Monday, September 29, 2014

Officially 23 yo!


 Macam pelik ja..
Macam tak percaya ja..
Aku sudah menginjak ke usia 23 tahun*age is just a number

Mak aku dulu di usia ni dah ada 2 orang anak. Aku? Haha! Habuk pun tak ada. Zaman dah berubah, sekarang umur 23 tahun adalah umur student menghabiskan study dan memasuki alam pekerjaan.

Macam sekejap je merasa kemanisan usia 22 tahun. 

Apakah antara achievement yang dapat aku capai sepanjang perjalanan ini?
| Berjaya menghabiskan study selama 4 tahun di UNIMAS |*ni je kot..

Sambungan dari entry [aku yang dah berusia 21 tahun]*rupanya tahun lepas aku tak buat entry pun, bz sangat..

Sepatutnya aku menghabiskan sesi pembelajaran selama 3 tahun sahaja di sini. Tapi, aku memang tak mampu nak menghabiskan ditambah pula dengan 1 subjek aku failed. Tuhan saja yang tau betapa geramnya aku dengan subjek tersebut! Gagal yang berpunca dari ahli kumpulan yang tak menghantar assignment pada masa yang ditetapkan. Sampai hati..lecturer subjek itu pula seorang yang tegas dan langsung tak boleh bertolak ansur dengan kes sebegini. Akibatnya, ahli kumpulan lain semua dapat berkonvo tahun lepas. Tinggallah aku terkontang-kanting disebabkan markah yang tidak cukup untuk lulus.

Aku beruntung kerana masih ada beberapa rakan kosmate lain yang sama-sama terpaksa meneruskan pengajian lagi. Alhamdulillah, kami dapat menyewa di kawasan flat Desa Ilmu yang merupakan kawasan strategik untuk membeli barang dapur, dekat dengan Mall, untuk ke kelas pun senang walaupun terpaksa berhimpit didalam bas! 

Pengajian di Semester 1, Tahun 4 aku memberanikan diri membaiki kursus kerana kelas lain agak ringan bagi aku. Rutin harian aku, setiap hujung minggu aku akan masuk training palapes. Sekurang-kurangnya masa hujung minggu dapat melakukan aktiviti sihat! Nasib baik elaun palapes semasa aku tauliah di Sabah agak mahsyuk. Dapatlah aku duit saku untuk hidup dan membayar duit sewa rumah. Tak payah aku susahkan famili sebab PTPTN aku sehingga Tahun 3 sahaja. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang berjaya membuat aku menjerit di lewat malam. Tak sia-sia aku membaiki subjek dan subjek lain juga membantu menaikkan pointer. 

Kakak aku juga mendirikan rumahtangga pada semester ni. Seminggu aku bercuti untuk balik kampung. Pertama kali tulis surat ketidakhadiran ke kelas. Memang kelakar, kuiz pun aku tak dapat hadir. Nasib baik tak mengganggu..

Pengajian di Semester 2, Tahun 4. Aku dah mula sesak sebab elaun tak masuk. Aduhai, aku memang tak nak susahkan famili. Sangat dahsyat semester ni sampai kawan bagi pinjam duit. Aku cuba mencari part-time job. Interview di pasaraya tak dapat pulak. Aku dah mula stress, cuba nak mencari jalan nak mendapatkan duit. Alhamdulillah ada kawan beritahu auntie student pavilion cari student untuk kerja tolong dia. Walaupun kerja dengan auntie Cina, auntie memang sangat baik! Layan aku macam anak sendiri. Sampai kawan pun usik, aku ni menantu kesayangan. Kalau aku mula demam, auntielah yang buatkan bubur kacang+barli. Life sentiasa happy dikelilingi makcik-makcik & pakcik-pakcik yang berniaga di situ, walaupun aku hanya bekerja sebagai tukang cleaner dan tukang cuci.

Pertama kali belajar untuk ikat perut. Pertama kali tersangatlah penat dengan rutin harian selepas kelas, dan bekerja pada petangnya. Tapi, tetap risau sebab semua subjek semester ini agak berat. Rutin harian, Isnin dan Selasa pagi sahaja masa untuk menyiapkan segala assignment dan study. Petangnya bekerja. Rabu - Khamis, kelas pagi, petang bekerja. Sabtu & Ahad adalah masa untuk training. Tapi di penghujung semester aku memang tak mampu nak masuk training lagi. Tersangatlah lelah..

