delete
  2. tu la kan, banyak kegunaan tong ni. kalau orang mai, tak dan nak kempas, sumbat dalam tu ja. hahaha

    ReplyDelete
  3. beli tong2 camni best... rumah tak sepah :)

    ReplyDelete
  4. Zumal pun guna box camtu untuk simpan barang yang jarang digunakan....

    ReplyDelete
  5. asalam done follow blog anda ta dek..sila ke blog Etuza pula..sama sama suka followers

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh..cikgu Etuza pun ada kat sini heee

      Delete
  6. owh Timm buat 5s kat rumah ka...bagus-bagus. dah start kerja ...kat mana ?

    ReplyDelete
  7. kat rumah akak ada beberapa biji tong mcm ni...utk simpan brg2 yg jarang2 digunakan..

    ReplyDelete
  8. sy suka tong cm ni tp x bleh gn sbb ruang terhad

    ReplyDelete
  9. Tong gini kat rumah tempat anak-anak simpan barang mainan. Senang ada roda kat bawah, dah selesai main tarik simpan dalm bilik.

    ReplyDelete
  10. Aritu cikla pun borong sampai 3 tong ni kt tesco. Senang nk simpn brg.. kan kan..

    ReplyDelete
  11. Tong ni bagus .. atleast brg kita tak la bersepah kan :D

    ReplyDelete
  12. berapa harga setiap satu tu Timm

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com