Tuesday, January 06, 2015

Berita Gembira di Akhir Tahun 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Sebenarnya dah lama aku nak share berita ini. Tapi asyik penat dengan kerja, memang balik rumah sentiasa tidur je. Nak buat macamana, demi sesuap nasi kan. Kerja susah dicari sekarang ni. Jadi, tolonglah jangan memilih dan kerja mana ada senang kan, tambahan pula untuk fresh graduate macam species aku. 
 
Berita gembira yang dimaksudkan adalah,
Kak Yu aku selamat melahirkan baby perempuan seberat 2.9kg pada pukul 1.30pm bertarikh 31 Disember lepas. Alhamdulillah, walaupun dilahirkan secara pembedahan sebab tetiba blood pressure akak naik. Sepatutnya jadi baby tahun baru. tapi jadi baby akhir tahun pulak.
Kekadang semua yang terjadi dalam hidup telah diaturkan dengan cantik perjalanannya oleh Allah S.W.T. Contohnya, secara kebetulan, aku cuti pada 1 Januari, selalunya kerja macam aku ni susah nak bercuti pada cuti umum. Tapi, semuanya telah dipermudahkan. Abang Cik pun cuti pada hari yang sama. Dapatlah kami melawat baby dan akak di Hospital Pulau Pinang.
Walaupun dengan motosikal, kami hentam kromo je ke sana. Lagipun Kulim-Penang memang sekentut je disebabkan Daerah Kulim adalah sempadan diantara Kedah-Pulau Pinang. Siap aku guna google maps lagi takut tersalah jalan. Itulah 10 kebaikan penggunaan smartphone. Rupanya wad bersalin iaitu bangunan D tengah renovation. Nasib abang ipar ada, tak adalah tersesat di situ. 
Kesian betul dengan Nur Amni Raihanah ni, disebabkan rushing beranak, segala baju dengan peralatan baby semua tak bawak! Baju baby pun belum beli! Kakak sulung, Kak Pah dari Lembah Beringin, Hulu Selangor terus balik ke Kedah. Diborongnya segala macam benda di pasaraya The Store. Nak harapkan kami yang bujang ni memang blurlah nak membeli barang apa..
Paling penting, baby dan ibunya selamat. Tak sabar nak menunggu Kak Yu yang akan berpantang dirumah.
p/s: Bertambahlah anak saudara seramai 11 orang..

15 comments:

  1. alhamdulilllah..tahniah timm n family ;)

    ReplyDelete
  2. p/s menanti respon email yg dihantar tempohari

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah semuanya selamat.

    Tim keje mana skrang?

    ReplyDelete
  4. Amboi..mesti comell.baby tu kan..tahniah buat kak yu...

    ReplyDelete
  5. Tahniah bertambah anak menakan.
    Akan sentiasa muda la baby ni, lahir hujung tahun

    ReplyDelete
  6. Tahniah Timm...utk anak sedara baru! Cik timm bila pulak? Hihihi

    ReplyDelete
  7. nanti siap sedia lah Acik Timm nak asingkan duit raya hehehek..

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat Kak Yu Timm yer ^-^

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat kaka k timm tu kiranya dapat anak buat baru lah ni ye

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com