Tuesday, October 28, 2014

Stop berblogging


Segala aktiviti berblog akan berhenti sekejap bermula esok, 29 Oktober hingga 4 November 2014. Jadi, segala blogwalking dan komen anda akan direply nanti yer..

Kenapa?
.
.
.
.
.
Sebab akan ke Sarawak untuk menghadiri Majlis Konvokesyen UNIMAS #UNIMASgrad2014
Doakan segala urusan berjalan lancar.
Terima kasih :)
Read More

Monday, October 27, 2014

Beli Maggi Royale Free buku masakan


Semalam Abang Cik ke Tesco selepas balik dari kerja. Dia cakap saja-saja membeli produk maggi semata-mata untuk mendapatkan buku resipi. Dengan pembelian dua bungkus produk Maggi Royale yang baru, anda akan mendapat buku resipi eksklusif percuma dari Maggi.
Dalam buku ini, ada 100 resipi yang disediakan dan semestinyalah menggunakan produk maggi. Ada masakan Melayu, Cina, India, Festival, Fusion, Barat dan Chef. Kepada pengumpul buku resipi macam Abang Cik memang sukalah benda-benda limited macam ini.
Tak tahu pula sampai bila promosi ini akan berakhir. Pastinya cepat-cepat sebelum terlambat! Dalam iklan hanya famous MAGGI Royale Penang Seafood Curry. Rupanya ada lagi perisa lain, macam yang diatas itu MAGGI Royale Korean Spicy. Ini mesti penangan Running Man. Macam sedap sahaja tengok orang korea punya makanan. Aku sendiri pun belum rasa lagi. Perut aku akan mendatangkan masalah kalau makan mee segera yang tidak dimasak. Mengada betul perut kalau tinggal di rumah, mementang selalu makan makanan fresh, di-rejectnya semua makanan segera..

p/s: teringin nak buat kimchi, ada sesiapa pernah buat sendiri..kalau ada jangan segan-segan drop link untuk berkongsi..kamsahamnida*acece, korea sangat..
Read More

Saturday, October 25, 2014

Resipi: Chipsmore Tiruan


Entry resipi lagi nampak gayanya. Biskut ini dibuat pada sambutan Hari Raya Haji yang lepas. Dan biskut ini adalah resipi baru yang dapat dari buku My Resipi*abang yang dapatkan resipi
Nama yang sebenar adalah biskut coklat chip, tapi disebabkan sekali bite seriously rasanya sebijik macam Chipsmore Butterscotch. Jadi, kepada penggemar chipsmore bolehlah try DIY sendiri.
Bahan-bahan:
310 gm tepung gandum
1 1/2 sdt serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1/2 sdt soda bikarbonat
225 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
340 gm coklat cip
2 biji telur
1 sudu esen vanila

Cara-caranya:
1. Gaulkan tepung gandum + garam + serbuk penaik + coklat cip.

2. Dalam mangkuk lain, putar mentega + gula kastor + gula perang sehingga kembang. 

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila, pukul sebati.

4. Gaul adunan dengan bahan 1 tadi dengan spatula.

5. Sudukan adunan comel-comel dan jarakkan antara biskut kerana dia akan mengembang.

6. Panaskan ketuhar selama 15 minit, 175C sebelum membakar biskut tadi. Bakar biskut sehingga keperang-perangan.
 Nampak kan betapa besaqnya biskut tadi. Walaupun secoit adunan untuk dibakar, apabila dah masak, nahaunya besaq jadinya. *apa bahasa yang aku guna ni

Selamat mencuba. Sekurang-kurangnya, selepas ini tak adalah nak ambil bungkusan chipsmore sewaktu ke pasaraya. Dah la mahal, ada beberapa keping sahaja. Dengan adunan ini, satu balang besar boleh dapat tau. Kalau rasa macam tak larat nak membakar banyak-banyak, bolehlah bahan-bahan tu dibahagi dua, jadilah setengah adunan. 

 Dah last-last adunan, mulalah pemalas nak cedok-cedok adunan. Jadilah gini..
Sedap pulak buat besaq-besaq, crunchy diluar, lembut didalam.

p/s: banyak pulak entry resipi bulan ini..apa pasai pun tak tau..
Read More

Friday, October 24, 2014

Pesona Maal Hijrah 1436H


Alhamdulillah, masih lagi menghirup udara segar di tahun baru.