Alhamdulillah, dengan penat lelah semester ini, aku tetap mengekalkan keputusan yang dikira bagus walaupun tak tercapai impian nak Dean List. Sesungguhnya, keputusan mengambung setahun lagi pengajian adalah keputusan yang lebih menguntungkan! 

Sekarang, apabila aku berjaya habiskan pengajian dan duduk di rumah, baru aku rasa nikmatnya berehat dan begitu berharganya setiap sen duit!

Dan hari ini, aku officially 23 tahun!

Inilah antara pengalaman aku selama tahun ini. Setiap orang lain ceritanya kan. Dan setiap orang pula lain kesusahannya. Setiap apa yang berlaku, semuanya ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai muslim hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala ujian yang diberikan kepada hambaNya.
Read More

Sunday, September 28, 2014

CPUV Nuffnang 28 & 29


Punya lama tak check Nuffnang, tengok-tengok dua ketol ni sudah pun kredit. Rasanya akibat tak update blog dengan konsisten + tak blogwalking.

Kurang ada mood pulak sekarang ni nak berblog. Ditambah dengan demam + sakit kepala + selsema. Memang langsung tak selesa nak tengok PC lelama.. 

p/s: mood ke laut, jadi banyak join segmen je la kot~
Read More

Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!


Jom join Giveaway dari blogger Kufazuke*asyik typo je tulih nama blogger ni, unik sungguh namanya. Nak join? Klik banner dibawah ini..
http://www.kufazuke.com/2014/09/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html
1) Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
Seandainya aku dapat RM sejuta..
Pertama, aku nak roboh rumah lama ni & gantikan dengan rumah banglo baru. Dalam rumah tu kena ada 8 bilik ye. Pastikan ada bilik tersedia khas untuk bebudak busuk dalam rumah ni*kucing. Lepas tu, buat pagaq lawa-lawa supaya lepas ni takda istilah kau nak ambil tanah aku, aku nak ambik tanah kau

Kedua, kalau ada balance lagi, nak beli emas. Untung tu, lama-lama simpan harga naik tau. Sekarang aku tengok dalam fb & ig pakat-pakat buat kempen Beli Emas Sebulan, 1gram.

Ketiga, akanku langsaikan hutang PTPTN segedebuak dekat kakitangan depa. Puas hati tak ada cas-cas bunga bagai  

Keempat, kalau ada lagi balance, nak bawak satu family melancong kemana saja yang depa suka. Amboih kau, kemain..*kalau aku kaya~~ 

2) Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?
Kalau aku stress atau sedih..
Aku memang tengah dalam keadaan stress pun sekarang ni. Nasib baiklah DIA sentiasa ada. Cuma DIAlah tempat aku mengadu nasib kalau ada masalah. Walaupun kekadang tergelincir jugak dari mengingati DIA. 

Sebab itu DIA bagi masalah ni untuk kita. Supaya kita kembali kepadaNYA. Sebagai seorang muslim, memang kepada Allah jua kita kembali~

Dulu kalau stress sebab study, makan je kerja. Lagi manis benda tu lagi sedap! Coklat ke, aiskrim ke, kek ke..hehe..

 3) Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?
Memori paling syiok waktu bersama famili..
Hari Raya Aidilfitri tahun 2014.  Raya tahun ni semua dapat berkumpul. Walaupun arwah ayah dah tak ada. Seandainya dia dapat tengok mesti happy!*lap hinguih

p/s: kepada blogger luar sana, jangan lupa join segmen blogger ini!
Read More

Friday, September 26, 2014

Resipi: Tat Telur


Pernah makan tat telur? Dulu dekat Sarawak selalu beli tat di kedai bakery. Seketul dah RM1.50, teringin pulak nak buat sendiri sebab tengok macam comel je tat di blog akak Azlita. Seriusly, peminat tegar akak ni dalam bidang masak-memasak!
Bahan-bahannya:
Untuk crust;
170g mentega
50g gula aising (aku blender gula biasa, tapi kurangkan sikit sebab nanti over-manis)
1 biji telur
290g tepung gandum
1 sdt esen vanila
Acuan tat comel

Untuk filling;
4 biji telur
1/3 cawan gula
1 cawan susu
1 cawan air kosong *secawan=250ml
1 sdt esen vanila
Pewarna kuning

Cara-caranya:
 Untuk crust;
1. Marjerin dan gula pukul sampai kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan kacau sebati.

