Thursday, March 05, 2015

Apabila terlalu busy..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Tersangatlah lama aku meninggalkan blog kesayangan ini. Bukan sengaja, tapi kekangan masa dan badan yang penat membuatkan aku tak mampu nak buka blog. Minta maaf semua..
 
Tersangatlah lama tak menulis sampai jari rasa kekok, meh kita update sekaligus apa aktiviti aku selama menghilang ni..
 Aku berjaya menghasilkan aiskrim homemade berkat dari tunjuk ajar blog akak Azhafizah. Mak punya suka dengan aiskrim ni. Lagipun time aku buat ni, semua bahan-bahan asas macam susu dengan biskut Oreo ada offer. Dapatlah beli dan DIY sendiri. 
Seterusnya adalah percubaan kali kedua untuk membuat swiss roll. Kali ini aku cuba nak buat yang bercorak dan berintikan Nutella. Itu pun sebab Nutella offer. Kalau tak, memang dapat tengok je Nutella dari jauh dekat rak di pasaraya, mahallah. Tapi berbaloi sebab sedap!
 Pastu aku ke Kompleks Mahkamah Kulim untuk selesaikan kes kecurian motosikal Kak Ina aku bulan lepas. Pertama kali aku jejakkan kaki dalam mahkamah dan aku dapat tengok sendiri bagaimana perbicaraan dibuat, kes-kes jenayah yang ada di Kulim, hukuman yang dikenakan untuk setiap kesalahan, cuma untuk kes kakak aku, aku tak tahu apa yang jadi kepada bebudak pencuri tu sebab depa bawah umur. Perbicaraan dibuat tertutup sebab kes juvana, semua orang termasuk parents tak boleh ada dalam tu..
Karnival Raja Sehari! Memang seronok dan berbaloi kalau pengunjung memang ada hasrat untuk berkahwin. Macam-macam promosi ada, butik-butik pengantin masing-masing bukak booth untuk tarik perhatian pengunjung. Ada fashion show, demonstrasi make-up, jualan barang kemas, photographer, candy booth, segala-galanya tentang perkahwinan ada sini. Rugi sesiapa yang duduk dekat tak pi..

Amini si baby koala dah mula membesar. Rasanya baru berusia 2 bulan lebih dah. Mengada tak habis-habis. Lawak pun ada dengan budak kecik ni. Aku pulak memang tak reti dengan budak kecik yang lembik macam Amni ni. Seriau nak pegang, akhirnya terpaksa jaga jugak sebab akak drive, akulah kena dodoi baby koala ni sampai tertidur. Punya lama dia tidur macam baby koala dengan berpaut kat badan aku. Aduyai Amni..

Itu sahajalah update aku setakat sebulan aku meninggalkan blog dan senyap tanpa berita. Diharap rakan-rakan blogger masih lagi sedar aku masih hidup yer..hehe..

Take care semua!

11 comments:

  1. Asalam tim..patut lma myepi.Lya pun bz juga skrg ni dah kurang bw mcm dulu2

    ReplyDelete
  2. lor. hidup lagi rupanya. kahkah. ingatkan bertapa dalam gua ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..bertapa kat tmpt kja je..huhu..

      Delete
  3. huwaaa Timm tengah sibuk yeee..
    patutlah blog sayup2.. ehehe.. haaai Timm nak kenduri ke ?
    jangan lupa kad tau untuk akak..

    ReplyDelete
  4. ooo ada di kg ye skrg.
    mana pic amni.nak tgk :)

    mcm best je kek gulung nutella tu..
    cepatan kongsi resepinya ..

    ReplyDelete
  5. tak pernah masuk court lg.. kecik2 dh pandai mencuri bdk2 skrg

    ReplyDelete
  6. aha..lama betul menyepi...tak pe kalau dh sibuk...utamakan yg lain dulu ye Timm

    ReplyDelete
  7. eh ada resepi x untuk kek gulung nutella tu..mcm sdp ja hihih

    ReplyDelete
  8. dah lama tak masuk bagi keterangan dalam mahkamah
    berdebar macam akak yang buat salah

    ReplyDelete
  9. kek gulung nutella.. mesti sedap tuh..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com