Saturday, March 29, 2014

10 Kebaikan Penggunaan Smartphone



  1. Dapat tengok tv. Tengok tv? mesti dok garu kepala. Kalau wifi kuat dapatlah online di TONTON.  Selalu kalau aku dah boring menunggu bas malam-malam di HEP, aku tengok tv live dulu. Almaklumlah, nama ja dekat rumah ada tv, tapi hampeh rosak tak dapat nak dengar suara. Nak hantaq kedai untuk repair macam membazir duit ja..
  2. Dapat mengurangkan budget topup. Sekarang ni kan banyak aplikasi macam Wechat, Whassup, Line, blablabla. Aku sendiri pun dah 2 minggu tak topup tau. Kalau aplikasi ni, aku cuma ada Wechat je pun. Lemas nak install bebanyak dalam phone. Buat membazir storage je..
  3. Dapat cepat update di facebook. Bukan maksud aku update 'What is in your mind' tu. Aku dulu mula-mula jumpa fesbuk, nak pi toilet pun nak update, sekarang tidak lagi. Cukup-cukuplah buat perangai tak senonoh nak update semua benda dalam facebook hokeh. Maksud aku, update assignment, berita, update dari lecturer. Bukannya apa, zaman universiti sekarang ni, semua subjek ada group sendiri. Segala info, assignment semua kumpul dalam tu. Cepat dan senang!
  4. Kecil dan cute. Sebelum ni nak online semua pakai laptop je kan. Dah la besaq gedabak, tambah la macam lappy aku ni hah. 14 inci setengah, kehulu kehilir, mau tercabut tulang belakang aku. Dulu masa sekolah bawak buku banyak, zaman universiti bawak lappy besaq pulak. Sekurang-kurangnya nak online bolehlah di mana-mana ceruk sekali pun. Tapi awas! Wifi yang tak ada security ni bahaya tau! Aku lebih prefer wifi yang macam dalam universiti ni. Sebab perlu sign in nombor matrik & password.
  5. Senang berhubung dengan family. Aku tak tau kenapa tiap kali aku mesej kakak aku, lambat ja dia balas. Tapi kalau send via Wechat ke, Facebook ke, laju je dia balas. Jadi bagi aku dengan kemudahan android segala bagai ni, senang sangat nak berhubung. Nak bervideo call pun boleh! Sentiasalah kurang beban rindu ni..
  6. Mengurangkan penggunaan kuota broadband. Kalau kita online dalam smartphone ni dapatlah kurangkan penggunaan kuota sebab kecik sikit berbanding laptop. Dapatlah berjimat sikit, aku memang sentiasa berjimat kalau nak guna broadband ni. Kalau waktu siang aku limitkan sikit penggunaan, kecuali kalau buat assignment. Tapi kalau nak buat misi melara macam tengok youtube, TONTON, download movie aku akan berjaga awal pagi macam pukul 4 pagi ke, sebab kuota malam sentiasa banyak!
  7. Dapat tau aktiviti kawan-kawan+family. Kadang-kadang seronok stalker orang ni. Kalau orang tu update apa-apa aktiviti, gambaq kahwin ke, gambaq anak sedara ke, kita pun dapat tau. Update terbaru sekarang, aku dah dapat anak buah sorang lagi. Isteri sepupu aku dah selamat melahirkan baby girl. Update yang macam tu aku boleh terima. Ni kadang-kadang aku tengok update benda tak perlu macam gaduh dengan kawan ke, laki ke, boyfriend ke.. Rasanya tak perlu kot. Nak mual aku baca kalau keluaq kat wall aku..
  8. Dapat berkongsi maklumat. Sekarang ni kan semua orang update pasal MH370, masalah di Mesir. Bagus jugak, sekurang-kurangnya bila orang kongsi, kita dapat tau perkembangan isi semasa yang berlaku di dunia atau pun dalam negara. Tapi kita perlu ingat, apa yang di share tu tak semestinya betul. Ha! Video yang kononnya keadaan di Lautan Hindi tu bukannya betul tu. Tu video di Lautan Atlantik kot. Cer tengok [sini]. Jadi sebelum kita share apa-apa di laman soaial, tolonglah buat research dulu kebenaran sesuati cerita tu dulu. Jangan main bantai sebat semua benda nak share.
  9. Dapat membaca nota kuliah. Sebenarnya ni sebab utama aku nak ada smartphone. Sambil kita menunggu bas ke, menunggu kelas ke, dapat selak nota dulu. Sekarang ni semua lecturer akan upload nota dia dalam laman web khas. Jadi bolehlah kita download dan baca sebelum kelas bermula ke, nak ulangkaji selepas kelas ke. Ataupun sebelum nak masuk dewan peperiksaan, dapatlah godek nota dulu sebelum betul-betul bersedia nak jawab exam.
  10. Cuba hampa kongsikan pulak kebaikan atau keburukan smartphone??
Happy weekend guys..
Read More

