Sunday, April 12, 2015

Cuti jugak Akhirnya..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Alhamdulillah, masih lagi hidup lagi blog aku ni ye. Hari ni nak update sebab aku cuti. Punya seksa juga nak tunggu cuti hari Ahad. Masa rasa perlahan sangat!
 
Ceritanya, kucing aku si Wawa Jenal dah mula gatal. Asyik bunyi ja kerjanya. Setiap masa kena layan untuk tutup mulut dia. Dah la bunyi garau macam jantan. Kucing jantan yang mai pun reject nanti Wawa oi..
 Keluar awal pagi ke Stesyen Bas Kulim & Stesyen Keretapi KTM Bukit Mertajam untuk beli tiket. Jeng-jeng-jeng. Aku akan ke Melaka awal bulan 5 ni untuk pi kenduri Amni. First time nak naik bas sensorang dari Kedah-Melaka ni. Takutnya..teruk kan, Sarawak dah slumber + teror pi sensorang. Dalam semenanjung failed..iya lah..takkan nak pi Sarawak naik bas pulak kot. Memang setahunlah tak sampai-sampai. Last aku naik bas pi jejauh pun zaman matrikulasi dulu. Itu pun Butterworth-Perlis. Sekentut jer..
Makin cantik stesyen keretapi Bukit Mertajam ni. Tapi satu je aku tak berkenan. Segala urusan tiket, toilet, nak naik keretapi semua kena naik tingkat atas. Aiyak, macam complicated. Semuanya gara-gara aku pernah sekali nyaris-nyaris nak terlepas train sebab, aku dahlah sampai lambat, pastu kena naik lif bagai pulak, pastu turun pulak naik tangga untuk naik train. Complicated..grrr!

Selesai urusan tiket, perut rasa teringin dengan Mee To'Kun. Kawasan sini memang famouslah dengan mee to'kun ni. Memang sedap sampai menjilat pinggan*amboi! overnya kau!
Di saat panasnya matahari, biasalah aku dengan abang memang naik motor ja kalau nak ke mana-mana. Muncullah aiq nyioq gelas besar. Memang perhhh..layan.. Licin aku makan sampai tudung aku yang vogue pun makan sekali mee kuah ni. 

Perut kenyang, singgah pulak ke Megamall Penang & Aeon Jusco. Bukannya membeli pun, pusing-pusing window shopping. Pastinya rasa jakun sekejap sebab ramai gila orang dekat mall. Biasalah hari Ahad. Masalahnya aku yang tak biasa, sebab selalu cuti hari biasa. So, mall legang je, gawang-gawang tangan pun tak langgar orang. Hari Ahad, berjalan sikit, langgar buntot orang.

Toodles eberibadeh!

11 comments:

  1. haaaai Timm hahaha.. oooo nak pi melaka.. pi pi jalan2 rehatkan jiwa..
    mee tokun tu akak x penah makan.. tho duduk menetap 7 tahun kat bukit mertajam..

    ReplyDelete
  2. pertama kali dgr mee to'kun tu . mcm mana agaknya rasanya ya ...

    ReplyDelete
  3. Seronok bila bercuti sambil makan2..!!
    I love food... i love food !! ahh overrr...

    ReplyDelete
  4. dia bunyi tu sebab gatal nak mengawan kot.. eh?????? layanzzz aje la cik tim oiii... ^_^

    ReplyDelete
  5. mee to'kun ke mee machang bubok? mee area sana sedap jugak.. lamanya tak makan kat sana, sejak bertukar daerah nih..

    ReplyDelete
  6. skrg smua stesen dh lawa,, hehe. cuma ETS tak siap lg.

    ReplyDelete
  7. mee to'kun? mcm mee pasembor?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com