Monday, January 12, 2015

Resipi: Penkek Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Menjeruk resipi penkek ni dalam buku nota comel. Sebelum aku terlupa, baik aku share dalam ni. Sedap makan waktu panas-panas time hujan tau.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
2 sudu makan gula
secubit garam
1 cawan susu segar
1/2 sdt cuka
1 biji telur
minyak/butter/marjerin

Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung gandum+serbuk penaik+gula+garam.
2. Susu segar campurkan dengan cuka dan dibiarkan seketika sebelum dicampurkan dengan telur.
3. Gaulkan adunan kecuali minyak/butter/marjerin dan rehatkan adunan selama lebih kurang 30 minit.

Dengan menggunakan pemanggang ajaib, penkek menjadi dan senang dicuci sebab tak melekat. Lepas tu gunakan butter untuk sedap dan melemakkan penkek.


Dengan muka confident bukaklah peti ais, ingatkan ada lebihan madu. Rupanya tak ada! Nak makan dengan apa penkek ni. Nampak ada setin susu pekat manis. Bolehlah jugak dicicah dengan penkek. Sedap jugak..

Selamat Mencuba!

p/s: template blog baru untuk tahun 2015. mungkin akan ditukar lagi sebab tak puas hati ada beberapa part yang belum kemas..

13 comments:

  1. yummy.. sedapnyee... suka penkek makan dengan susu..hihi

    ReplyDelete
  2. ush sedap ni. cuma rajin tak rajin nak buat je. hehe

    ReplyDelete
  3. singgah follow :) sedapnyeee pancake..

    ReplyDelete
  4. mcm dah ok wajah baru blog ni ... tension nak mengedit bagai ... sis punya pun nak tambah lagi ... ntah bila nak buat pun x tahu ...

    ReplyDelete
  5. susu pekat pun boleh..... memang sedap!

    ReplyDelete
  6. ngan susu pun sodap haaaih.. rasa cem makan lempeng o roti canai hehe

    ReplyDelete
  7. Zumal nak buat juga la... Bahan 80% dah ada ^-^

    ReplyDelete
  8. kalau tambah pisang pun sedap. jad lempeng pisang. hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, timm pun ada tmbh pisang sbenrnya..hehe..lupa pulak..

      Delete
    2. owh kena tambah pisang yer ^-^

      Delete
  9. rupanya byk betul kegunaan pemanggang ajaib ni kan..ishh rugi tak beli waktu offer hari tu kalau tak leh buat penkek ni tuk sarapan

    ReplyDelete
  10. Wah.. Menyelerakan... Lama x buat..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com