Saturday, June 28, 2014

Penantian Itu Satu Penyiksaan


pos malaysia
Anda tertanya apa benda atas ni? Barang yang dipos Isnin lepas. Mengikut prosedur, 3 minggu. Tapi kawan aku di KL dah dapat dah. Jeles!

Hari ni adalah hari ketiga di rumah. Bilik walaupun dah diubah suai oleh abang aku*teng q bang cik, terharu sesangat! habuk banyak, tugas hari ni, kemas bilik dari habuk. Rumah kampung biasalah, segala corner papan kena cuci sebab berkumpul habuk + sarang labah-labah.

Semalam hujan kan, alhamdulillah. Akhirnya, kepanasan melampau dah kurang. 
kampung, kampung paya tok betok, kulim, kedah
 Esok bermulanya 1 Ramadan, aku ingin memohon kemaafan andainya dalam dunia blogging ni, entry+komen aku ada buat orang tersentap, terasa, tercuit ke. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Selamat Menyambut bulan Ramadan semua
*1st Ramadan pun aku tak dapat nak berpuasa..haha!
Read More

CPUV Ke-10 Nuffnang | IKEA


Lawa Nuffnang lani, berwajah baru. Nampak lebih sofistikated & style dan aku suka!
Lagi dua hari kita akan berpuasa, I'Allah dengan izinNya.
 Iklan yang keluar pun memang akan meltingkan para ibu di luar sana.
Siapa tak kenal dengan IKEA, satu company yang sentiasa mengeluarkan design perkakasan rumah yang warna-warni, cantik dan gorgeous! Aku suka tengok perkakasan bilik IKEA kalau dapat pamplet dia.
Saya mahu!
Dekat nak raya, mesti banyak SALE. Tapi ingat, jangan membazir, beli apa yang perlu sahaja. Pilih-pilih-pilih..
Read More

Thursday, June 26, 2014

Bye Kuching, Hai Kulim


Alhamdulillah, aku dah sampai airport Penang pukul 11:30 pagi tadi. Sedapnya bau semenanjung, walaupun agak berjerebu.
Lunch diluar dengan akak di kedai makan kat Kulim. Kenapa semua orang pandang pelik tengok aku. Macam aku ni orang luar? Apakah?

Lega sangat, paling tersentuh, mak cakap " Rindu sangat-sangatlah dekat maksu". Melting mak, lepas ni anak bongsu mak tak mau pi jejauh dah..
Read More

Wednesday, June 25, 2014

Wordless Wednesday @15



Read More

Tuesday, June 24, 2014

CPUV Nuffnang Ke-8 & 9


Nuffnang ni main cu cak cu cak pulak. Kadang-kadang check, ada CPUV yang masuk sebelum tarikh yang kita dah tengok. Rupanya dah 9 CPUV berjaya dikumpul!


Kalau hampa ada nampak iklan-iklan on-going ni sila jemput untuk tengok. 

Malam ni malam terakhir untuk aku tidur di rumah sewa flat Desa Ilmu ni. Bermacam kenangan, tadi pun dinner di luar dengan skuad-skuad wanita di Warung 2000 untuk terakhir kalinya. Lepas tu pusing-pusing Summer Mall. 

Aku akan merindui semuanya di sini!
Read More

Monday, June 23, 2014

Barang Dapat Naik Cruise!


Hujung minggu lepas, inilah kerja aku. Meng'pack segala barang untuk dipos hari ni. Kemas punya kemas, semuanya ada 4 kotak. Amboi, banyak jugak barangnya. Mana tidaknya, barang palapes yang banyak dengan baju seragamnya, kasut spike, kasut sukan, kasut hitam etc..

Apa boleh buat, nasib baik kotak dapat banyak free dari Summer Mall. Kedai lain mencekik student dengan menjual kotak. Sedangkan kotak nak buang saja pun.

Awal-awal pagi dah jadi Hulk bawak barang berkotak-kotak. Sampai 2 trip bawak barang untuk 5 orang. Semua sekali ada 12 kotak..