Aku nak minta maaf seandainya ada tersilap tulis dalam entry, komen yang menyinggung ke atau menyakitkan hati blogger-blogger sekalian.

Semoga di tahun baru ini, kita ada azam baru untuk memperbaiki diri diarah kebaikan dan positif.

Aktiviti hari ini adalah menghadiri mesyuarat keluarga mak di Permatang Binjai, Penaga, Pulau Pinang untuk menguruskan urusan wakaf. Cuaca mendung sahaja di sana. Tertancap benda menarik di masjid ini iaitu..
 Renung-renungkan dan selamat beramal :) 

Jangan marah ya, dulu arwah ayah aku pun perokok tegar juga. Jadi kalau boleh, perokok sekalian, kalau tak sayang diri sendiri pun tak apa. Tapi, tolong kesiankan family yang terpaksa menghidu pencemaran udara itu. Kalau nak hisap juga, pi hisap dalam plastik tekup kat muka. Biar awak seorang je rasa asap tu, nak sangat kan..

p/s: disebabkan lama tak naik kereta, rasa mabuk pulak..
Read More

Thursday, October 23, 2014

Resipi: Kek Pelangi cincai boncai


Dalam kedinginan musim sekarang ini, mulut mula menggatal nak makan itu ini. Tiba-tiba perut cakap, dia teringin nak makan kek. Mulalah melilau mencari resipi yang simple asalkan namanya K.E.K..

Abang Cik godek-godek dalam google, jumpa 1 resipi kek dengan menggunakan pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib? Apa tu? Ala, yang dalam rancangan RTM Pelik Tapi Sedap bersama Zaibo tu..

Jom tengok kek cincai boncai yang berjaya dihasilkan.
kek simple, kek pelangi, pemanggang ajaib
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*1 cawan=250ml
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin
4 biji telur
Sedikit esen vanila
Pewarna yang disukai

Cara-caranya:
1. Gula kastor yang dah diayak dipukul bersama marjerin sehingga creamy.

2. Masukkan telur sebiji dan putar sampai sebati, baru masukkan telur..dan telur..dan telur.. + esen vanila.

3. Tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dimasukkan sedikit demi sedikit.

4. Dah siap satu adunan kek. Aku sengaja nak kek tu berwarna warni, jadi adunan tadi dibahagikan 3 bahagian dan dimasukkan 3 pewarna iaitu, merah, oren dan merah jambu.

5. Disebabkan aku menggunakan pemanggang ajaib, aku lenserkan sedikit marjerin dikeliling pemanggang. Panaskan sekejap dalam 5 minit. Tuangkan adunan tadi ke dalam pemanggang.
kek pelangi, pemanggang ajaib

kek pelangi, pemanggang ajaib
Alertlah dalam masa 15 minit tu, sentiasa check dengan cake tester sebab seriously dengan menggunakan pemanggang ni, masa memasak kek sangat cepat! Jangan hangitss sudah..
*Tips: untuk mengelakkan hasil yang rentung sedikit dibawah kek, aku sarankan lapik dengan kertas minyak.

Kalau nak bakar dengan menggunakan oven pula, macam biasa panaskan oven dalam 15 minit. Masukkan adunan dalam bekas pembakar yang dilapik dengan kertas minyak dan dilenser marjerin. Bakar di suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak*ikut ketuhar masing-masing

Dapat makan sekeping kek pun dah lega, teruk betul mengidam, mengalahkan orang preggy pulak. Selamat mencuba!

p/s: sedapnya makan ais-krim walaupun hujan :)
Read More

Saturday, October 18, 2014

Nama Pun Tersenarai


Alhamdulillah, apabila check senarai nama bergraduat tertulislah nama aku di situ. Yuran konvokesyen dah bayar, pendaftaran alumni dah buat, kajian pengesanan graduan ipt pun dah isi.
Sepanjang 4 bulan aku duduk di rumah, sentiasa aku tengok kawan-kawan berkonvokesyen di laman facebook. Tengok graduan memakai jubah rasmi konvo, pakai topi konvo, seronok tengok mereka tersenyum gembira di samping keluarga. Tambah-tambah dengan both mak dan ayah..

