Monday, January 19, 2015

Jualan Gudang Marcoco Furniture

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Tak sengaja terjumpa post yang orang share dalam group @Kulim di Facebook. Ada jualan gudang perabot dari kilang. Tengok dari gambar macam menarik, secara kebetulan aku bercuti, abang cik pun bercuti sebab demam.
 
Dia tengok je post tu, laju pulak suruh bersiap nak survey barang perabot yang dijual di sana. Sesampainya disana, mulut terlopong tak nak boleh tutup. Mata pun bulat bersinar-sinar~
Kegilaan tengok segala barang, banyak juga barang yang dijual dan telah pun SOLD OUT! Tengok bahagian dalam lagilah nak pengsan, lagi cecantik!
Kengkonon nak survey SAHAJA, tapi memandangkan harga terlalu affordable dan murah dari yang selalu dijual di pasaran, sanggup berWhatsapp dengan kakak sulung yang dah lama nak cari meja makan untuk 8 orang di rumah mak. Family kami kan ramai, sekarang pun dah bertambah seorang lagi ahli baru kan, kan-kan-kan.
Pusing punya pusing, jeng-jeng-jeng, set meja makan ni kami grab!
Set meja makan untuk 8 orang ini kami dapat dengan harga RM1600+. Berbaloi-baloilah, lagi berbaloi untuk orang yang boleh bawak balik barang ni sendiri. Kami terpaksalah ambil perkhidmatan delivery. Bayaran dibuat dengan pembayaran 30% dari harga barang. Nak menggunakan debit card tak boleh sebab diorang tak sempat nak sediakan perkhidmatan swipe-swipe tu. Jadi semuanya dengan menggunakan pembayaran CASH. 
Dengan duit yang kami tak bawa banyak, punya korek duit singgit-singgit dalam wallet kami dua. Alhamdulillah cukup! Berkat tau walaupun kami bayar dengan duit singgit-singgit. Orang lain bayar dengan duit seratus-seratus tau. Hehehe, buat muka selamba je asalkan dapat barang yang kami nak. 

Jadi kepada warga disekitar Bukit Minyak bolehlah berkunjung ke;
Marcoco Furniture Industries Sdn. Bhd.
Plot 252,
Jln Perindustrian Bukit Minyak 3,
14100 Bukit Minyak,
Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang.
Jadi jangan lupa singgah di sini kerana jualan ini bermula dari 16 Januari - 5 Februari 2015 sahaja tau.

Selamat Bershopping!

p/s: pepagi subuh dah bangun menghantar Kak Ina ke tempat kerja. Hopefully kes motosikal yang kena curi tu selesai dengan cepat. Susahlah motosikal jadi bahan bukti kecurian ni..hmpp..dugaan Allah bagi.. :)

13 comments:

  1. cantik kayu dan design simple meja mkn tu ... mmg murah dik . nasib baik trus grab .

    ReplyDelete
  2. Salam kenal salam singgah...

    tu dia jauhnya... kalau ada kat KK ni mau jugak singgah... barang murah yek... hati hati yer masa penghantaran, takut display lain hantar lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, boleh jadi cmtu eh? xpe, dah amik gmbr sbg bukti..salam knal :)

      Delete
    2. boleh... kat mana2 pun boleh berlaku...

      Delete
  3. Wah menariknya... Kalau dekat zumal pun nak singgah cari beberapa perabot ^-^

    ReplyDelete
  4. nice meja makan tu,simple ja. ^^ kalau dekat mak cikfafa mesti pi punya ni. haha

    ReplyDelete
  5. kilang ni dok nampak dari tepi hway.. tak pernah pun singgah.. murahla kalo jualan gudang ye dak..

    ReplyDelete
  6. As Salam
    opening hours tahu tak? Ahad bukak? Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm, xsure pulak..tpi yg pastinya pkul 10am bru bukak ;)

      Delete
  7. ni dah bole beli ni, brim dah masuk, bonus pun dah masuk..hihih
    jemput join ya http://www.opzzpinky.my/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html

    ReplyDelete
  8. Lain kali ada jualan gudang atau warehouse sale gedung macam Ni, kongsi dgn kami.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com