Thursday, March 27, 2014

Alasan untuk bergraduasi


Oh, aku sangat excited bila kena update form graduation dalam e-pelajar. Yahoo, my studies will be end!

Semester ni pun rasa sekejap sangat-sangat. Sekarang dah nak masuk bulan April, lepas tu Mei, lepas tu Jun. Lepas tu, habis! Excited-excited-excited!


 

Seronok, seronok jugak, next week exam mid semester test dah nak bermula. Study-study-study..

Alasan kenapa seronok untuk bergraduasi:
  1. Dah tak nak duduk jauh lagi dari keluarga. Cukup jauh dah Sarawak ni, kalau setakat jauh dalam semenanjung tak ada masalah. Dapat naik bas ke, kereta api ke. Tak da lagi kena naik flight. Bukan sebab kes flight MH370 aku takut nak naik. Masalah ongkosnya..tiket flight bukannya seringgit dua. Tambah-tambah ke Kuching-Penang, susah nak dapat murah!
  2. Nak balik makan makanan sedap. Abang cik aku ni hari-hari mesej aku masak macam-macam dekat rumah tu. Songtam la, kek la, tat la.. Gila menggelupuq aku kat sini dengar. Jahat betul, menguji keimanan weh. Aku duduk sini dah la tengah cut-the-budget. Makan pun untuk hidup je semata-mata.
  3. Nak jumpa kawan-kawan lama. Semua pakat-pakat kahwin, tunang. Kalau jemput aku, memang krik-krik la jadinya. Sekadar ucapan tahniah sajalah. Tak mampu nak balik semenanjung semata-mata kenduri hampa. Maaf no..
  4. Rindu adik-adik. Aku ni anak bongsu. Tak ada adik manusia pun, tapi adik yang berbulu+berekoq ada. Rindu budak mastura tu. Geram nak uli-uli dia lagi sebab sekarang makin babam.
  5. Rindu dengan suasana rumah. Rindu dengan rumah, dekat rumah ada mesin basuh, tv LCD, tilam besaq, bilik sendiri, blablabla.. Bukan tak bersyukur dengan kehidupan sini. Tapi faham kan, kita mahukan keselesaan kalau nak buat semua aktiviti harian. Lepas tu, pagi-pagi bangun dah dengar bunyi ayam jiran berkokok, bunyi mak berleteiq, bunyi cengkerik waktu nak tiduq..
  6. Nak tengok mak. Alahai, macam tak pernah tengok kan. Sedangkan kalau dah balik rumah ada ja bergaduh dengan mak. Ala, sapa kesah, gaduh macamana pun tetap mak jugak kan. Aku rasa macam dalam 23 tahun aku hidup ni, 15 tahun je kot aku duduk dengan mak. Tingkatan 4 dan 5 aku masuk asrama, selepas SPM aku duduk rumah kakak sulung di Selangor, balik rumah terus kerja part-time. Umur 18 tahun aku ke Perlis pulak. Menginjak ke umur 19 sampai sekarang, aku duduk di Sarawak pulak.Emm, kalau dah dilahirkan anak bongsu tu, memang perangai macam ni tak dapat nak kawal kan..
Rasanya macam banyak lagi, tapi cukuplah setakat list ni dulu. Hahaha!