Apabila terfikir tentang diri sendiri..
Aku tak ada peluang pun nak merasa semua itu..
Sejak dari dulu lagi, aku sentiasa berseorangan menyambut kejayaan sendiri..

p/s: aku nak buat entry ni jadi ceria, last-last aku teriak depan lappy..
Read More

Friday, October 17, 2014

Resipi: Daging Paprik Simple


daging paprik, paprik
Bahan-bahannya:
Bahan A
Daging secukupnya (dah direbus)
1 batang lobak merah
4 kacang panjang
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato*sebab tak ada sos tomato

Bahan B (sos)
1 sudu makan sos tomyam
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap masin*guna kicap manis dan masin sebab tak ada kicap pekat
5 sudu makan sos cili
3 sudu sos tiram
1 batang serai*diketuk
5 biji cili api*diketuk
3 ulas bawang putih*diketuk
1/2 cawan air
Minyak masak

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + serai sampai naik bau.

2. Masukkan daging dan goreng sekejap.

3. Masukkan lobak merah + sos + kicap tadi dan biarkan mendidih.

4. Masukkan kacang panjang + cili merah + cili api + air dan kacau rata.

5. Apabila mendidih, optional daun limau purut*aku terlupa letak + bawang besar + tomato. Kacau rata dan pastikan semuanya terpalut. Kalau suka masin, boleh tambah dengan garam.

Memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas-panas. Terangkat! Dulu zaman study selalu beli di warung kalau nak makan. Sekarang dirumah dah boleh buat sendiri. 
Selamat mencuba @kathy r'bain

p/s: seronok tengok kawan-kawan berkonvo
Read More

Wednesday, October 15, 2014

Vern's Promotion Datang Lagi


Dalam masa pencarian kasut bertutup untuk konvokesyen, tersinggah pula di kedai kasut Vern's bertempat di Kulim Landmark Central.

Kepada wanita diluar sana yang gila dengan kasut yang cantik, fashionable dan selesa, silalah berkunjung ke sana! Dulu punya promosi pun aku berpeluang grab dengan kawan.

Sempena 9th Anniversary Vern's
Anda dapat membeli 2nd item kasut dengan harga RM9 SAHAJA!
Valid date: 2 September - 14 November 2014 

p/s: Vern's, wait for me this Saturday!
Read More

Tuesday, October 14, 2014

Resipi: Kek Coklat Moist gilerr


kek coklat simple, sedap
Bahan-bahannya:
Untuk resipi ini, semuanya menggunakan sukatan cawan, 1 cawan=250ml.
kek coklat moist
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula
1 ketul mentega (250gm)
5 biji telur
2 cawan susu cair (500ml)*nak sedap guna susu perisa coklat
3 camca air panas
1 camca soda bikarbonat
*tepung gandum + serbuk koko + soda bikarbonat ayak sekali.

Cara-caranya:
kek coklat moist simple
1. Mentega + gula pukul sehingga gebu.

2. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sebati sampai creamy.

3. Masukkan campuran tepung yang dah diayak berselang seli dengan susu cair sampai habis.

4. Akhir sekali masukkan air panas dan sebatikan.

5. Bolehlah masukkan ke dalam acuan yang kita suka, dalam cup comel ke, dalam tray ke. Bakar didalam ketuhar 180C selama 45 minit*depend on ketuhar memasing yer
kek coklat moist simple
Ini adalah resipi adik ipaq kakak aku. Kek ini perlu disimpan di dalam peti ais. Makan waktu panas rasa gebu-gebu, kalau makan waktu sejuk macam makan coklat cadbury*eh, sensitif pulak, ngee
Kek ini akan naik menbulat, dan apabila dah masak akan mengecut sedikit. Seriously, makan seketul pun sudah rasa kenyang, tapi aku bedal je berketul-ketul! Sebelum kek masak pun, aku punya meratah bekas-bekas yang melekat di spatula, sedap!

p/s: Selamat Mencuba! Tadi lunch try buat daging paprik, jadi! Siapa nak resipi angkat kaki..
Read More

Sunday, October 12, 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang


Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!
p/s: the most simple giveaway yang pernah aku join..kekeke..
Read More

Masalah Terbelenggu Selesai


Susulan kejadian ini, aku memang gelabah tak tahu nak buat apa lagi. WhatsApp kawan yang lebih arif dengan Malaysia Airlines. Dia bagi cadangan untuk call Customer Service.
Dengan menggunakan telefon rumah, memang sengsaralah kalau telefon nombor yang depannya ada 4 digit ini,1 3**. Letih menekan itu ini, dan letih menunggu sementara panggilan kita disambung dengan pegawai bertugas. Memang banyak kali aku call, demi untuk tembus talian.