3. Masukkan tepung dan bolehlah diuli guna tangan. Baru la nama aiq tangan. Hehehe..kalau rasa doh meleket lagi, bolehlah tambah tepung sikit.

4. Nak tau cara nak canaikan tat dengan senang tanpa guna pencanai?
Bulatkan doh cecomel. Dengan menggunakan bontot pinggan, lapik dengan plastik. Letakkan doh cecomel ditengah, tutup dengan satu lagi plastik. Ambil satu lagi pinggan, tekan doh cecomel dengan bontot pinggan tu jugak.
Siap bolehlah masukkan dalam acuan, tekan-tekan sikit dan buang lebihan doh diluar acuan. Jangan lupa cucuk dengan garpu bahagian bawah tu supaya doh tak mengembung bila dibakar.
4. Doh yang dah siap bolehlah dibakar di dalam oven 170C dalam ...aku terlupa pulak hari tu berapa minit... Tapi, oven pun ikut memasing sebab tak sama. Asalkan doh masak dah kira ok, jangan lama sangat pulak!
5. Biarkan sejuk sebelum letakkan filling.

Untuk filling;
1. Larutkan gula dengan air.

2. Lepas tu, campak saja semua bahan dan kacau sebati.

3. Tapiskan filling sebelum tuang ke dalam tat yang dah sejuk tadi. Jangan tuang sampai melimpah pulak, cukuplah sedang-sedang dalam tu.

4. Siap masukkan dalam oven 180C selama 20 minit. Sekejap je masak sebab sekadar nak keraskan filling..

Agak buruk rupanya sebab oven tu senget sikit. Asalkan boleh makan~
Nasib baik rasa tak seperti rupa. Dapatlah jadi buah tangan untuk famili mertua Kak Yu di Penang esoknya.

Selamat Mencuba~

Punya lama entry ni peram dalam otak. Tak ada mood nak buat entry.
Read More

Monday, September 22, 2014

Alamak! E-mel Hilang!


Aduhai, mana pulak e-mel dari Malaysia Airlines ni. Inilah padah kalau booking tiket awal-awal, terlupa pulak mana e-mel yang dihantar tu. Tak kan aku ter'delete' kot.

Kalau dulu boleh check-in dekat kaunter. Bagi kad pengenalan jer. Tapi, sekarang kan dah ada kiosk check-in. Kalau sekarang ni nak check-in di kaunter ok tak? Kena bayar ke? Sebab Airasia check-in kaunter kena bayar RM10 kalau tak silap.

Aduhai, aku pun bukannya sign-in dalam Malaysia Airlines punya web, so tak boleh trace history aku beli tu.

Macamana yer? Ada sesiapa boleh bantu? Ada yang ada pengalaman macam ni?

Update 12/10/14: Alhamdulillah, problem dah settle.
Read More

Giveaway 2014 Mialiana.com


Jom join contest dari kak Mia!

Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

I'allah kalau ada rezeki dapatlah jadi salah seorang dari pemenangnya.

p/s: sakitnya jari kena minyak panas..wuwu..
Read More

Friday, September 19, 2014

Resipi: Decoration Cookies


Cu cak! Apa yang dalam balang tu?

Dah lama tak mem'baking', rasa gatal tangan pulak. Kali ni nak try decoration cookies ataupun biskut mentega sebenarnya. Seronok tengok Door Gift majlis perkahwinan bagi cookies cecomel dalam kotak. Rasa macam nak buat sendiri pulak.

Bahan-bahannya:
250 gm mentega (aku guna marjerin Daisi sebab banyak dirumah)
100 gm gula halus
1/2 sdt esen vanila
1 biji kuning telur
350 gm tepung gandum
2 sdm tepung jagung

Cara-caranya:
1. Pukul marjerin + gula sampai kembang.
2. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
3. Campurkan dengan telur dan kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum + tepung jagung yang dah diayak. Lagi senang uli dengan tangan. Kalau doh macam lembik lagi, boleh tambahkan dengan tepung gandum.
5.Siap doh, simpan dalam peti ais sekejap.
6. Dah siap tuan punya badan wangi-wangi, bolehlah keluarkan doh. Bolehlah canai dan terap dengan acuan yang anda suka. Disebabkan semua acuan terap aku terlalu kecik, DIY penutup bekas pencungkil gigi jer. Hehe..
7. Dah siap, bakar biskut pada suhu 180C selama 45 minit.*ikut kepada ketuhar memasing yer
biskut, biskut mentega, biskut hiasan, door gift
8. Selepas biskut dah sejuk, bolehlah kita buat aising untuk topping biskut.