Happy Thursday guys! #prayforMH370 #prayforEG529
Read More

Tuesday, March 25, 2014

Kronologi Kehilangan MH370


Semalam kehilangan pesawat MH370 terungkai dengan isyarat terakhir di Lautan Hindi. Sedihnya..

Sentiasa aku update dengan Astro Awani untuk tengok perkembangan terbaru. Sumber dari Astro Awani sahaja yang aku percaya, sumber lain memang nan hado je lar..

Nak tengok kronologi bergambar kehilangan pesawat MH370, check this out:


Sebagai orang islam, jangan lupa untuk doakan semoga pesawat tersebut dijumpai walaupun hanya serpihan..huhuhu..

Cuaca hari ni pun, sayu sangat. Dekat sini, hujan lebat pagi tadi. Sedap bergolek sampai subuh gajah aku hari ni. Alahai..

#prayforMH370
Read More

Monday, March 24, 2014

Losyen free dari Yuyu Zulaikha!


Nak dapat losyen Enchaunteur free dari Yuyu Zulaikha? Terjah la ke entry Yuyu ni. Nampaknya tabiat baik Yuyu ni sama la dengan aku. Aku paling tak suka kalau kaki ke, tangan ke merekah sebab kering. 

Selalunya aku jarang guna losyen, selalu tempek dengan minyak Johnson Baby atau Bio-Oil. Kadang-kadang dalam kelas pun suka menempek benda ni dekat tangan. Air cond kan tak baik untuk kulit sebenarnya. Nanti kering ja kulit..


Pastu wajib sebelum tiduq, sambil dok golek-golek tu, sapu dulu Bio-Oil dekat kaki macam tumit, celah-celah kaki tu. Mak aku pantang kalau buku lali anak perempuan dia hitam. Memang dia selalu pesan letak minyak. Baiklah mak..*pesan mak kena ikut tau..

Satu lagi tabiat aku sekarang ni, bawak tumbler air masak walaupun nak pi mana-mana. Sekarang ni kan panas. Aduhai, memang cecair senang hilang dari badan. Tapi ada jugak kata air banyak dalam badan pun tak elok jugak. Tapi bagi aku, selagi aku sentiasa minum aiq banyak dan pi toilet. Itu dah kira bagus la tu. 

Tabiat baik anda?

p/s: Happy Monday guys!
Read More

Sunday, March 23, 2014

Sesi Menangkap Ikan di Balai Ringin


Lama tak update blog sebab portable wifi aku ni asyik tunjuk signal merah ja. Maksudnya belum bayar broadband la, sebab tu tak boleh guna.

15 Mac 2014, Sabtu lepas-lepas aku ke Balai Ringin di Serian untuk field trip subjek Inland & Coastal Fisheries. Tujuan ke sana untuk tengok teknik penangkapan ikan orang tempatan di sungai dan check ikan apa yang ada di sana.

Perjalanan dari UNIMAS ke sana mengambil masa kira-kira 1 jam. Memang buat air liur la dalam bas tu. Lagipun masing-masing bangun awal sebab kami siapkan sandwich untuk breakfast. Sampai sana, kami kumpul maklumat tentang ikan yang selalu dijual di sini. Sekurang-kurangnya senang untuk kami buat report nanti. 

 Let's start the journey! Jangan lupa, kena pakai jaket keselamatan tau. Dr. Kerol dah pesan, jangan main-main tangan dengan air sebab ada 'pak bedal' kat kawasan sungai tu. Alahai, seram pulak lah~

Kami tangkap ikan sambil dibantu oleh abang-abang bot yang dah berpengalaman, abang bot aku dua-dua nama Abang Amy. Terima kasih banyak tolong! Kami guna dua jenis pukat, selambau dan 3 layer gill net. 

