Wednesday, January 28, 2015

Berjumpa Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Kekadang segala niat yang baik walaupun sedikit sahaja terdetik dalam hati, Allah akan aturkan untuk kita dapat pahala free tu. Sama macam jadi pada aku Sabtu lepas. Otw ke tempat kerja nampak banner Ustaz Kazim di jalan, dia nak datang bagi ceramah di Dataran Putra. Biar betul? UKE nak mai Kulim?
 
Dalam hati memang teringin nak bersua face-to-face dengan UKE. Selalu tengok dalam forum perdana, kalau dah jodoh, etc. Banyak rancangan UKE ni. Alhamdulillah aku tengok jadual kerja, hari Sabtu kerja 10am-7pm je, dapatlah pergi. Nasib ada sorang staff SR pun nak pergi. Cuma dia cuti hari Sabtu. Jadi, aku bawak baju dan solat di mall. Kawan datang terus ambil aku ke sana. Kami memang antara yang paling awal datang ke sini. Dapatlah duduk di kerusi bawah khemah. Skrin layar besar pun depan kami. 
Ceramah Bersempena dengan Maulidur Rasul, tajuknya "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" anjuran Majlis Perbandaran Kulim. Nasib baiklah depa nak buat kat sini, sebab dah lama aku nak datang ke sini cuma tak berkesempatan dan malas sebab depa kata ni tempat maksiat. Hurmm, diharap selepas adanya ceramah macam ni, bersihlah 'klon I-City' ni..

Sementara menunggu UKE, ada kumpulan nasyid Ibnu Sina dari Sekolah Tahfiz Taman Kenari berzanji dan berselawat. Dalam pukul 9 baru UKE sampai, rupanya beliau tersesat tak jumpa lokasi.
Dari dataran yang kosong, terus dipenuhi dengan umat manusia. Sangat-sangatlah ramai! Nasib baik kami datang awal. Ucapan aluan sekejap je oleh Pengarah MPKK, dia tau kami semua tak zabarr nak dengar ceramah UKE. Hehehe..
 Antara sedutan UKE yang best adalah menyanyi, siap berdiri lagi tau. I'allah, penggemar ceramah agama dalam radio akan dengar juga ceramah ni. Mak cakap memang akan disiarkan, cuma lambat je..

Majlis diakhiri dengan selawat beramai-ramai dan juga doa oleh UKE. Memang tak rugi walaupun sampai jam 11:30pm. Sentiasa bergelak ketawa disamping banyak ilmu yang baru. Semoga selepas ini, UKE datanglah lagi ke Kulim. 

p/s: Cepat la Amni besaq, nak belikan aksesori comel ni..

9 comments:

  1. Hasben Sha tak suka ustaz2 zaman sekarang, tapi dia masih boleh layan Kazim Elias ni :)

    ReplyDelete
  2. beruntunglah dpt dgr ceramah UKE live . klu kat utube tu dah edit kan ...

    ReplyDelete
  3. Zumal suka ceramah UKE walupun selitkan lawak tapi isinya tetap sampai ke hati ^-^

    ReplyDelete
  4. X pernah lg jumpa dia.tapi kalo uai dah jumpa..heee

    ReplyDelete
  5. saya lebih minat ngan ustaz azhar idrus... kejap kelakar tapi dalam kelar dia mengena... maaf saya kurang minat UKE... jangan marah

    ReplyDelete
  6. pcl pon suka dgr UKE ceramah...best dan sempoi .

    ReplyDelete
  7. hehehe kawan akak ada sorang gila kat UKE ni hahaha.. katanya tak hensem tapi manis adoiyai parah sungguh hehehe.. suka UKE jugak.. santai dan penting pendekatan dia buat anak2 muda nak dengar ceramah n dekat dengan islam..

    ReplyDelete
  8. suka tgk rancangan kalau dah jodoh TV Al Hijrah

    ReplyDelete
  9. untunglah
    suka sangat kalau dengar celoteh UKE ni

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com