Wednesday, February 11, 2015

Resipi: Swiss Roll Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Resipi ini adalah dari buku Kek Gulung Berlukisan, Wendy Kor dari Penerbitan i rasa. Buku ini sangat best dan sesuai untuk orang yang baru nak belajar basic untuk membuat kek gulung atau pun swiss roll.
 
Kek swiss roll yang aku buat ini adalah yang paling simple dan memang menjadi. Swiss roll ini jenis macam kek span.
 
Bahan-bahan:
4 biji telur
80g gula
10g ovalet
35g susu
35g minyak
90g tepung kek halus (aku guna tepung biasa, tapi DIY untuk mendapatkan tepung kek halus)
2g serbuk penaik (aku main agak-agak je sebab penimbang rumah jenis analog, mana ada 2g)
 
Cara-caranya:
1. Telur + gula + ovalet dipukul sehingga ke tahap puncak lembut. Jangan lupa panaskan dulu microwave dalam suhu 160C.
2. Masukkan tepung dan serbuk penaik, guna spatula dan buat kaedah kaup balik.
3. Dah sebati tepung tadi, tambahkan susu dan minyak dan kaup balik sehingga semua bahan sebati. 
4. Tuangkan adunan dalam loyang kek jenis leper dan panjang. Pastikan loyang tu dilapik dengan kertas minyak dulu tau. Hentak-hentakkan sikit loyang berisi adunan untuk buangkan buih-buih chinta dalam tu.
5. Bakar dalam ketuhar sekejap je, sebab nipis melayang kan. Dalam 15-20 minit kek dah masak. 
 
Tips Penting!
6. Trick ini sangat penting untuk mendapatkan kek swiss roll yang gebu gebas macam muka retiss tu. Waktu kek tengah panas-panas dari oven, terbalikkan atas dulang dan biar sekejap. Ini untuk kita kupaskan atas layer kek yang garing tu. Terbalikkan balik dan gulung sekejap dengan berhati-hati.
7. Agak-agak dah sejuk sedikit, potong tepi kek dengan kemas. Bolehlah letak inti whipping cream dan susunlah apa-apa buah yang disukai. Aku menggunakan buah kiwi. Gulung swiss roll yang dah siap dan simpan dalam peti ais.
Yum-yum-yum, sangatlah sedap sehingga menjilat jari. Sunnah Nabi tau. Hihihi.
Dua kali aku try untuk mendapatkan ketebalan yang memudahkan kita untuk menggulungnya. First try kek tak boleh nak digulung sebab terlalu tebal. Percubaan kedua baru menjadi. Usaha itu tangga kejayaan. Jangan berhenti untuk terus mencuba ya. 
 
Untuk tepung kek paling halus atau pun tepung superfine, terlalu mahal dari tepung biasa. Jadi, aku buat sendiri je. Caranya, ayak tepung sekali. Lepas tu, masukkan dalam dulang dan jemur tengah-tengah panas. Kalau rajin boleh goreng dalam kuali, jangan letak minyak pulak! Alih-alihkan tepung sampai semua dah agak-agak berjemur. Sebelum simpan, ayakkan lagi tepung tadi. Sebelum guna untuk buat kek, ayak sekali lagi. Keputusannya, tepung sangatlah ringan halus dan boleh disimpan lama tanpa ada dubuk yang kekadang ada dalam beras tu. Kek atau kuih yang menggunakan tepung ini memang sedap dan gebu!
p/s: Selamat Mencuba!

11 comments:

  1. Memg gebu Sgt ni Tim..klau lya yg buat msti x kan mnjdi hihu

    ReplyDelete
  2. Nice tips pasal tepung tu. Dah boleh jimat banyak kalau buat camtu. ^^

    ReplyDelete
  3. susu tu guna susu apa ye . susu tepung ke , susu pekat manis ke atau susu segar ... org dulu2 klu nak raya mesti jemur tepung ... nak gak cuba satu hari nanti ...

    ReplyDelete
  4. adus Timm.. kirim mai nibong tebal satu bekas... adoi dia dok baking2 tu bukan nak kasi sikit.. adus adus..

    ReplyDelete
  5. tak rajin betul nak bake2 skrang. hahahaha

    ReplyDelete
  6. dapnyer...mudah ke tapi kalau malas nk buat cam sis JM ni mesti semua rasa susah huhhu

    ReplyDelete
  7. Rajin buat kek... Look yum yum...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com