Bahan-bahannya:
200 gm gula halus (sila kurangkan mengikut kesukaan tahap manis yang kita suka)
1 biji putih telur
1 sdt perisa strawberi (ikut suka nak perisa apa pun..)
1 sdt pewarna merah

Cara-caranya:
Pukul putih telur sambil masukkan gula sampai kembang dan masukkan perisa. Bahagikan dua bahagian aising, satu bahagian aising tak berwarna (putih) satu bahagian lagi campurkan dengan pewarna merah.
Masukkan dalam piping beg dan selamat berdeko! Kalau tak ada piping beg, boleh gunakan plastik biasa yang nipis supaya senang untuk dipicit.
Biarkan aising mengeras sebelum disimpan didalam bekas kedap udara. Disebabkan semalam aku dah mengantuk, aku bakar sekejap biskut menggunakan api atas sahaja selama 5 minit. Jangan lama-lama tau! Sekadar untuk keraskan aising sahaja.
biskut, biskut mentega, biskut hiasan, door gift
Biskut ni kalau dah disimpan dalam bekas comel boleh dihadiahkan kepada mak mertua. Acewah, untuk sesiapa pun boleh~
biskut, biskut mentega, biskut hiasan, door gift
Selamat Mencuba!

p/s: mood memasak dah kembali..

Read More

Thursday, September 18, 2014

Liebster Award #3



Nampaknya aku telah ditag oleh akak blogger Mass Naim dalam Liebster Award. Dulu pun aku dah kena tag di sini & sini.

Syarat-syaratnya:
i) Linkkan blog yang tag kita.
ii) Menjawab segala soalan yang diberikan.
iii) Mencalonkan 11 blogger lain untuk ditag asalkan kurang dari 1000 follower.
iv) Bina 11 soalan untuk blogger.
v) Maklumkan kepada blogger yang ditag.
Jom buka kertas exam!
1. Apa benda yang perlu ada dalam bag korang sebelum nak keluar rumah ?
Timm kalau keluar jenis malas nak bawak beg. Selalu wallet + handphone pegang je. Lagipun, Timm kalau keluar suka pakai sweater yang berpoket. Jadi, campak semua barang dalam poket je. Sesimple yang boleh :)
2. Pengalaman travel paling best dalam hidup ?
 Travel yang paling best adalah dengan berjalan kaki + naik kereta api. Rasa nostalgia sangat! Kalau nak tau best atau tidak boleh ke sini.