Kami sampai Pejabat Pos Kota Samarahan, terus ambil borang untuk diisi. Lepas tu, timbang kotak kita. Ramai pulak aku tengok student UNIMAS memposkan barang. Biasalah, semuanya pakat-pakat final year jugak. Sempat lagi bersembang dengan orang pejabat pos tu. Habis pembayaran, lekatkan sticker pulak. 
Jumpa anda 3 minggu lagi sebab pos guna laut. Tapi, pengalaman kawan sebelum ni, seminggu pun sudah sampai. Kita tunggu dan lihat..
 Terjumpa kawan-kawan pulak waktu nak balik..
 Balik rumah, kutip segala pinggang mangkuk, cawan, kami wakafkan di surau Desa Ilmu.
 Sebelum balik, singgah di rumah mak angkat kawan. Siap dapat makan lunch lagi, dah la perut tengah lapar sebab belum sarapan, mengangkat barang lagi. Sampai lencun badan dengan peluh. Kalau lagu ni hari-hari memang naik muscle ni
Kesimpulannya, jumlah pos aku semua 49 kg bersamaan dengan RM91.90. Terlebih budget nampak gayanya. Aduhai, macamana pulak tambang aku nak balik ni. Nak beli barang orang pesan lagi. Senang cerita, no money kau bank-in, tak payah gatal nak memesan itu ini..NO MONEY NO TALK! Bukan nak jadi kejam, please be considerate, saya bukan orang yang bekerjaya. Saya ni student ja..
Read More

Hilang mood nak Blogwalking


Awat di dashboard keluaq seketoi je blog. Tekan View More pun tak keluaq. Adakah sebab line yang lembab atau browser yang problem?

Ada juga ke blogger lain ada masalah sama macam aku ni?

T__T

Penyelesaian untuk blogwalking jugak adalah dengan tengok Nuffnang siapa yang view blog aku, & tengok dalam google+.


Read More

Sunday, June 22, 2014

Speechless


Sebelum
remaja OKU, firdaus, 15 tahun

Selepas
remaja OKU, 15 tahun
Setelah setahun, ini yang terjadi.

Sangat-sangatlah tak terkata....

Berita;
Read More

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida


http://www.duniashida.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

Pengalaman bersama Nuffnang

Mula sign up bersama Nuffnang
Aku bermula dengan Nuffnang tahun 2010 , tapi biasalah newbie kan. Letak iklan terabur, memang hampeh la gayanya. Maka aku buanglah segala benda Nuffnang ni. Tahun ni, baru aku silent reader blogwalking dengan otai-otai Nuffnang macam blog akak Shida, cik Akak. Barulah aku pandai nak pasang segala iklan ni. Jadi aku mula balik pasang Nuffnang. Alhamdulillah. Thank you akak Shida tolong kongsi tips.

Earning pertama
Time tu seketul je orang klik iklan, dapat 15 sen je. Hahaha! Bermula dari bulan Mei tahun ni aku mula dapat earning CPUV! Makin excitedlah dengan Nuffnang dan dunia blogging ni. Dah tak nampak Facebook dah pun.

Entry dengan Nuffnang

Cash-out
Belum ada rezeki lagi nak cash-out, i'Allah akan berusaha dengan semangatnya. Nak jugak dapat earning beriban-riban. Pheww..*one day

Itulah ceritanya bersama Nuffnang
Read More

Saturday, June 21, 2014

Aktiviti Jumaat


Hari Jumaat semalam jumpa lecturer sekejap, nanti selepas ni, tak tau lagi boleh jumpa kan. Hari ni juga dah berjanji dengan geng-geng akuatik wanita nak tengok wayang. Amboi, orang pakat-pakat pi semayang jumaat, aku dok meroyan dalam mall. Hehe..

Makan-makan dulu di SCR, nama air punyalah sedap! "White Rosie"..
Rupanya bandung cincau je..
Itulah pentingnya nama, biaq gah! Hehe..

Tengok wayang cerita How To Train Your Dragon 2.
Cerita dia memang 4.5 bintang! Teriak aku tengok, nasib baik dalam wayang tak ramai orang. Seriusly Toothless comei la, geram betoi! Cerita ni sesuailah untuk orang yang dah tengok previously cerita ni time depa semua kecik dulu..

Sedih sangat, tapi dalam kesedihan kehilangan bapa, Hiccup dapat jumpa mak dia yang dah hilang 20 tahun lalu!
Eii! Toothless nakal!
Balik dari wayang, terus pakat-pakat mengemas rumah, barang-barang untuk dipos ke semenanjung.
Penat mengemas sampai tak perasan masa berlalu dengan cepat. Siap mandi semua pun dalam pukul 11pm lebih. Penat tapi puas hati sebab rumah dah kemas. Aku punya barang pun belum sepenuhnya habis kemas lagi..

Bersambunglah esok-esok..
Read More

Thursday, June 19, 2014

CPUV Nuffnang Ke-6


Alhamdulillah, CPUV ke-6 muncul hari ini. Tak sangka, dalam kekalutan exam sampai tak berupdate blog ni. Baru pagi tadi rajin untuk blogwalking.

 Terima kasih Nuffnang. Semakin lama semakin bersemangatlah aku untuk berblog. Murah rezeki aku bulan Jun ni.

Bulan Ramadan pun dah nak dekat!