Pilihan terakhir, sama ada aku masih perlu tunggu atau tinggalkan nombor. Disebabkan aku adalah pelanggan diangka 20, sistemnya pula disambung dengan pegawai bertugas berdasarkan nombor giliran. Aku cuba tinggalkan nombor namun tidak berjaya.

Selang 15 minit, aku cuba kembali. Alhamdulillah, aku di nombor 9. Kejang kaki juga duduk melangut tepi telefon. Tunggu punya tunggu, aku di nombor panggilan 4 dan terus dapat disambung. Agaknya ada customer yang give-up kot, dan terus letak telefon macam aku tadi.

Cerita punya cerita masalah yang dihadapi. Emel tersebut telah di send semula di emel aku. Aku sangkakan aku silap memasukkan emel, tekaan aku salah. Aku yang gatal-gatal Shift+Del emel penting itu sebelum ini. Butiran yang penting juga, pegawai tersebut beri, takut kalau aku bermasalah lagi.

Lagi satu, polisi Malaysia Airline, setiap pembelian tiket yang kita dah beli, tak boleh ditukar kepada nama orang lain. Maksudnya, kita nak tukar orang. Kecuali tiket kita sendiri nak ditukar masa fly atau tarikhnya. 

Selepas ini, kalau ada masalah dengan urusan Malaysia Airlines, teruslah berhubung dengan Customer Service (24 Jam) 1 300 88 3000.

Settle 1 masalah..

p/s: Masalah lain menimbun-nimbun belum selesai..
Read More

Saturday, October 11, 2014

Selamat Tinggal Sayang..


Siapakah sayang yang dimaksudkan? Pakwe? Suami*jangan nak merapu..
Tinggallah sayang, tinggallah pujaan. Dari 4 anak bulus ini, kini tinggal 1 sahaja. Mak memang sentiasa sedekah anak-anak kucing dia. Tapi mak tak main bagi jer, mak pilih dulu orang yang betul-betul boleh jaga dengan baik diorang ni sebagaimana mak jaga. 
Ini Yuna. Dalam adik-beradik yang lain, dia yang paling kecik comel. Dah selamat bagi staff Kak Yu. Sebenarnya agak kesian sebab orang tu ambil seekor je. Lagipun, diorang kan dah biasa beramai-ramai. Tuan baru dia cakap dia memang mengiaw kuat kalau dikurung. Jadi, sentiasa dilepaskan didalam rumah. Dengar cerita macam dia lonely sangat. Huhuhu..
Fizi
Meimei
Fizi dan Meimei orang Sungai Petani ambil. Untung diorang duduk dengan orang kaya, hopefully kaya juga dengan kasih sayang untuk diorang. Menangis aku waktu tuan baru datang ambil. Sambil aku menaip entry ini pun berjujuran air mata. Tuan baru tu teringin nak bela kucing berbulu panjang. Nak beli di kedai, umur macam diorang memcecah RM300-RM500. 

Fizi adalah the only 1 jantan. Dia memang rapat dengan Meimei kalau dibandingkan dengan yang lain. Matanya biru sangat. Meimei pulak yang paling gebu antara diorang. Memang dia yang paling besaq. Kalau sekali pandang dia macam kakaknya, Mastura. Best kalau usap dia, sebab bulu lembut macam sutera. Jaga diri baik-baik ditempat orang tau.