3. Fast food favourite korang ?
Zaman fast food dah lama berakhir kot. Dah mula tak minat sebab lagi sedap kalau masak sendiri dirumah kan? Tapi, favourite McDonaldlah. ALAMAK! Isu sensitif kan? Tapi itu zaman belajarlah. Sebab terlalu suka dengan McFlurry Oreo! Lagipun, itu memang makanan wajib kalau dah sampai Airport Kuching, situ je tempat makan yang dekat + murah T_T 
4. Cita cita / Impian / Keinginan ?
 Teringat zaman sekolah dulu, memang bermati-matian nak jadi doktor haiwan atau landscape designer. Tapi, rezeki ke arah sains akuatik pulak. Sekarang ni, memang cita-cita+impian+keinginan nak membalas jasa keluarga yang banyak berkorban untuk Timm..
5. Filem apa yang paling korang suka?
Timm suka semua filem yang pelakon dia best. Sebab kalau kita suka artis tu berlakon mesti kita excited nak tengok kan? Aku memang gila cerita animasi, komedi + action! Filem Maleficent sampai sekarang aku terkesan dengan jalan ceritanya. Serius sangat best, kalau sesiapa belum tengok, tolonglah tengok..hehe..
6. Apa situasi yang buat kan korang rasa bahagia?
i) Membaking di dapur atau cuba resipi baru. Lepas tu, mak berselera makan!
ii) Dibelanja makanan yang diidamkan!
iii) Dikelilingi orang yang Timm sayang!
7. Apa hobi korang?
Hobi macam-macam bila duduk dekat rumah ni. Suka melayari internet, main kucing, membaca, makan~ 
8. Siapa cikgu kesayangan korang masa zaman sekolah dulu?
Zaman sekolah dulu suka sangat dengan mata pelajaran Sains. Timm sayang sangat dengan cikgu Empi, pengajar matapelajaran sains Tingkatan 3. Cikgu kelahiran Sarawak yang mengajar di Kulim, Kedah. Sekarang cikgu dah pindah ke Sarawak dah. 
Terima kasih cikgu sebab memperkembangkan bakat nyanyian dalam diriku. Acewah~*tutup buku, cerita lama
9. Apa warna kegemaran korang?
Tersangatlah suka warna hitam & kelabu. Banyak kot koleksi baju warna hitam. Warna hitam ni senang nak matching dengan warna apa pun. Betul tak? Tapi tak tau pasaipa dalam blog ni lebih suka warna pink.. 
10. Apa yang harus/wajib ada dalam handbeg / beg  korang?
 Kalau hang-out dengan kawan-kawan wanita ni perlu bawak jugak beg. Tak tau pasaipa. Dalam beg mesti ada:
i) Handphone
ii) Dompet
iii) Miami compact powder
iv) Maybelline Lip Balm
v) Minyak wangi
11. Jujur punya opinion tentang blog aku ini ? Kenapa?
 Blog kak Mass tak berat, memang laju loadingnya. Walaupun line bermasalah, blog akak still boleh buka! Selamat Maju Jaya dalam dunia blogging kak Mass Naim. Terima kasih sebab sudi menjadi sahabat baru dunia maya Timm!

Syarat no. 1 & 2 dah pun disempurnakan. Syarat yang seterusnya tunggu ya. Kita tengok siapa yang kena. Stay Tuned~
Read More

Sunday, September 14, 2014

Terima kasih Zalora!


Kakak sulung dah nak belanja untuk beli baju di Kuala Kubu Baru, tapi mata aku cerewet nak beli baju. Tak berkenan pulak. So, akak bagi duit suruh beli sendiri. Dah balik Kulim, tengok baju dekat mall pun tak berkanan di hati.

Tiba-tiba, mata tertancap di fb Zalora.

Eishh, aku kurengg sikit kalau nak beli baju online ni. Terlalu susah untuk cari saiz yang sepadan. Skrol portal online Zalora, cecantik pulak bajunya.

Tiba-tiba, aku pun terbeli sebab tak tahan tengok comei sangat bajunya! Sebab itulah aku terkejut & tergamam dalam entry [ini]. Tersangatlah cepat barangnya sampai. Bayangkan petang 10 September aku klik-klik baju, tengahari 11 September dah DAPAT!

Alhamdulillah!
zalora, online shopping
zalora, online shopping

Kenapa aku suka baju ni?
1. Ada handcuff dipergelangan tangan, jadi tak perlu risau untuk pakai handsock. Nak pi shopping sambil capai barangan yang tinggi tak perlu risau lengan baju akan terselak.
2. Material kain yang lembut, sejuk dan tak panas!
3. Baju muslimah yang tak melekat dibadan.

Kenapa perlu pilih Zalora?
1. Segala jenama mak nenek ada dalam ni, buntang mata nak buat pilihan, dari jenama yang hebat Rizalman sampai ke jenama biasa pun ado..
2. Penghantaran yang sangat cepat! Dekat emel tulis dalam 2-3 hari, tapi esoknya pun dah sampai.
3. Tak perlu bersesak-sesak langgar bontut orang semasa shopping.
4. Setiap baju disediakan saiz dan ukur lilit badan. Kena rajinlah ukur badan sendiri guna tali pengukur. Kalau tak, tak adalah peribahasa 'Ukur baju dibadan sendiri' kan?
5. Banyak diskaun diberikan kepada pengguna.

Berminat dengan baju diatas? *Copy nama baju dibawah & SEARCH di Zalora*
zariya fatin muslimah blouse, zalora
ZARIYA Fatin Muslimah Blouse
 
Zalora, first lady sarong blouse
 FIRST LADY Sarong Blouse

Selamat Membeli di Zalora!
p/s: Jangan menjerit macam dalam iklan kalau dapat barang sudah..hehehe..
Read More

Friday, September 12, 2014

Top Commentator Ogos 2014


Pemenang kali ini disandang oleh..
Punya lama baru nak publish, maaf semua..