Lunch selepas siap tangkap ikan. Sedap woooo makan ikan bakaq yang dapat tadi! Walaupun ikan tu tak letak apa-apa, teruih bakaq macam tu tetap sedap tak berbau hanyir pun. Cicah dengan kicap pulak, memang 2 ekoq ikan aku sebat. Memang layan sangat sambil makan tepi sungai. Paling kelakar kawan aku dah kena sengat dengan apa tah, sampai lebam muka sebab bisa naik kat seluruh muka. Alahai, mirul-mirul..

Kenyang perut, jom kita balik ke jeti. Sampai di jeti dalam pukul 3.30pm. Kami cepat-cepat ke masjid depan pasar untuk solat Zohor dan Asar. 

Selesai solat, singgah kedai kecil tepi tu beli ABC spesial sambil-sambil bersembang dengan Dr. Kerol. Yea! Dr. Kerol belanja pisang goreng. Yumm! Thank you so much Dr! 
 
 18 Mac 2014, lab session pulak. Identify ikan pulak. Kumpulan aku tak dapat banyak sangat pun, 27 ekor, 3 species je..
 
Sekarang tengah buat report progressing~
Read More

Monday, March 10, 2014

Hidup Sihat Di Hujung Minggu


Sekarng ni aku tengok berlambak-lambak produk supplement. Untuk putih gebu, nak kurus, nak tambah berat badan, untuk kesihatan, untuk otak, bla, bla, bla. Memang tersangatlah banyak. Tapi, adakah kita perlu bergantung 100% dengan produk tersebut?

Apa kata, kita curi sedikit masa waktu pagi selepas subuh ataupun waktu petang sebelum maghrib. Kita berjogging dan bersenam. Ha, dapat kita keluarkan peluh dan angin yang tak elok dalam badan. Aku pun dah lama tinggal pt (physical training), memang termengah-mengah dibuatnya. Paling sedap aku asyik sendawa keluar angin. Serius badan jadi ringan selepas jogging.

Lokasi jogging, seronok jugak tinggal di Desa Ilmu ni sebab ada tasik di tengah-tengah taman. Waktu kami ke sana, ramai makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, abang-abang beriadah di sini. Paling tak best kalau nampak lelaki remaja melepak ramai-ramai la, sebagai perempuan memang la malu nak jogging depan depa. Eish, malu punya pasal, jogging slow-slow ikut belakang sorang mamat ni. Badan dia agak besar, tapi..aku rasa mau 6 round kot dia pusing tasik. Tabiklah!


Aktiviti kali ini dianggotai oleh, 2 orang housemate dan 2 orang skuad aku yang tinggal di rumah banglo. Nanti kita jogging lagi yer..

Happy Monday guys!

p/s: Baucer buku bermula dari minggu ni dah boleh angkut, mesti ramai gila orang dekat fakulti.. T_T
Read More

Sunday, March 09, 2014

MH370 Tergempar



Macam-macam spekulasi tentang kehilangan misteri pesawat MH370 dari Malaysia Airlines ni. Aku sebagai pelanggan tetap penumpang kapal terbang ni agak seram sejuk bila terdengar berita ni pagi semalam. Meremang bulu roma jugak bila tengok video route flight ni tiba-tiba merah, pastu "PAP" hilang!

Aku balik Sarawak bulan lepas dengan cuaca yang kurang baik. Waktu flight nak mendarat, tiba-tiba dia naik balik dengan lajunya. Memang nak tercabut jantung aku. Rupanya sebab angin kuat, terpaksa kami pusing-pusing atas bandaraya Kuching sebelum dia mendarat dengan selamat. Pengalaman macam tu pun dah buat aku seram dengan flight. Tambahan pulak, aku terfikir nasib penumpang dengan crew MH370 tu.

Ya Allah, sama-samalah kita berdoa. Jika mereka ditakdirkan masih hidup, cepat-cepatlah mereka diselamatkan. Jika ditakdirkan mereka tidak bernyawa lagi, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh *bagi yang beragama Islam. 

Memang tipu la aku nak cakap yang aku tak takut nak naik flight selepas ni. Tapi, ini semua qada' dan qadar. Kalau ditakdirkan Allah akan mencabut nyawa kita waktu tengah online pun boleh, tak semestinya semasa kita menaiki flight betul tak?

