Monday, February 16, 2015

Spider dalam Fridge!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Aku sangkakan semalam aku bermimpi. Rupanya memang betul-betul ada!
 Al-kisahnya semalam tak boleh tidur, mana tidaknya bila mata dok terbukak tengok cerita Teman Lelaki Upahan secara online. Tetiba perut lapar berkeroncong. Pemalas punya pasal, curi maggi goreng abang cik sebungkus dengan seketul hot dog.

Punya pemalas sampai semua benda rendam dengan air panas je. Rajinlah bukak peti ais yang sejuk beku. Terkejut tengok labah-labah besar dalam tu! Terus tutup balik!

Esoknya cerita dekat abang cik kejadian semalam. Dia cakap aku mengantuk + mengigau kot. Punya aku tak puas hati, beranikan diri selongkar. Eiiyek! 

Memang ada! Tapi dah mati, badan dia dah pecah-pecah sebab kena hempas dengan plastik biskut oreo. Agaknya badannya mengeras macam ais kot, pastu sebab fragile, patah-patah anggota badannya. Tunjuk kat abang cik.

Tak pepasal kena gelak. Kecik je pun..

Tapi kan, tadi sedang meng'gugle'..

Depa kata labah-labah tu jenis merbahaya?? Memang bentuk dan warna lebih kurang macam species kat atas tu..hurmm..

Aku pun dah jadi macam Ron Weasley dalam Harry Potter. Takut dengan labah-labah..
 

13 comments:

  1. macam mana labah2 boleh masuk dalam peti sejuk? aiyo.. haha.. x dan nak mikir .

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe dia masuk time org len bukak pintu peti ais tu kot..hu..

      Delete
  2. kesian labah - labah tu mati free . salah masuk ke melakt kat brg yg dimasukkan ke dlm tu ... adeh .

    ReplyDelete
  3. bahaya lah labah2 gitu. mcm besorr jee

    ReplyDelete
  4. labah2.. kadang peti ais kita pon lipas bole masuk.. getah hitam tepi tu dah kembang barangkali..

    ReplyDelete
  5. mcm mana leh masuk dalam tu..mesti ada bersama brg ketika di masukkan..sib baik dalam tempat sejuk beku..kalau kat luar...habis brg mkn dia selongkar sblm kojol :-)

    ReplyDelete
  6. Alahai cian spider tu... Spider tu teringin rasa suasana sejuk kot ^-^

    ReplyDelete
  7. Labah2 pun teringin nak merasa "cuaca sejuk" kot. Hehe. Kalau labah2 kecik rasanya tak bahaya.

    ReplyDelete
  8. Eeeiiiyuuuu... betul ke labah2 cam gambo tu? Macam bahaya gakkkk jek? Huhuuu... Jemput Singgah: D.A: Kambing Bakar & Salad siap dalam 15 min jek!

    ReplyDelete
  9. ehehe mmg ada labah2 yang bahaya.. akak penah kena gigit and ada bekas sampai skarang.. labah2 besar tapak tangan.. time kecik2 kan nak p toilet suar main campak aje.. time tu agaknya dia mrangkak masuk suar =P ahahah..

    ReplyDelete
  10. panas kot labah-labah tu
    tu yang masuk dalam pet ais

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com