Wednesday, March 11, 2015

Resipi: Aiskrim McFlurry!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
 Dah lama terperap dalam kepala nak publish resipi ni. Sedangkan ramai yang dah minta nak resipinya. Terima kasih kepada kak Azhafizah sebab share resipi yang super-simple & super-delicious. Mak makan sampai bawak mangkuk aiskrim gedabak tu depan tvlah!

Bahan-bahan:
1 cawan susu segar
1 bungkus biskut Oreo
Beberapa sudu susu pekat manis *depend tahap manis yang anda mahu
1 sd besar ovallete
1 sd kecil esen vanila

Cara-caranya:
1. Asingkan biskut Oreo dengan intinya. Pecah-pecahkan sikit biskut Oreo.
2. Dengan menggunakan mixer, putar susu segar+ovallete+susu pekat manis+esen vanila sampai gebu-gebas.

3. Dah naik gebu bolehlah masukkan pulak biskut Oreo tadi. Lastly masukkan jugak intinya. Jangan masukkan semua pulak. 

4. Dah agak sebati, boleh masukkan dalam mangkuk. Bolehlah masukkan baki biskut Oreo dengan initinya sebagai hiasan topping kat atas. Aku masukkan jugak kacang dengan coklat, barulah umphh..

5. Simpan dalam peti sejuk dan tunggu sehingga keras. Memang sedap macam Mcflurry McD!

Selamat Mencuba!

17 comments:

  1. pernah jugak buat, tapi tak letak pun ovelette.. menjadi jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xletak ovalette pun mnjadi eh? Xmo letak la cmtu..hehe..

      Delete
  2. sedapnya
    nnti dh hbs pantang ais blh la buat stok.
    tp baru baru ni kecoh pasal biskut oreo ni x blh makan ada tanda salib kat biskut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, ada jugk dgr psal tu..
      Klu ragu² bley je guna biskut coklat len..sma je kot rsanya..huhu..

      Delete
  3. sng je ni timm tp nk membuatnya...alahaiiiiiii ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kna pstikan diri rajin jer kan..hehe..

      Delete
  4. kalo makan aiskrim mcflurry kena minum air byk2..huhu..manis sangat.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap je aiskrim mc flurry :-)

    ReplyDelete
  6. memang sedap kan aiskrim ni.. dh try buat tp xboleh makan slalu. hehee

    ReplyDelete
  7. alaahh..kat umah x de mixer...guna blender boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa Eyda buat guna blender jer pun.. jadi jugak..

      Delete
  8. sha pernah buat..mnjdi sdp tp manis skit..kena rajin tgk dkt google..skg ni mcm2 boleh buat sndiri kan

    ReplyDelete
  9. fuiyoooo.. Timm kasi recipi hehehe.. akak pemalas la Timm.. buatkan peeelish..

    ReplyDelete
  10. sedapnya
    nasib baik akak dan anak-anak bukan peminat aiskrim
    kalau tak mesti dah penuh peti ais

    ReplyDelete
  11. Salam.hi tim!
    Tengah google pasal resipi aiskrim terus sampai ke sini.
    Sedap macam mc flurry eh? 'Okeh, blh try lepas ni.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com