Kini yang tinggal..
Wawa yang tinggal. Mak sayang dia sebab Wawa ni jelmaan datuk dia, Nabil. Dia punya personaliti pun lain dari yang lain. Dia manja macam mummy dia. Suka menempek dengan orang. Lagipun, dia boleh hidup lonely, asalkan ada orang layan dan selalu main. Memang sejak dari baby lagi, pantang kalau orang jenguk sangkar, dia yang pertama bukak mata + tergedik-gedik datang dekat orang. Memang muka tak malu betul..
Nabil vs Wawa
Ada nampak 1 persamaan tak? Tuu..bawah hidung tuu.. Hitler aka Charlie Chaplin celup!

p/s: Jaga diri dirumah baru, jangan nakal-nakal. Mak dah pesan, kalau tak mampu nak bela, bagi balik..
Read More

Wednesday, October 08, 2014

Kejadian Gerhana Bulan [8 Gambar]


Dengan menggunakan canon IXUS 9515 compact camera, beberapa gambar kejadian gerhana bulan ini sahaja yang aku dapat. Maaf jika gambar yang dipaparkan tidak menampakkan ciri-ciri jurugambar profesional. Hahaha!
Aku mula mengambil gambar kira-kira pukul 8pm sejurus selepas Maaf Jika Aku Tak Sempurna tamat. Gambar terakhir adalah pukul 10:30pm. Aku tak larat nak menunggu kerana awan gelap mula menutup bulan.

Dua fenomena angkasa malam ini selain gerhana bulan berdarah

Malam ini bukan sahaja bakal menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh berwarna merah, malah terdapat dua lagi fenomena lain yang diramal berlaku, iaitu penampakan Uranus dan juga selenelion.

Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai 'Gerhana Bulan Berdarah' terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itulah yang menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut, iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit.

Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.

Sumber: Astro Awani

p/s: ada sesiapa yang sempat tengok tadi?
Read More

Tuesday, October 07, 2014

CPUV Nuffnang 30-->33


Alhamdulillah. Rezeki sempena hari lahir dan aidiladha, DUIT RAYA! 

Tempoh hari ada nampak iklan Sunsilk. Tapi, tak ada pun dalam data Nuffnang ni. Agaknya nak main CUK-CAK kot..

Antara beberapa iklan yang sempat aku nampak dalam blog adalah Sime Darby LPGA 2014. Dalam hati teringin nak kerja dengan syarikat Sime Darby. Mahsyuk gajinya tau! Mana tidaknya sepanjang perjalanan dari Lembah Beringin ke Shah Alam, asyik nampak kawasan kelapa sawit dengan logo ditepi jalan, Sime Darby Plantation.
Kedua adalah, RHB Now. Inilah bank pertama aku mula tahu apa itu 'online banking'. Mula mendaftar bank ini apabila terlibat dengan Palapes kerana elaun dibayar menerusi RHB Bank. Pada pendapat aku, sistem aplikasi dia sangat simple & straight-forward.
Seterusnya adalah Proton PCC. Andainya aku mempunyai lesen kereta*dan tak fobia, memang sudah lama proton IRIZ hijau menjadi milikku. Sokonglah barangan buatan Malaysia ye dak. Lagipun, Proton sekarang mula mengeluarkan kereta yang berkualiti dan cantik untuk memberi saingan yang lebih hebat kepada jenama lain dan juga dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terakhir adalah SME Micro Finance. Seriusly aku sendiri pun tak tahu benda apa. Nanti blogwalking jumpalah benda apa ni sebenarnya..

p/s: cuaca baik hari ini, anak-anak bulus pun dilepaskan dari sangkaq untuk main diluar rumah..
Read More

Monday, October 06, 2014

Disney Lion King | Animasi vs Realiti


Zaman dulu berkotak-kotak video tape cerita disney. Mana tak berkotak-kotak, zaman dahulu menggunakan tape hitam 4 segi yang sebesaq alam. Tapi itulah kenangan bebudak zaman 90-an. Zaman sekarang kalau nak tengok movie, ada CD, DVD, kalau dahsyat lagi, download jer*macam aku sekarang.

Salah satu cerita Disney yang aku suka adalah The Lion King! Teriak tengok bapa Simba mati. Aku tengok anak-anak saudara kecik kalau tengok cerita haiwan-haiwan sakit ke, mati ke, lepas itu menangis, aku tau dah depa menurun dari siapa..

Tak sangka dalam realiti, bonding mereka wujud!
Sumber: Facebook

p/s: realiti zaman sekarang, adik-beradik datang beraya pun tak kenal*akulah ni
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com