Friday, April 03, 2015

Big Bad Wolf Book Sale Penang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Setelah lama berlalu baru ada entry kan. Teruk betul tuan blog ni. Walaupun cerita dah basi tetap nak cerita jugak sebab terlalu rindu!

Pertama kali Big Bad Wolf buat jualan buku di Pulau Pinang. Sebelum ni, asyik di ibu kota je. Macamana nak pi kan sebab kita ni duduk di utara. Cuma venue dia di Times Square buat aku blur dekat mana kawasan ni, rupanya Pulau Pinang pun ada jugak Times Square, betul-betul sebelah Komtar.

Bersemangat pagi-pagi bersiap ke sana awal-awal pagi. Walaupun masih awal, sudah ramai pengunjung. Mula-mula troli kosong je. Orang lain punya penuh trolinya. Pusing-pusing selama lebih kurang 5 jam, baru dapat fikir nak grab buku apa. 
Puasnya mai ke sini, walaupun dah ada budget yang sepatutnya dihabiskan, tetap ter'over' beli. Huwa!! Yang pastinya dapat grab buku-buku international yang lebih murah. Lagi satu, buku-buku keluaran Malaysia sangatlah sedikit, kebanyakan buku di sini adalah keluaran luar negara. Sangatlah rugi kalau pencinta buku tak datang ke sini. Di harap team Big Bad Wolf datanglah lagi ke Penang ya..
Buku untuk si tecik Amni pun ada beli. Belajar pepandai ye, walaupun Amni baru je 3 bulan lebih. Teruk betul maksu dia ni. Hahaha!

p/s: Terlalu penat dengan rutin kerja, memang blog terabai..aduhai..rasa macam nak stop berblogging jeh..tapi sayanggggg

8 comments:

  1. sesak kan nak sampai situ ? ada kawan ajak pegi tapi akak malas nak redah jem..
    aduhai.. besar ke kecik tempat dia ? hope diorang rajin2 datang penang..

    ReplyDelete
  2. lamanya akak tak membeli buku.
    suratkhabar pun dah jarang-jarang
    baca online jer ;-)

    ReplyDelete
  3. berblog jika di masa lapang..
    jgn berenti tau..

    jgn kata ke penang yg kl pon ciksu x pergi .huhh

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. byk kak JM~ siap ada beberapa meja buku cerita psal travel jer+gmbo cecantik! heuheu..

      Delete
  5. bestnya dpt pi.. nina busy. sob2

    ReplyDelete
  6. sis dah lama x pergi pameran buku ...

    ReplyDelete
  7. lamanya tak ke pesta buku macam nih..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com