Mesti mak-mak kat luaq tu dah berfikir macam-macam juadah untuk berbuka puasa kan? Selalu rutin dekat rumah, berbuka puasa dengan juadah mee ke, bihun ke, kuey tiaw, nasi pun masak jugak. Tapi selalu makan nasi selepas balik dari terawih. I'Allah tahun ni dapatlah berterawih dengan mak di surau. Dapat juga jumpa kawan lama sekolah dulu.
Read More

Exam Dah Habis!


Alhamdulillah, aku dah selesai dengan peperiksaan akhir sebagai seorang pelajar degree. Besar dan luas lagi kehidupan aku selepas ini. Semoga dipermudahkan..

Kepada kawan-kawan blog, minta maaf sebab menyepi dan tak blogwalking. Hanya mampu mem'publish' komen anda saja. Terima kasih sebab masih tak lupa cek di sini. 

Aku ada masa dalam seminggu lagi sebelum balik kampung! Balik kampung, 0O0.. balik kampung! 

Rutin sebelum balik ni, tidur + rehat sepuas-puasnya. Dan juga mengemas barang untuk dipos minggu depan. 

17 Jun, sepupu upload di facebook keratan akhbar dari Sinar Harian:
sinar harian, asal usul kampung, kampung paya tok betok
Kampung aku masuk kolum Asal Usul Kampung, tetiba tengok rumah tu macam kenal. Rumah pak cik dan mak cik aku. Baru aku tau rupanya tokwan*ataupun datuk aku adalah penghulu pertama di Kampung Paya Tok Betok. Selama ni memang aku tau tok wan penghulu kampung.

Cerita yang aku tahu, arwah ayah dan mak aku anak penghulu kampung. Selepas tu, sebab nak bagi pertalian keluarga yang jauh didekatkan, maka depa dikahwinkanlah. Tinggallah kami di kampung ni. Setiap kali raya, aku tak payah susah-susah balik kampung. Bukak mata memang dah tinggal di kampung. Cuma kalau rajin, kami akan melawat adik-beradik nak di Seberang Perai sebab mak asal dari sana. Arwah ayah saja dari sini..

Menarik pulak, macam cerita fantasi dan novel kan. Zaman dahulu penghulu memang diberkan kepada anak jati kampung yang layak dan berkepimpinan. Tapi, zaman sekarang, ketua kampung dipilih dari orang Pejabat Daerah sendiri..

Tak sabar nak bergolek atas tilam, mandi air kolah, gaduh dengan mak..
Read More

Saturday, June 14, 2014

Review: Safi Balqis White Trilogy


Buat penggemar, Safi Balqis Perfect 10, sekarang ini telah ditukar kepada Safi Balqis White Trilogy. Jangan risau, produk yang sama cuma ramuannya dah dipertingkatkan untuk memastikan keberkesanan maksimum. Dan aku jugak baru tau..T_T
komen

Aku ni jenis kalau guna sesuatu produk suka guna 1 set. Itu pun kalau ada fulus, kalau tak ada beli sikit-sikit dulu. Tak rugi pun, lagipun kita kena cuba dulu produk itu untuk memastikan tak ada efek buruk untuk kulit muka kita. Almaklumlah, setiap orang, sel kulit mukanya tak sama, walaupun kembaq sekalipun.
 Apakah kelebihan Safi Balqis White Trilogy yang baru ini?
safi balqis white trilogy, safi balqis, safi
Arbutin: merangsang sel kulit, memulihkankan kulit dari kusam dan tidak bermaya.
Nanowhite: partikel halus yang berupaya meresap ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.
Ekstrak kiwi: antioksida dan menggelupaskan kulit dengan lembut untuk sel kulit baru. Vitamin C di dalam kiwi membantu pencerahan kulit secara lembut dan selamat.

Fungsi produk ini:
|Membersih secara mendalam
|Mengecilkan pori
|Memudarkan cela
|Melindungi dari sinar UV
|Mencerahkan kulit
|Melindungi dari radikal bebas
|Menyamaratakan tona kulit
|Mengekalkan lembapan
|Menghaluskan kulit
|Melembutkan wajah

Safi Balqis White Trilogy
Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
 Rumusan bebas sabun yang mempunyai manik-manik warna biru comel yang mengandungi minyak bunga matahari sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit. Membersih secara mendalam dan mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi wajah.
Komen: baunya wangi sungguh, macam nak buat perfume pulak.

