Friday, April 17, 2015

Bawal Satin pulak..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Kredit photo dari en. Google
Sekarang ni trending dengan fesyen bawal satin kan. Mesti semuanya pakat-pakat kena penangan Yuhanis dalam drama Hati Perempuan. 

Bukannya apa, tudung bawallah tudung paling simple dan senang nak pakai. Kalau material kain elok, senanglah nak terbentuk. Tak ada la sekejap 5 minit nak hembus-hembus ja tudung tu hah.*aku tak termasuk dalam golongan penghembus tudung tegar hokehh

Rasa macam teringin je nak beli satu tudung satin ni. Kawan cakap tudung ni senang bentuk. Aduhai, perempuan memang bernafsu tengok benda cantik. Orang kalau dah cantik, pakai apa pun cantik. Hehehe..

Tunggu dapat gaji nanti nak grab 1 tudung bawal satin ni. Dapat pakai jenjalan bulan 5 ni! Oh, sangat excited nak bercuti. Mana tidaknya, kerja-kerja-kerja. Memang langsung tak ada life. Cuti pun penting untuk rehatkan minda, refresh balik tenaga, buangkan aura negatif yang tak best..

Aku masih lagi berfikir nak quit kerja ni dan cari kerja lain. Tapi, itulah..masih lagi mencari..

14 comments:

  1. itulah tengok Mia Ahmad tuh pakai bawal satin tuh nampak cantik jer.. bila dengar satin nih, takut tak berapa ok bila pakai jer..

    ReplyDelete
  2. De juga kwn jual bru ni... Tapi singkat... Tak jadi la nk beli..

    ReplyDelete
  3. alaaamak Timm ni.. ikut trend eh ehehe.. akak ni lilit2 je laaa apa ada miahaha..

    ReplyDelete
  4. dah lama dah tudung ni.. dah beli banyak.. wahwahwahhhhhh... ^_^
    kena pandai pilih, kalau tak dapat kain yg memang susah nak bentuk.
    good luck ^_^

    ReplyDelete
  5. kerja teruk klu ada insentif x pe , masuk juga dik ... baguslah dah ada plan bercuti , dpt lah rehatkan badan jap ... klu nak berhenti pastikan ada offer kat tpt lain dulu . x le jadi penganggur nanti ... sis ada satu tugung bawal satin ni . rasa panas lak bila pakai ...

    ReplyDelete
  6. suka tgk org pakai tp empunya diri segan nk pakai ;-)

    p/s yap semua tu katun ujang

    ReplyDelete
  7. boleh beli ni buat hadiah kat isteri...ehhhhhh...haha

    ReplyDelete
  8. penangan drama melayu.walaupun lakonan tak hebat.tapi promosi fesyen dan lagu memang superb

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. memang dh jd trend.. nina pun tunggu kwn pos.. rm 10 grab byk sikit. hehe

    ReplyDelete
  10. dah jadi train sekarang tudung satin ni. semua sbb terpengaruh dgn drama. hikhik

    ReplyDelete
  11. Ada jugak koleksi tudung ni beberapa warna, cuma belum try je. Takut xsesuai ngan kita je. hahahaha

    ReplyDelete
  12. Memang menarik tudung bawal nie... legend gitu ^-^

    ReplyDelete
  13. ohh...dari sini ke datang nya bawal satin tu

    ReplyDelete
  14. sis JM x boleh pakai tudung bawal satin ni...nanti dia tukar jadi siakap

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com