Mimi Azirah | Zumal | Alynn | Cik Itah | Akif Imtiyaz | Arol | Nick | Raudzah | Aisya | Cik Su

Terima kasih kepada anda semua sebab tak jemu-jemu merapatkan ukhuwah di blog picisan ni.

p/s: Lap hinguih, ni yang tak jadi nak tutup blog ni..
Read More

Terkejut & Tergamam


Sambil berehat menyejukkan badan panas sebab main api tadi, tetiba bunyi motor Pin! Pin!
Ingatkan posmen, tapi bunyi motonya lain?

Ada delivery untuk aku rupanya..

Terkejut & Tergamam sebab baru petang semalam aku klik-klik. Hari ni jugak aku dapat!
Dapat teka apa parcel yang aku dapat ni?

Sambungan cerita di sini
p/s: ambil gambaq sekeping ni je sebab excited tengok barang kat dalam..
Read More

Monday, September 08, 2014

Soalan yang susah nak dijawab..


Ada beberapa soalan yang kerap ditanya pada aku. Tapi, aku kan seorang pemalu, kalau orang yang tanya tu depan-depan aku senyum comei, kalau orang yang tanya aku dalam fb ke, aku jawab no komen atau macam-macamlah alasan lain. Nak tau jawapan yang sebenar?

Soalan 1: Bila hang nak kahwin? Kami semua ada tunang, boyfie, anak dua 3 orang, blabla and bla..
Jawapan 1: Baguihlah kalau hampa dah bahagia. Aku pun tumpang bahagia sekali. Nak buat macam mana, tak ada jodoh lagi. Ok, itu jawapan klise. Aku belum ber'whatsoever' sebab Allah tau aku ni belum bersedia dengan semua benda ni. Jadi tak sesuailah kot nak menjaga anak teruna orang oii. 
Tunggulah aku ada kerja dulu, harta dulu, dapat tidoq bawah ketiak mak puas-puas dlu. Cukuplah selama aku hidup 22 tahun ni merantau sebab belajaq. So, this is the time for me to spend time with my family especially my MAK.

Soalan 2: Ni anak mak ngah yang mana ni? Mak ngah ada anak kecik lagi ka? 
Jawapan 2: Mak ngah stand for my mak. Selalunya ni soalan kalau berkumpul adik beradik atau pi kenduri mana-mana. Selalunya anak bongsu ni selalu ketinggalan kalau bab-bab kenal mengenal ni. Agaknya salah aku jugak kot sebab dulu suka mengorok dalam bilik kalau orang berkunjung. Teruknya perangai! Sekarang tak buat dah perangai macam ni..
Hari tu pun masa kenduri kak yu jenuh meng'explain' aku ni anak bongsu. Lagi satu, rutin harian duduk asrama, study di Perlis, lepas tu lari ke Sarawak pulak. Lagi aku jarang-jarang balik mak cik-mak cik oi..
anak saudara
Apabila mak saudara sama besaq dengan anak saudara..
Soalan 3: Ni adik yang kecik sekali? Ni maksu kau ke?
Jawapan 3: Cuti panjang selepas SPM aku tinggal lama jugak dengan akak sulung di Lembah Beringin. Bayangkan anak saudara yang sulung beza dengan aku cuma 4 tahun. So, kalau ke mana-mana kekawan anak saudara tak percaya depa ada mak saudara yang bebudak lagi. Nasiblah..
Lagipun jarak antara aku dengan anak sulung sangatlah jauh, macam anak dengan mak. 
Waktu aku baby pun akak sulung yang selalu jaga aku, sebab tulah dulu aku banyak gila koleksi gambar, baju cantik-cantik, mainan..senang cerita zaman kecik-kecik dulu, apa anak saudara aku dapat, aku pun akan dapat!

Soalan 4: Amboi, bahagia sekarang dengan pakwe..
Jawapan 4: Owhkey, ni kes aku sentiasa keluar dengan seorang jejaka ini kan. Jejaka ni kawan aku je. Ok, jawapan klise lagi. Untuk pengetahuan semua, jejaka ni satu mak, satu bapak dengan aku. Senang cerita, jejaka ni abang aku sendiri. Dah kami je bujang trangtangtang, sebab itulah rapat.