Nanti duit lebih sikit, nak rembat serum dia pulak. Review adik-beradik produk ini lagi akan menyusul..
Read More

Lapangan Terbang di Kedah yang Ke-3 di Kulim


ALOR SETAR 12 Jun - Kerajaan negeri sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini dan negeri-negeri di utara tanah air.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Katanya, lokasi lapangan terbang tersebut dikenal pasti berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kulim membabitkan tanah seluas 600 hektar.
"Kerajaan negeri melihat bahawa permintaan pengangkutan udara ini semakin meningkat kerana kemudahan lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang akan menjadi semakin terhad pada masa depan kerana keperluan kargo dan penumpang yang bertambah.
"Kita tahu bahawa Pulau Pinang mempunyai bidang tanah yang agak terhad jadi lapangan terbang itu tidak boleh dibesarkan lagi.
"Tawaran Kedah kepada Kerajaan Persekutuan adalah tanah yang luas dan mampu menampung dua landasan lapangan terbang bertujuan untuk operasi kargo dan penumpang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Peningkatan Kerjaya & Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di sini hari ini.
Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dekat sini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Tambah Mukhriz, kerajaan negeri juga yakin projek tersebut akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi di zon utara bukan sahaja membabitkan negeri ini malah sektor industri di selatan Thailand.
"Cadangan tersebut masih dalam peringkat awal. Saya telah menulis surat kepada Perdana Menteri mengenainya dan selepas ini kita akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.
"Kawasan yang dikenal pasti adalah melibatkan Kulim bersempadan Sungai Petani. Ini bukan hanya mampu merancakkan ekonomi Kedah malah juga negeri lain termasuk Pulau Pinang," katanya.

Sumber: Sini


Aku tengok dah heboh dalam facebook kawan-kawan pasal cadangan PM Kedah untuk buat lapangan terbang baru. Kalau betullah, memang selepas ni, aku hari-hari dengar bunyi kapal terbang atas kepala. Pencemaran bunyi tu! Depa kena upah konsultan untuk buat penyelidikan dan implikasi kalau buat lapangan terbang di situ. Pembinaan lapangan terbang adalah dibawah Prescribe Activities, Environmental Quality ( Prescribed Activities) Environmental Impact Assessment Order 1987*mentang-mentang Isnin ni subjek Environmental Impact Assessment, keluaq semua teori.

Pada pendapat aku, pembinaan lapangan terbang ni ada pro dan juga kontranya. Kelebihannya, senang kalau aku nak ke mana-mana. Tak payah naik bas atau kereta api. Terus booking tiket! Cewah, macam tiket flight sesen dua. Lagi satu, Kulim akan bertambah maju dengan kepesatan ekonomi dan pembangunan.

Tapi, kelemahannnya, pencemaran bunyi untuk penduduk sekitar termasuk rumah aku. Lagipun, bagi aku Kulim dengan Pulau Pinang jaraknya tersangatlah dekat. Sedangkan di Bayan Lepas kan dah ada lapangan terbang. Tak jauh pun, sekentut pun dah sampai. Daripada membazir duit untuk buat lapangan terbang baru, apa kata gunakan dana tu untuk membangunkan negeri dari sektor lain. Contohnya, tolong orang miskin di Kedah. Ramai aku tengok yang masih susah tau..

Tapi seperti yang kita tahu, ini baru peringkat cadangan. Mestilah banyak prosedur yang akan dibuat sebelum sesuatu projek dijalankan atau dibangunkan. Betul tak?

Saya rindu Kulim! 11 hari lagi sebelum balik Kulim!
Read More

3rd CPUV Nuffnang


Yea! Korek-korek Nuffnang selepas kuota dah direnew, ada dapat lagi CPUV ketiga. Tapi, aik sebelum ni dah ada Xaxis RON? Tak perasan pulak sebelum ni. Tapi dah kredit pun, alhamdulillah walaupun 1 sen sahaja. 

Semalam juga merupakan hari terakhir aku bekerja part-time sebagai pencuci pinggan di Student Pavilion. Alhamdulillah, selepas ni mesti aku rindu dengan keluarga Pavilion. Paling sedih semalam, auntie jual air situ pesan, nanti datang untuk konvokesyen jangan lupa melawat depa di sana. Aduhai, sedihnya..

ramadan, syaaban

p/s: selepas ni tak dapat nak main mata dengan ehem-ehem depan kedai tu lagi..hehe..
Read More

Thursday, June 12, 2014

Job Hunting


Bermula dari minggu ni, aku dah mula merajinkan diri online tengok company-company yang bersesuaian untuk aku kerja. Rasa takut pula nak masuk di dalam alam pekerjaan. Macam belum bersedia. 

suruhanjaya perkhidmatan awam
jobstreet
Sekarang tengah sediakan resume, cover letter dan supporting letter dari lecturer. I'Allah kalau ada rezeki aku di mana-mana, adalah terselit lubang kerja untuk aku selepas graduate nanti. 

Ada apa-apa tips tak untuk fresh graduate macam aku ni?

p/s: Jangan lupa malam ni Nisfu Syaaban..
Syaaban

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com