Jom kita sama-sama doakan agar diberi petunjuk ke mana hilangnya MH370..

p/s: Don't worry Malaysia Airlines, you are still my 1st priority for booking my flight soon..
Read More

Thursday, March 06, 2014

Part-Time Job - Cleaner?


Cari punya cari kerja part-time, akhirnya Selasa lepas aku dah mula bekerja. Hujung minggu hari tu, ada kawan post dalam group Facebook, ada kerja kosong dekat Student Pavillion. Tapi sebagai pencuci tray makanan je.


Demi untuk meneruskan kehidupan aku dekat sini, aku interview dengan pemilik kedai tu hari Isnin. Actually, kawan aku pun ada sorang lagi yang ikut sama-sama untuk kerja. Tapi auntie tu nak sorang je. Bincang kejap, kawan aku yang baik hati tu mengalah. Dia cakap nak kerja sebab nak isi masa boring je. Aku ni lebih memerlukan sebab kering kontang dah wallet aku.

Termasuk semalam dah dua hari aku bekerja sebagai cleaner terhormat. Aku kena kutip pinggan kotor, cuci tray makanan. Hari first memang pehh, aku malu weh kerja macam tu. Tambah-tambah kalau la junior aku nampak aku kerja macam tu. Jatuh standard aku! Aku memang rasa nak give-up kerja macam ni. Tak pernah aku kerja memalukan macam ni!

Habis kerja, auntie bagi aku upah RM15..sambil aku berjalan nak tunggu bas..aku teringat sesuatu..


Alhamdulillah, ramai yang bagi semangat untuk aku teruskan. Beruntung kalau kita ada kawan-kawan yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memberi semangat. Terharu pulak. I'allah aku akan ikhlaskan dalam setiap pekerjaan aku selepas ni.

Family aku pun tak kisah, asalkan diorang tau aku kerja di tempat yang selamat, dan kerja yang halal. 

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan untuk aku teruskan kehidupan semester terakhir aku di sini..

Sekarang, dari pukul 6:30pm-8:30pm, setiap hari Isnin-Jumaat kecuali Khamis aku bekerja part-time di Mamaku Vegetarian di Student Pavillion dengan upah RM15 sehari.

Alhamdulillah, lepaslah duit untuk aku makan..baki simpan pulak untuk bayar duit kawan yang aku pinjam, broadband lagi, kelas technology multimedia lagi..
Read More

Wednesday, March 05, 2014

Wordless Wednesday@11




Read More

Monday, March 03, 2014

My First Training


Disebabkan desperate sangat, masuk ajelah training semester ni. Kerja part-time di pasaraya dekat Summer pun tak dapat. Kawan aku dua orang dapat pulak. Stress + merajuk la aku dengan pasaraya tuh!

Pastu, semester ni, elaun untuk pegawai muda dah naik kepada RM100. Siapa tak nak kan dalam masa seminggu, training dua hari dah dapat RM200. Wau! Tapi kan, kalaulah elaun tu dia bagi daily sedap la..elaun yang semester lepas pun ada yang belum bagi lagi. Memang kering kontang aku dibuatnya.

Habis kawad kaki dengan hujan lebat di padang kawad. Aduhai, lebat sungguh hujan. Lagipun hujan rintik-rintik dari awal pagi tadi. 


Duty Officer
Kami berempat sahajalah wanita yang datang untuk training hari Ahad semalam. Geng lelaki ni rajin jugak join training yer..

Minggu ni, pening tengok nama bebudak kadet punya fail peribadi. Dok kemas fail-fail bagai. Pening sebab kita panggil nama lain, nama penuh punya lah sedap. Pening~
Tu pun tak siap lagi kerja tu, next-next week training bersambung la balik buat kerja failing tuh..

Balik rumah, semalam selepas mandi terus pengsan dah tak bangun..

Happy Monday guys..

p/s: banyak gila troll tak suka hari isnin, aku suka je sebab tak ada kelas hari Isnin & Selasa..thehehe..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com