Soalan 5: Bila awak nak kawin dengan saya?
Jawapan 5: Err, dah mula merapu..hehehe..abaikan yer soalan merapu ni..

Semalam angin kuat betul, macam nak tercabut pokok deghian kat ghumah ni..
Dah masuk 6 bulan MH370 hilang dengan misteri kan..
Read More

Saturday, September 06, 2014

Sakit Hati


Memasak?
Memasak ni sebenarnya sangat simple. Campak-campak, tumis-tumis dah jadi makanan. Senang kan? Dah hidup 22 tahun*selagi belum birthday, im sweet 22..hehe baru tau memasak ni sangatlah senang. Betul tak? Kalau setakat masakan simple macam telur goreng ke, maggi ke, budak kecik pun pandai kan..
Tetapi..
Tau tak benda apa yang susah tentang memasak ni? 
M-E-N-G-E-M-A-S
Betul tak? Sebab tu mak cakap kerja rumah sentiasa tak pernah habis. Sebab sebelum masak kena sediakan bahan, confirm sinki dah penuh dengan pisau, mangkuk, papan pemotong. Waktu memasak pulak minyak ke, kuah ke tumpah atau mercik di dapur. Dah selesai masak, kuali dengan periuk pulak nak kena cuci.

Prinsip mak aku kalau masuk dapur, macam mana kita masuk dapur tu, macam tulah jugak akhirnya kalau kita nak keluar dari dapur. Seriusly my mum is so cerewet bab mengemas! 

Anda dirumah pulak macamana?

Apabila dapur dah kemas, sinki dah bersih, segala mak nenek dah cuci dan lap, dapur berkilat. Maka, dengan suka dan senang hatinya naiklah atas rumah, masuk bilik. Seronok tengok cerita best kat tv. Sambil-sambil online blogwalking, bertweet-tweet.

Tiba-tiba..
 Turun dapur balik, Ya Allah! What the..

I am so annoying with the situation. What about you?
And this is not the 1st time happen, but most of the time!

Then..
My mum will nagging to me all the entire day..

Don't worry mum, im pissed not because of you. I know you always want the best. Well, this is your house right..
Read More

Tuesday, September 02, 2014

18 Tips Makanan yang Owhsem


Menarik kan? Ada yang anda pernah try trick di atas tu? Aku pernah try yang no. 18 je. Memang bombastik spagetti tu. Selamat Mencuba!

Mood kerajinan tetiba hilang pulak. BTW, congrats kepada adik-adik yang baru mendaftar masuk ke universiti untuk meneruskan pengajian ke peringkat Degree. Good Luck!
Read More

CPUV Nuffnang 23-->27


Tak sangka dalam hujung bulan pun ada bonus dari Nuffnang. Emm, bonus sangat. Muah ciked Nuffnang! Terima kasih..
Pasaipa yang Jacob's sampai ada 3? Tak palah, asalkan hampa mau melekat di blog yang tak semenggah ni. Hehehe.

Kalau nampak iklan biskut Jacob ataupun Simple Pleasures sila-silalah klik sebab ada cerita menarik disebalik blogger-blogger hebat bersama Jacob. Aku sendiri pun suka cicah biskut Jacob dengan aiq teh o panas. Biar sampai lembek, lepas tu masuk mulut. Aduhai, nikmatnya..

Mak aku sendiri pun suka dengan biskut Jacob ni. Kalau beli jenama lain, pandang pun tidak. Demand sungguh mak-mak zaman sekarang. Thehehe, jangan marah mak, nanti cepat kedut.

Sedihnya, lepas ni dah tak dapat jumpa Zill Faezrul yang somel tu T__T. 
Bye 'Rindu Awak 200%', Hai 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'
Read More

Monday, September 01, 2014

Mengenang Sukan Komanwel 1998


Bagus betul line broadband Yes ni. Memang betul komen blogger pasal kuota dia yang cepat habis! Tetapi, walaupun cepat habis, line internet tetap laju seperti biasa! Sebab dari 4G-->3G. 

Jom tengok pembukaan Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Macam mengimbau memori sebab zaman dok lap hinguih lagi. Nostalgia sangat!









Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-57 Malaysia!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com